Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Peniaga Durian Perkenal Konsep 'Makan Dulu, Bayar Kemudian'

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 1:17PM

Konsep Buku Tiga Lima diperkenalkan kepada pelanggan setia dan boleh dipercayai - Gambar ihsan Hoe Eng Kuang dan Manjit Singh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Di sebalik COVID-19 yang mengganggu kehidupan ramai, kini beberapa peniaga telah menawarkan kelonggaran kepada peminat Raja Buah di Pulau Pinang iaitu boleh makan dahulu, dan bayar kemudian.

Ia menawarkan diskaun biasa dan sebahagiannya percuma untuk stok yang tidak dapat dijual dalam jangka masa tertentu.

Tinjauan yang dijalankan di jalan Tanjung Tokong mendapati peniaga durian menawarkan insentif berkenaan disebabkan jualan durian yang perlahan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara kesan nyata pandemik ini ialah orang ramai bimbang dijangkitinya lalu memaksa majoriti duduk di dalam rumah sepanjang PKP, manakala ada juga yang terus berkurung dalam rumah meskipun PKP dilonggarkan.

Mereka tidak keluar rumah, sekali gus menyebabkan penurunan kepada perbelanjaan pengguna, termasuk dalam industri durian.

Hassan Ali, yang merupakan pembantu di sebuah gerai, memberitahu The Vibes bahawa pelanggan tidak lagi berbelanja seperti sebelum ini kerana bimbang akan keadaan ekonomi.

Hasilnya, peniaga dan pekebun, turut terkesan apabila mereka tidak dapat mengeksport atau menghantar barang susulan larangan rentas daerah dan negeri di bawah PKP.

Sementara itu, Manjit Singh dan Hoe Eng Kuang berkongsi pengalaman menjual durian di Fettes Park, salah satu kawasan di Tanjong Tokong, dan bagaimana mereka menghidupkan semula amalan perniagaan di Malaysia untuk menggalakkan pelanggan membeli lebih banyak durian.

Amalan perniagaan seumpama itu, yang dijalankan sekitar 1970an dan 1980an, membenarkan pelanggan membeli barang, selalunya di kedai runcit dan makanan serta minuman di kedai atau gerai - dengan janji akan membayar kemudian. Pembayaran selalunya dibuat penghujung bulan apabila mereka mendapat gaji.

Sesetengahnya pula, iaitu penanam padi, sebelum kewujudan Bernas, akan membuat bayaran dalam bentuk sistem barter, menggunakan beras untuk membayar hutang ketika musim menuai.

Bagaimanapun amalan itu bukannya satu bentuk kebajikan sebaliknya ramai peniaga kedai runcit akan mengenakan bunga ke atas hutang yang diberikan itu.

Bagi merekodkan hutang dengan pekedai, pelanggan akan mencatatkannya dalam buku kecil yang boleh disimpan dalam poket, iaitu buku '555'.

Ia dikenali sebagai Buku Tiga Lima dan pada masa dulu, ia adalah umpama kad kredit atau buku cek, digunakan di sebahagian besar penduduk di bandar utama, pekan kecil dan kawasan luar bandar.

Sistem ini berkesan bagi memastikan kelangsungan hidup ketika rakyat masih memperolehi pendapatan yang sangat rendah.

Hanya pelanggan yang dipercayai boleh membeli barang menggunakan Buku Tiga Lima.

Hari ini, Manjit dan Eng Kuang memberikan diskaun atau kelonggaran pembayaran disebabkan ramai pembeli yang enggan berbelanja meskipun mempunyai keinginan untuk merasai durian dalam musim pandemik ini.

''Orang sekarang kini mencari makanan yang memberikan kelegaan ketika mereka terpaksa berkurung,'' kata Manjit.

Beroperasi sepanjang masa setiap hari, Manjit terlibat dalam perniagaan buah selepas perniagaan perkhimatan berkaitan pelancongan yang dijalankan terjejas teruk apabila pandemik ini melanda dunia.

''Kami bergelut tapi kami meneruskannya kerana kami tidak boleh lagi menghantar durian ke bahagian lain di negara ini yang mana permintaan lebih tinggi,'' katanya.

Mandangkan keadaan yang tidak menentu, beliau memutuskan untuk memperkenalkan konsep 'makan dulu dan bayar kemudian', iaitu sumbangan kecil bagi membantu mengurangkan beban dan memberikan sedikit kelegaan kepada orang ramai yang berdepan dengan kesulitan.

Namun, konsep itu hanya untuk pelanggan yang dikenali memandangkan sukar untuk mempercayai orang asing.

Ketika ini, Manjit mempunyai 30 pelanggan tetap yang setia dan dipercayainya.

Mereka yang berminat untuk membeli duriannya menggunakan konsep Buku Tiga Lima perlu menghubungi beliau dan mendapatkan kepercayaan Manjit terlebih dahulu.

Manjit yang merupakan bekas pelajar St Xavier, iaitu sekolah kedua tertua di Malaysia berkata, durian melangkaui semua kaum kerana ia disukai ramai, jadi wajar bagi mereka yang menjualnya menderma sebahagian hasil bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Beliau turut merayu Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mengeluarkan lesen sementara kepada penjual durian tepi jalan bagi memastikan aktiviti tersebut dapat diatur dengan baik.

Manjit berkata, musim durian akan berakhir September ini disebabkan permintaan yang rendah.

Walaupun ada peniaga menjual durian menerusi dalam talian, namun Manjit lebih suka cara tradisional di mana pelanggan boleh memilih dan beliau juga boleh memberikan nasihat.

Harga durian berbeza disebabkan kualiti benih dan jenis durian yang dijual.

Terdapat sekurang-kurangnya 12 jenis durian yang dijual olrh Manjit, dengan yang terbaik datangnya dari kebun di Balik Pulau. - Getaran, 28 Julai 2021

Sorotan

1

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

4

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

5

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

6

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

7

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren