web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jamie Spears Bukan Lagi Penjaga Britney

Gerakan #FreeBritney kini boleh bernafas lega! Jamie Spears akhirnya disingkirkan daripada konservatori jagaan Britney Spears. Tiada lagi beban memeritkan buat penyanyi pop itu!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 5:57PM

Gambar: Robyn Beck, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bapa Britney Spears kini bukan lagi penjaganya. Jamie Spears telah digantung daripada ‘jawatan’ kontroversi itu semalam oleh mahkamah di Los Angeles

Jamie Spears digantikan serta-merta dengan penjaga sementara, seorang akauntan bernama John Zabel, demi kepentingan penyanyi itu, kata Hakim Brenda Penny.

“Jamie Spears diarahkan untuk memulangkan semula semua aset penjagaan,” kata Hakim Penny.

Bapa Britney telah menjaga kehidupannya selama 13 tahun, di bawah sebuah perintah mahkamah yang sah. Britney telah bertahun-tahun mendakwa perintah itu ‘mengongkong’.

Keputusan yang dikeluarkan itu sangat dinanti-nantikan. Selepas bertahun-tahun lamanya para peminat dan rakan-rakan rapat Britney berkempen untuk kebebasannya. Tambahan pula dua minggu lalu, dua dokumentari yang ditayangkan telah menuduh Jamie memasang alat pengintip dalam telefon anaknya.

Puluhan penyokong berkumpul di luar mahkamah membawa sepanduk ‘Penjarakan Jamie’ dan ‘Bebaskan Britney’. Slogan ini juga beredar bebas sebagai tanda pagar di media sosial sedunia.

Peguam Britney, Mathew Rosengart menganggap Jamie sebagai, ‘kejam, toksik dan pendera’, lapor CNN.

Tunang Britney, Sam Asghari telah berkongsi di laman Instagramnya ‘Tahniah, Britney Bebas!” sebaik sahaja keputusan dikeluarkan.

Tangkapan layar Instagram @samasghari
Tangkapan layar Instagram @samasghari

Tambah peguam Britney, “Setiap hari di bawah jagaan bapanya, Britney merasa terdera dan menderita.”

Wakil dan para peminat Britney sudah lama menuduh bapanya mengaut keuntungan sepanjang menjadi penjaganya. Arahan mahkamah itu dikeluarkan selepas penyanyi popular itu menyerang kereta seorang paparazi pada 2007. 

Para peguam Britney berkata Jamie tidak layak kerana dikatakan mempunyai masalah ketagihan alkohol dan menyebabkan trauma kepada anaknya sejak kecil. - AFP

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN