web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warner Music Malaysia Nafi Amir Hasan Songlap Duit Andi Bernadee

Pihak pengurusan Warner Music Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa bahawa Amir Hasan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes Andi Bernadee.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 2:43PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dek laporan polis yang dibuat Andi Bernadee terhadap seorang ‘rakan baik’ yang didakwa telah melesapkan wang hasil titik peluhnya bernilai RM70,000 semalam, dengan tidak semena-mena penyanyi Amir Hasan telah menjadi mangsa kecaman netizen. 

Kecaman itu tercetus apabila netizen menganggap bahawa rakan baik yang didakwa Andi Bernadee itu adalah Amir Hassan sedangkan pelantun lagu ‘Bicaramu’ itu langsung tidak ada kena-mengena dengan isu tersebut. 

Berikutan itu, pihak pengurusan Warner Music Malaysia yang menaungi Amir Hasan dan Andi Berdanee telah mengeluarkan kenyataan bahawa bahawa Amir Hasan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes songlap duit yang telah dilaporkan Andi Bernadee semalam.

“Dengan kenyataan ini, kami ingin menafikan penglibatan Amir Hasan terhadap kes ini seperti yang telah dituduh sebilangan netizen

“Kami dari pihak Warner Music Malaysia mewakili Andi Bernadee dan Amir Hasan juga ingin berterima kasih kepada semua rakan media yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya mereka selama ini,” kata pihak Warner dalam kenyataan yang dibuat kepada pihak media. 

Kes tuduhan terhadap Amir Hasan ini mula tular di TikTok apabila seorang pengguna TikTok telah menuduh bekas peserta 'Big Stage musim 2' sebagai rakan yang telah ‘mencuri’ duit Andi. 

Tuduhan pengguna TikTok itu dibuat menerusi akaun Instagram Amir dan akibat daripada itu Amir turut diserang sebilangan netizen yang tidak bertanggungjawab.

Dalam laporan portal Getaran semalam, Andi Bernadee telah membuat laporan terhadap seorang rakan baik merangkap pembantu tidak rasmi yang didakwa telah pecah amanah apabila melesapkan wang berjumlah RM70,000. 

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dengan ditemani peguamnya, Faizal Rahman dan pengurusnya, Nasir Deraman. 

Wang berjumlah RM70,000 itu adalah hasil titik peluhnya bekerja pada tahun ini menerusi kerja lakonan dan penglibatan dengan syarikat baju. - Getaran, 26 Ogos 2021

Gambar: Instagram Amir Hasan dan gambar Fail Getaran

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN