web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Pakai PPE Berjam-berjam Di Tanah Perkuburan, Satu Cabaran

Rencana Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 12:35PM

Menguruskan jenazah pesakit COVID-19 adalah satu cabaran bagi petugas yang terlibat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Mengambus tanah ketika menguruskan jenazah dengan berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE) merupakan antara cabaran yang perlu dilalui pasukan pengurusan jenazah COVID-19 (Tajhiz) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Biarpun terpaksa berpeluh dengan pemakaian PPE, namun 80 petugas Tajhiz secara sukarela memikul tanggungjawab tersebut bagi memastikan pengurusan jenazah COVID-19 di negeri ini berjalan lancar dan selamat.

Pengarah JHEAINS Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata petugas tersebut turut menguruskan jenazah bukan warganegara yang disimpan lebih 10 hari di dalam peti kerana perlu menunggu pelepasan daripada pejabat kedutaan negara terlibat.

Mohd Zaidi berkata seramai lima anggota Tajhiz terlibat bagi menguruskan seorang jenazah bermula daripada mengendalikan jenazah di bahagian forensik hospital, sehingga menguruskan jenazah, mengkafan, menyembahyangkan serta memasukkan jenazah ke dalam keranda dan kenderaan.

Ketika proses pengebumian pula, lapan lagi ditugaskan memastikan liang kubur disediakan dan sesuai dengan saiz jenazah serta menurunkan jenazah dan mengambus tanah.

"Mengambus tanah secara manual dengan berpakaian PPE lengkap terutamanya dalam situasi menguruskan jenazah bagi kematian serentak antara cabaran dilalui oleh petugas kami.

"Dalam beberapa situasi, petugas terpaksa menimba air dari lahad sebelum jenazah dikebumikan. Selain itu terdapat petugas terjatuh dalam liang lahad yang tersedia kerana pemakaian PPE yang berlapis dan berat," katanya kepada Bernama.

Mohd Zaidi berkata proses pengebumian adakalanya dibantu oleh waris si mati bergantung kepada permintaan ahli keluarga namun dihadkan kepada tiga orang sahaja, tetapi atas faktor keselamatan dan waris perlu melalui tempoh kuarantin, pengebumian hanya dilakukan oleh petugas Tajhiz.

Beliau berkata proses penggalian kubur dilakukan oleh penggali kubur tempatan mengambil masa dua hingga tiga jam bagi penggalian secara manual dan 30 minit sekiranya menggunakan jentera binaan.

Selain itu pasukan itu turut membantu urusan pengebumian jenazah yang meninggal di negeri lain tetapi perlu dikebumikan di negeri ini susulan permintaan waris. 

Jelasnya setakat ini petugas Tajhiz menguruskan 58 jenazah, daripada jumlah itu jenazah paling muda diuruskan berusia 26 tahun dan paling tua berumur 88 tahun, kedua-duanya lelaki.

Katanya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) turut memantau proses dilaksanakan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk membekalkan pakaian PPE dan melakukan proses sanitasi ke atas barang dan terhadap petugas setiap kali selesai urusan pengebumian. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad