Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


SamsonS Rancang Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-15

SamsonS yang popular dengan lagu 'Kenangan Terindah' sedang merancang sebuah konsert dan album baru. Jom semak kisah penuhnya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Universal Music

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kugiran popular dari Indonesia, SamsonS merancang untuk mengadakan konsert di platform Youtube istimewa untuk peminat-peminat yang mula merindui kelibat mereka di pentas persembahan. Perkara ini diumumkan oleh mereka dalam satu sidang maya yang diadakan pada petang Selasa kelmarin.

“Kami mahu buat konsert di Youtube bagi meraikan ulang tahun lagu hit ‘Kenangan Terindah’. Konsert dengan full treatment ini hanya berdurasi 15 minit. Semuanya dalam perancangan, kami akan menghimpunkan beberapa lagu untuk konsert ini dan ia pasti menjadi sesuatu yang sangat istimewa.

“Kami sedang memikirkan cara terbaik untuk persembahan ini. Mungkin ada lagu-lagu yang akan dijadikan medley bagi menampilkan perjalanan seni kami sepanjang 15 tahun ini. Konsert ini merupakan kolaborasi dengan sebuah promoter konsert ternama di Indonesia,” ujar Irfan Aulia, gitaris SamsonS.

“Kemungkinan besar konsert ini akan diadakan pada Mac ini kerana ‘Kenangan Terindah’ dilancarkan pada bulan ini. Persiapan untuk konsert ini sudah pun bermula,” tambah pemain bass, Aldri Dataviadi. 

Gambar: Universal Music
Gambar: Universal Music

Dalam perkembangan lain, kumpulan yang turut popular dengan lagu ‘Naluri Lelaki’ baru sahaja melancarkan album terbaharu baru-baru ini berjudul V. Bertepatan dengan judulnya, ia adalah album kelima mereka setelah 15 tahun mewarnai industri muzik Indonesia. Dilancarkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia, album ini mempertaruhkan single ‘Jika Nanti’ sebagai killer song memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus sesuai dengan liriknya. 

Ditanya mengapa memilih untuk melancarkan album ketika pandemik COVID-19 masih belum berakhir, Irfan memberitahu itu adalah pilihan terbaik yang mereka ada buat masa ini.

“Itu sahaja yang boleh kami lakukan ketika ini. Kami tidak boleh buat persembahan, tidak boleh buat jelajah, jadi apa yang terbaik yang boleh kami lakukan adalah lancarkan album. Inilah yang banyak pemuzik di Indonesia lakukan sekarang dan setakat ini semuanya bagus untuk kami."

"Tambahan pula peminat muzik sekarang kebanyakannya mengakseskan platform online atau digital untuk mendengar muzik kegemaran.  Sebagai penggerak muzik, kami akan terus mencipta lagu dan menghiburkan peminat-peminat. Inilah yang terbaik yang boleh kami lakukan ketika pandemik ini,” ujar Irfan.

Dalam album ‘V’ ini, Samsons memberikan sentuhan muzik orkestra dalam semua lagu. Tambah istimewa, ia melibatkan puluhan pemuzik daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra (BSSO) yang terdiri daripada 40 orang pemain alat muzik bertali (string players), 7 orang pemain alat muzik tiupan kayu (woodwind players), 7 orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist) yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood. Jadi tidak menghairankan apabila nuansa muzik yang mereka paparkan dalam album ini kedengaran hebat dan lebih matang.

Berkongsi cerita tentang cabaran yang dihadapi dalam penghasilan album ini, Irfan menjelaskan ia menguji keupayaannya sebagai seorang penggubah lagu kerana perlu sesuaikan dengan susunan orkestra. 

“Saya harus selesaikan susunan muzik orkestra sebelum berangkat ke Budapest dan ia memenatkan kerana saya bukan penggubah orkestra profesional. Lagi satu adalah kekangan bahasa kerana mereka tidak berbahasa Inggeris. Dengan segala macam cabaran, penghasilan album ini mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan, berbanding album terdahulu kami hanya ambil masa di antara dua ke tiga bulan.”

Jika ditanya mengapa kami memilih kolaborasi dengan BSSO, jawapannya adalah mereka adalah antara dua orkestra yang terbaik di Eropah. Kami mahu tampilkan sisi SamsonS yang berbeza setelah lama tidak muncul dengan sebarang album,” ujar Ifran.

Kenangan Terindah VS ‘Jika Nanti’

‘Kenangan Terindah’ memberi impak yang cukup besar kepada SamsonS. Populariti lagu ini melonjakkan nama mereka sebaris dengan kumpulan-kumpulan popular ketika itu seperti Sheila On 7, Nidji, Padi, Kerispatih dan Peterpan. Mungkin ramai peminat yang mengharapkan single terbaru ini mampu mengulangi kejayaan manis seperti itu. Mungkinkah sejarah akan berulang?

“Sebenarnya agak sukar untuk menjawab soalan ini kerana ketika kami hadir dengan ‘Kenangan Terindah’, situasinya sangat berbeza dengan waktu ini. Ketika itu masing-masing masih solo dan ia sudah pasti mewakili perasaan kami ketika itu. Untuk album terbaru ini, kami percaya kami telah berikan yang terbaik untuk menghiburkan halwa telinga para pendengar. Tidak mungkin kami boleh cipta hasil yang sama seperti ‘Kenangan Terindah’ kerana kami telah lalui momentum yang berbeza. Namun, inilah yang terbaik daripada kami hari ini. Lebih matang,” ujar Irfan yakin. 

Album V memuatkan 12 lagu di mana ada di antaranya telah dilancarkan terlebih dahulu sebagai single iaitu ‘Ternyata cinta’, ‘Tuhan Tidak Pernah Salah’, ‘I Love U’, dan ‘Cinta Mati’. 

Untuk mengetahui perkembangan tentang SamsonS, boleh ikuti mereka di Facebook, akaun Twitter dan Instagram @samsonstheband dan YouTube, SamSonS Band. -Getaran, 22 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 12 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 8 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21