web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alahan Mengandung, Ibu Sakit, Tasha Manshahar Alami Tanda Kemurungan

Pelantun lagu ‘Bukan Aku’ itu mengakui pandemik banyak memberi kesan kepada dirinya dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 9:20AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah mengumumkan bersara daripada bidang nyanyian, Tasha Manshahar memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang pendidikan sesuai dengan tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris.

Namun, guru juga tidak terlepas daripada dihambat perasaan lelah dengan sesi pembelajaran dalam talian. 

Pelantun lagu ‘Bukan Aku’ itu mengakui pandemik banyak memberi kesan kepada dirinya dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani. 

Ibunya yang tinggal berjauhan dengannya disahkan dijangkiti COVID-19 tahap 5 dan terpaksa diintubasi. Apatah lagi Tasha pada waktu itu sedang berbadan dua serta mengalami alahan yang sangat teruk.

“Saya bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat. Suami sentiasa membantu untuk sentiasa berfikiran positif. Kawan-kawan dan juga pengikut di Instagram yang hebat yang tidak putus memberi sokongan. 

“Berkat doa semua, ibu saya dibenarkan keluar selepas 23 hari berada di hospital,” katanya. 

Mengakui bahawa dalam fasa yang menekan itu, Tasha dapat melihat tanda-tanda awal yang emosi tidak stabil seperti menjauhkan diri dari semua dan hilang minat kepada perkara yang disukai. Perkara tersebut dikesan oleh rakan kerjanya sendiri.


Ada pelbagai tanda-tanda awal penyakit mental yang boleh dialami seseorang seperti cepat marah, suka menyepi, hilang minat terhadap sesuatu dan kerisauan berpanjangan. 

Secara fizikalnya pula, individu ini kelihatan cepat letih, penat yang luar biasa dan sukar untuk bangun dari tidur. 

Perubahan selera makan dan corak tidur juga merupakan tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit mental. 

Tasha membicarakan tentang kesihatan mental dalam sebuah sesi live di Instagramnya baru-baru ini.

Puan Aishah, pakar psikologi yang diundang untuk sesi live itu, menasihati mereka yang mengalami tanda-tanda masalah mental agar tidak mendiagnos diri mereka sendiri.

“Jika anda mengalami tanda-tanda emosi tidak stabil selama dua minggu, pergilah berjumpa pakar psikiatri sebab hanya pakar sahaja yang boleh diagnos keadaan diri anda.

“Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak perasan mereka mengalami gangguan mental. Ini kerana mereka tidak sedar perubahan yang dialami oleh diri mereka,” katanya

Kerap kali juga mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dikaitkan dengan faktor ibadah tidak cukup. Stigma ini adalah tidak benar sama sekali.

“Sesetengah kes, individu itu sendiri telah mendirikan solat dengan secukupnya dan bagi yang beragama lain, mereka berdoa dan beribadat setiap hari.

“Faktor seseorang mengalami penyakit mental itu sangat luas dan ibadah seseorang itu bukan mekanisme pembantu utama,” tambahnya.

Sebelum mengakhiri sesi tersebut, Tasha dan Puan Aishah memberi beberapa tip jika emosi berada dalam keadaan tidak stabil seperi melakukan teknik deep breathing exercise atau mengawal cara pernafasan. 

Teknik ini tidak menjanjikan dapat menyelesaikan masalah tetapi membantu mengurangkan keresahan asalkan kita fokus melakukannya.

Ketika bernafas melalui teknik ini, kita akan melatih minda kita untuk bertenang serta memperbaharui cara pemikiran kita.

Jika anda mempunyai tanda-tanda keresahan emosi seperti yang dibincangkan, jangan pendam emosi anda. Sebaliknya anda disarankan untuk mendapatkan bantuan daripada perkhidmatan talian sokongan serta rawatan oleh pakar. - Getaran, 11 Oktober 2021

Gambar: Instagram Tasha Manshahar

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN