web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lan Pet Pet Kini 'Orang Mahkamah'

Lan Pet Pet tertarik untuk menuntut ilmu perundangan selepas banyak menonton filem yang memaparkan kepetahan peguam berhujah di mahkamah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Aug 2021 8:30AM

Gambar: Rafisqi Radhi dan Instagram @lanpetpet

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika Azlee Jaafar memilih menjual buah-buahan sebagai punca pendapatan di kala pandemik ini, seorang lagi anggota kumpulan Senario, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet memilih laluan berbeza dengan menuntut ilmu perundangan bagi bergelar pegawai tugas-tugas khas kepada peguam terkenal, Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim.

Menurut pelawak itu, beliau sudah memulakan 'latihan' sejak tujuh bulan lalu di Firma Perundangan AHC milik Aswandi, sebelum memulakan tugas pertamanya hari ini semalam di Mahkamah Alor Setar.

Katanya, hasrat untuk terlibat dalam bidang perundangan sudah lama ada, disuburkan oleh pelbagai filem yang memaparkan kepetahan peguam berhujah di mahkamah.

"Setiap perjalanan hidup memerlukan latihan dan pengalaman selama tujuh bulan ini bagi saya cukup unik. Sepanjang tempoh itu saya tahu etika untuk bercakap dengan orang awam, cara berpakaian serta memahami situasi dalam mahkamah.

"Bila tengok Lan Pet Pet, orang kata dia 'rempang' (gila-gila) dan 'keloloh' (tiga suku). Namun, kalau diberi watak serius, insyaAllah saya boleh buat," katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Alor Setar di sini, hari ini.

Sementara itu Aswandi berkata,  beliau tergerak hati untuk memberi peluang kepada Lan menjalani latihan dan bekerja di firma guamannya,  apabila bertemu kembali selepas 25 tahun terpisah.

"Kami sebenarnya saling mengenali sejak kecil namun terpisah lama mengikut haluan hidup masing-masing setelah dewasa. Apabila bertemu kembali, dia menyatakan minat untuk mendalami ilmu undang-undang selepas melihat lakonan Amitabh Bachan dalam filem Pink dan beberapa filem Hollywood.

"Jadi, saya tak nampak mengapa dia tidak boleh diberikan peluang untuk itu. Maka saya membuka peluang kepadanya menjalani latihan selama tujuh bulan dan kini dia diberikan kontrak bertugas selama setahun di firma guaman saya," katanya.

Menurut Aswandi lagi, pihaknya pada masa sama turut terlibat dalam syarikat konsultansi yang memberikan latihan kepada orang ramai membabitkan hal ehwal perundangan.

"Dalam kursus yang dijalankan nanti, Lan Pet Pet akan diberikan tanggungjawab sebagai moderator. Kalau sebelum ini pelawak dibenarkan menjadi moderator ceramah agama, mengapa pula tidak kita berikan ruang kepada mereka menjadi moderator kursus undang-undang?

"Ilmu yang ada akan membolehkannya mengendalikan kursus tersebut dengan baik. Pada usia menginjak 52 tahun, saya menganggap yang dilakukan Lan ketika ini adalah sebahagian daripada pelan persaraan buatnya," katanya.  - Getaran, 26 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

3

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Liberal International: PKR Timbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Berniat Jahat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Undang-Undang 'Drakonian' Sekat Kebebasan Media: Jadi Duri Dalam Daging Majlis Media?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN