Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Serunding Kobis, Inovasi Luar Biasa UMS

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 12:36PM

Serunding kobis yang dibangunkan oleh sekumpulan pakar dari UMS bagi membantu petani yang mengalami masalah untuk menjual kobis mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serunding biasanya diperbuat daripada ayam, daging atau ikan untuk dinikmati begitu sahaja atau dijadikan penambah selera bersama juadah lain.

Namun, inovasi serunding yang dibangunkan sekumpulan pakar penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sememangnya unik dan istimewa apabila hidangan itu dihasilkan daripada kobis.

Ketua Kumpulan Penyelidik, Dr Jurry Foo, berkata idea penghasilan Serunding Kobis itu tercetus selepas pihaknya melihat kesusahan petani dan peniaga tempatan yang berdepan lambakan tanaman tersebut susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, Serunding Kobis adalah inisiatif UMS bagi membantu petani dan peniaga dalam kalangan penduduk Ranau yang berdepan kekangan pergerakan akibat pelaksanaan PKP, sekali gus menyukarkan mereka untuk memasarkan hasil pertanian masing-masing.

“Kobis dipilih kerana sayur ini paling terjejas yang menyebabkan petani dan peniaga terpaksa menanggung kerugian serta berlaku pembaziran.

“Atas keprihatinan terhadap nasib komuniti setempat, UMS melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi (kini dikenali Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS) melancarkan dana penyelidikan COVID-19 bagi membantu golongan berkenaan membangunkan Serunding Kobis,” katanya kepada Getaran.

Dr Jurry Foo
Dr Jurry Foo

Jurry berkata, projek itu membabitkan kumpulan pakar penyelidik dari dua fakulti di UMS, iaitu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) serta Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP).

“Kita (kumpulan pakar penyelidik) mencadangkan beberapa idea untuk memproses sayur kobis menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada mereka (petani dan peniaga) untuk membantu meminimumkan risiko pembaziran tanaman ini.

“Saya mengadakan bengkel secara dalam talian kepada mereka mengenai cara memproses Serunding Kobis dengan menginspirasikan kaedah penghasilan serunding lain yang berjaya menjadi makanan tempatan popular dalam kalangan masyarakat di Ranau,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran dalam penghasilan Serunding Kobis, Jurry berkata, cadangan terbabit pada peringkat permulaan menerima tentangan kerana ramai beranggapan sayur itu tidak sesuai dijadikan serunding.

Bagaimanapun, katanya, sekumpulan komuniti perintis membabitkan petani dan peniaga merealisasikan idea serta resipi dicadangkan kumpulan pakar penyelidik UMS itu, sehingga berjaya menghasilkan produk berkenaan melalui bimbingan secara dalam talian.

Jelasnya, usaha itu juga merubah Serunding Kobis yang sebelum ini dinikmati sebagai hidangan sampingan, menjadi produk makanan tahan lama yang menerima permintaan menggalakkan daripada pengguna.

“Serunding Kobis kini dipasarkan meluas secara dalam talian, seperti Shopee dan Lazada.

“Produk ini turut terdapat di beberapa cawangan pasaraya tempatan, iaitu BATARAS dan SABINDO,” katanya yang juga Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS.

Selain itu, Jurry berkata, projek penyelidikan dan inovasi UMS secara berterusan itu bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti produk secara berterusan, tetapi juga menggalakkan keupayaan komuniti sebagai pengusaha serta membuka peluang pekerjaan kepada golongan terjejas.

Pada masa sama, katanya, Serunding Kobis boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan tempatan pada masa depan.

Justeru, jelasnya, komuniti dan pengusaha perintis produk itu  digalakkan bekerjasama dengan pemegang taruh lain sebagai pemegang hak cipta resipi asas Serunding Kobis.

“Projek Serunding Kobis ini mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat tempatan dan global, antaranya National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2021 anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), pingat emas bagi projek Penyediaan dan Pemasaran Serunding Kubis dan dua pingat gangsa di acara antarabangsa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terbabit dalam penghasilkan inovasi baharu ini, termasuk kumpulan pakar penyelidik, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),” katanya. – Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Semasa 3 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

3

Semasa 4 hari yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA