web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Membanggakan! Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Pelawak Ronny Chieng

Dari lulusan undang-undang ke dunia komedi, anak jati Johor, Ronny Chieng kini bergelar pelakon bertaraf dunia!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 12:15PM

Gambar: @ronnychieng

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka pelawak dan pelakon berbakat besar Ronny Chieng merupakan anak jati Johor, Malaysia-Singapura. Sebelum mencipta nama sehingga membintangi watak dalam filem Marvel terbaharu bertajuk Shang-Chi and the Legend of the Ten, Chieng sebenarnya telah lama mencipta banyak pencapaian membanggakan sepanjang kariernya. 

Chieng bukanlah pelawak biasa. Lulusan undang-undang University of Melbourne ini memang terkenal sebagai seorang yang lucu sejak zaman sekolah lagi.

Benarlah kata orang, untuk menghasilkan lawak spontan yang berkualiti, ia mestilah datang daripada proses pemikiran yang tajam dan pantas. Pendek kata, anda mestilah seorang yang bijak. Chieng telah membuktikan itu kepada kita semua.

Sepanjang kariernya, dia telah melakukan beberapa siri jelajah komedi di Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, India, Kanada, London dan Malaysia. Bukan calang-calang rancangan komedi yang pernah disertainya. Antaranya Just for Laughs Festival, Melbourne International Comedy Festival, Edinburge Festival Fringe, SOHO Theatre London, Sydney Opera House dan banyak lagi.

The Daily Show

Ketika baru berpindah ke New York, dia merupakan seorang wartawan di rancangan 'The Daily Show with Trevor Noah'. Bukan itu sahaja, rancangan itu kemudian disenaraikan sebagai antara 10 program paling banyak ditonton oleh Variety setahun selepas itu. Chieng adalah bintang bagi rancangan itu terutamanya apabila berkaitan tentang budaya orang Asia.

Pernah viral mengkritik isu perkauman

Chieng sebenarnya bijak dalam mengkritik. Pada 2016, sebuah berita melaporkan stereotip bangsa Cina di Chinatown. Laporan itu dianggap tidak sensitif malah cuba memburukkan orang Cina di Amerika. Dia kemudian mengkritik laporan berkenaan di 'The Daily Show' kerana ia seolah-olah ingin mencetuskan provokasi perkauman terhadap orang Asia di Amerika. Chieng tegas mengatakan Fox News tidak seharusnya membawa isu perkauman sebagai bahan jenaka.

Netflix

Dia muncul mementaskan komedirinya yang pertama di Netflix melalui sebuah program bernama 'Asian Comedian Destroys America'. Cheng selalu berpendapat bahawa jenaka yang baik datang daripada diri kita sendiri tak kiralah dari mana kita berasal. 

Bukan itu sahaja, dia juga menghasilkan sebuah dokumentari dengan separa skrip mengunjungi Chinatown di Amerika  bagi menyokong usaha peniaga tempatan di samping memberi lebih penerangan mengenai budaya Asia-Amerika yang turut disiarkan di platform ini.

Crazy Rich Asians

Namanya kemudian semakin dikenali setelah menjayakan watak Eddie Cheng dalam filem popular Crazy Rich Asians.

Dipuji Sultan Johor

Kejayaan demi kejayaan yang membanggakan itu telah sampai ke pengetahuan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Iskandar. Memandangkan Chieng merupakan anak kelahiran Johor, baginda sultan sangat bangga melihat Chieng membawa nama Johor ke peringkat antarabangsa.

Dalam satu video promosi filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, Chieng memegang pasport merah dan bangga menyebut dia anak kelahiran Johor.

Dalam hantaran baru Chieng di Instagram, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor di atas kata-kata pujian yang diberikan.

Chieng bakal membawakan watak Jon Jon. Dalam filem itu nanti, Chieng mendedahkan bakal bertutur dalam bahasa Inggeris dan akan menyelitkan  bahasa Malaysia. Ini menarik sekali! Tahniah kami ucapkan atas kejayaan ini!

Gambar: Instagram




 

Berita Berkaitan

1

Politik 9 jam yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

2

Politik 15 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

3

Politik 15 jam yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

4

Politik 16 jam yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad