web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azmi Reda Anak Dijemput Tuhan selepas 3 Hari

Azmi Saat, vokalis Caliph Busker reda dengan ketentuan Allah SWT apabila zuriat yang dinanti sejak 10 tahun lalu meninggal dunia pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 4:33PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas 10 tahun menanti, penyanyi Caliph Busker, Azmi Saat, 34 dan isterinya Nazira Muhammad, 35, akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama yang selamat dilahirkan secara pembedahan pada jam 9.09 pagi pada 27 September lalu.

Bayi lelaki yang diberi nama Khairul Afnan dengan berat 3.3 kilogram itu anugerah terindah buat pasangan ini. Malah, Azmi mengakui bahawa kehadiran Afnan terlalu menyentuh hati dan cukup luar biasa berbanding apa pun anugerah atau kejayaan yang diterimanya sebelum ini. 

Namun sayangnya, kehadiran Afnan sekejap cuma. Setelah tiga hari Afnan dipinjamkan ke dunia buat Azmi dan Nazira, Allah SWT telah mengambil semula nyawa si kecil ini.  

Khairul Afnan Azmi yang baru sahaja berusia tiga hari meninggal dunia akibat penyakit kronik pagi tadi.  

“Allah lebih menyayanginya….Afnan tunggu kami di syurga ya …” demikian kata Azmi menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram miliknya, @azmi_saat. 

Sebelum Afnan menghembuskan nafas terakhir, Azmi dan Nazira sempat memangku Afnan di atas riba mereka buat kali terakhir.

“Kami sedang riba Afnan untuk kali terakhir. Beberapa minit saja lagi…..,” kata Azmi. 

Jelas Azmi lagi, Allah mudahkan urusan mereka ketika proses mengandung dan bersalin namun kemudian dihadirkan ujian sedang menguji mereka dengan kehilangan ini. 

“Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami. Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia Maha Merancang dan Maha Mengetahui segalanya. Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdir-Nya,” kata Azmi. 

Pemergian Afnan yang cukup menyedihkan itu turut memberikan kesan kepada netizen dan juga rakan-rakan selebriti. Ramai yang bersedih dan meminta Azmi dan isterinya supaya tabah serta diberi kekuatan untuk menempuh dugaan yang cukup hebat ini. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isteri Tak Mahu Kehilangan Anak Lagi, Azmi Saat Hormati Keputusan Tak Sedia Miliki Zuriat

2

Selebriti 5 tahun yang lalu

Sanggup Gadai Emas Hantaran, Bukti Cinta Tulus Isteri Azmi Saat

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN