web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sanggup Gadai Emas Hantaran, Bukti Cinta Tulus Isteri Azmi Saat

Tulusnya Cinta Azmi dan Isteri.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Feb 2021 11:59AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun tidak sesempurna pasangan lain, Azmi Saat dan isteri, Nazirah Muhammad tetap bahagia dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Namun hari tak selamanya panas, Azmi mengakui dia pernah melalui saat getir bersama isteri sepanjang 10 tahun mereka bergelar suami isteri. 

“Pada awal tempoh perkahwinan, isteri banyak membantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.”

“Isteri juga pernah bergolok-bergadai dengan memajak barangan kemas termasuk terpaksa menjual hantaran perkahwinan berupa gelang emas” – Azmi Saat

“Sebabnya, kami mahu mendahulukan duit pendahuluan rumah sewa terlebih dahulu. Jadi, apabila saya sudah ada sedikit duit, barulah saya belikan gelang emas baru sebagai ganti dan berikan dia duit untuk tebus semula barangan kemas yang digadainya,” katanya.

Malah sama seperti pasangan lain, Azmi juga pernah membuat kejutan istimewa kepada isteri dengan menghadiahkan bunga dan barangan kemas.

“Isteri saya suka bunga, jadi saya belikan bunga. Saya pernah buat kejutan dengan belikan barangan kemas. Ketika itu saya masih bekerja sebagai tukang urut dengan pendapatan mencecah RM1000 sebulan. Jadi, adalah duit lebih sedikit,” tawanya.

Apa yang pasti, kekurangan (OKU cacat penglihatan) yang dimiliki bersama pasangan ini tidak menjadikan mereka kufur nikmat sebaliknya merasakan mereka diberi kelebihan lain oleh Allah SWT.

“Walaupun dalam keadaan begini, saya tidak berasa ia satu kekurangan. Kalau diberi peluang mahu pasangan normal atau macam saya, saya mahu yang sama macam saya,” kata Azmi.

“Kerana kami saling memahami, selain mengetahui kekuatan dan kekurangan masing-masing. Kalau berkahwin dengan isteri normal, saya pasti tidak dapat membantu dan menjaganya. Dia harus membuat semuanya sendiri malah perlu menguruskan saya pula.”

“Jadi, apabila dapat jodoh yang sama, kami terima dan laksanakan semuanya bersama-sama. Dalam erti kata lain, susah dan senang kami bersama,” jelasnya.

Bercakap soal ketulusan dalam perhubungan suami isteri, Azmi nekad mengabadikan cinta tulus isterinya itu dalam lagu pertama ciptaannya, ‘Tulus’.

Dicipta sekitar 2008, ‘Tulus’ adalah luahan hati Azmi terhadap isterinya. Ia memberi transisi berbeza dalam kerjaya nyanyian Azmi. Lagu ini menampilkan melodi dan lirik tentang kisah dan perasaan terhadap insan yang paling disayanginya, insan yang bergelar isteri. 

‘Tulus’ disifatkan sebagai lagu yang sangat istimewa buat dirinya dan isteri. - Getaran, 1 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN