Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Noor Amin, Calon Pembangkang Pertama Lakar Sejarah PRU Perlis

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 5:38PM

Selepas kemenanganya dalam PRU14, Noor Amin tampil membiayai Bustana Kucing yang menempatkan ratusan kucing terbiar yang diselamatkan oleh orang awam dan pihak pengurusan pusat tersebut di Kangar.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Sejak semua kerusi Parlimen negeri dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) mulai tahun 1955, calon UMNO tidak pernah gagal membolot kemenangan mutlak.

Cengkaman kuasa parti ketuanan Melayu itu terbukti kukuh apabila Perlis kekal dalam genggaman UMNO walaupun angin perubahan membadai landskap politik negara pada PRU ke-14, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tumbang selepas 69 tahun memerintah.

PRU yang berlangsung pada 9 Mei 2018 itu bagaimanapun tetap melakar satu detik bersejarah buat Perlis apabila buat julung kalinya, seorang calon dari parti lain berjaya merampas satu kerusi Parlimen.

“Saya tak sangka saya boleh menang,” luah Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dari PKR, sambil dikerumuni ratusan kucing ketika ditemui Getaran di sini baru-baru ini.

“Saya adalah calon pembangkang pertama yang berjaya memenangi kerusi Parlimen di Perlis.”

Noor Amin, 39, mengakui dirinya terasa amat bertuah atas kemenangan tersebut, dan menyifatkan keputusan untuk bertanding itu dibuat pada masa yang tepat, iaitu ketika gelombang penolakan terhadap UMNO dan BN berada di puncak.

“Sebenarnya pernah ada Ahli Parlimen pembangkang di Perlis yang berjaya memenangi pilihan raya, iaitu Ustaz Hashim Jasin dari PAS, semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Arau pada tahun 1998.

“Namun dalam konteks PRU, saya adalah calon pembangkang pertama yang berjaya memenangi kerusi Parlimen di Perlis,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai penyelidik di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) selama setahun iaitu sekitar 2007 hingga 2008.

Ketika PRU14, BN hanya memenangi 79 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Harapan (PH) yang merangkul 113 kerusi, sekali gus membolehkan mereka menguasai kesemua 12 negeri, kecuali Perlis dan Pahang.

“Saya pernah beritahu kawan-kawan saya bahawa di Malaysia, Johor (negeri yang terkenal dengan jolokan tiang seri UMNO) akan berubah arah dulu sebelum Perlis. Ini kerana Perlis adalah satu negeri kecil dan senang dikawal.

“Walaupun arus perubahan politik di sini mungkin akan tiba lebih lambat berbanding negeri-negeri lain, saya percaya lambat laun ia akan datang. Bila? Saya pun kurang pasti,” ujar Noor Amin.

Terletak di sudut yang paling utara di Semenanjung Malaysia, Perlis mempunyai populasi seramai 254,000 penduduk dengan keluasan hanya hampir dua kali ganda saiz Langkawi sahaja – iaitu 819 kilometer per segi.

“Pada tahun 2019, saya meluluskan peruntukan RM50,000 untuk menyediakan fasiliti yang lebih sesuai untuk semua kucing di sini.”

Seperti kebanyakan negeri teras Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, pengaruh politik PKR di Perlis masih lagi lemah meskipun parti tersebut telah menceburi arena berkenaan sejak 1999 lagi, ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional.

“Keadaan ini agak ironik. Dari zaman Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat hinggalah PH, kami selalu bercakap tentang isu kemiskinan dan ketidaksamaan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar.

“Tapi entah mengapa dalam corak pengundian, kita kalah di kawasan-kawasan luar bandar dan menang di kawasan bandar,” katanya.

Noor Amin turut berpendapat, populariti PKR di kawasan bandar berpunca daripada situasi miskin kota yang kian parah menghimpit penduduk, khususnya selepas mereka berhijrah dari kampung halaman masing-masing.

“Mereka yang terkesan dalam isu kos sara hidup ini adalah mereka yang datang dari luar bandar dan mereka percaya perjuangan PH, PKR khususnya.

“Saya percaya mereka inilah yang memainkan peranan dalam memujuk ibu bapa dan keluarga mereka untuk membuat perubahan di luar bandar seperti yang terjadi semasa PRU14,” katanya.

Sesi temu ramah Noor Amin tidaklah formal seperti kebanyakan tokoh politik yang lain. Beliau tidak memakai kot ataupun blazer, cukup sekadar memakai kemeja bercorak kotak dan bercelana jeans.

Malah, beliau juga tidak kisah untuk berbual bicara di dalam sangkar utama Bustana Kucing yang menempatkan ratusan kucing gelandangan, selepas diselamatkan oleh orang awam dan juga pihak pengurusan pusat tersebut.

“Pada tahun 2019, saya meluluskan peruntukan RM50,000 untuk menyediakan fasiliti yang lebih sesuai untuk semua kucing di sini.

“Sebelum itu Bustana Kucing hanya menggunakan sangkar kecil jenis lama, lazimnya digunakan untuk mengurung monyet,” kata Noor Amin sambil membelai leher seekor kucing belang yang sedang berbaring di atas paha beliau.

Amin bersama dengan kucing peliharaannya di Bustana Kucing, di Perlis.
Amin bersama dengan kucing peliharaannya di Bustana Kucing, di Perlis.

Meskipun tidak memiliki kuasa mengundi, kebajikan haiwan serta alam sekitar dijadikan Noor Amin sebagai teras utama perjuangan politik miliknya, malah beliau turut memelihara 40 ekor kucing di rumahnya sendiri.

“Saya tahu, bila bercakap tentang isu haiwan dan alam sekitar, ramai Ahli Parlimen tidak mahu mewakili kumpulan yang tidak boleh mengundi ini.

“Kalau ada pun, selalunya percakapan mereka lebih bersifat ‘voters oriented.’ Kalaupun bercakap tentang haiwan dan alam sekitar, ia tetap bersangkut dengan kepentingan manusia,” katanya lagi.

Pembangunan sesebuah negara, jelas Noor Amin, tidak harus dihadkan kepada soal untung rugi ataupun kebendaan kerana ia seharusnya bersifat menyeluruh.

Haiwan dan alam sekitar katanya, sama-sama memainkan peranan penting dan merencana sumbangan tersendiri dalam pembentukan sesebuah tamadun.

“Bagi saya, isu-isu alam sekitar dan haiwan adalah sebagaian daripada elemen yang membentuk ketamadunan sesebuah negara dan kebajikan mereka harus menjadi sebahagian daripada misi pembangunan Malaysia,” tegasnya. - Getaran, 17 Mei, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Beri Lampu Hijau Ambil Tindakan Tegas Pada Ahli Parlimen Melampaui Batas

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

4

Politik 3 bulan yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji