web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kad Raya Singkap Banyak Kenangan Syawal

Rencana Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 11:51AM

Pengumpul kad hari raya,Masfaridatul Afiza Mohd Ali menunjukkan kad raya yang dibalas daripada pihak Istana Negara ketika sesi temu bual bersama Bernama Rabu lalu. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suatu ketika dahulu, kehadiran ‘abang posmen’ pastinya paling dinantikan pada bulan puasa kerana bukan sahaja membawa surat biasa, tetapi juga kad raya sebagai penghubung atau pengganti diri mereka yang jauh di mata.

Namun dengan adanya teknologi yang semakin canggih, kad raya semakin dilupakan terutama oleh golongan muda yang menggantikannya dengan kad raya elektronik yang dikirim melalui media sosial seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook. 

Bagi Masfaridatul Afiza Mohd Ali, 41, dari Taman Bukit Mewah, Kajang, pemberian kad raya fizikal merupakan antara tradisi raya yang tidak sepatutnya dilupakan.

“Tradisi ini harus dihidupkan semula bagi memberi peluang  kepada generasi muda sekarang merasai keseronokan menghantar dan menerima kad raya seperti zaman dulu,” katanya kepada Bernama.

Lantaran itu, dia dan suami Mohamad Fauzi Manap, 48, mula menyimpan kad raya yang diterima daripada sahabat dan keluarga sejak 2016, malah ada juga yang dibeli dan diperoleh daripada pengumpul lain.

Hingga kini anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan itu mempunyai koleksi lebih 500 kad raya termasuk yang paling istimewa kad raya bersaiz A4 dan mempunyai lagu yang diterima daripada suaminya sendiri pada tahun pertama perkahwinan mereka pada 2001.

“Kad raya itu istimewa kerana kandungan gaya bahasanya yang menarik dan bukan hanya bersaiz besar, tetapi juga memiliki corak berbunga warna merah jambu dan berlagu apabila dibuka,” katanya.

Selain itu, katanya kad raya daripada orang kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga antara koleksi yang disayanginya

Menurutnya, setiap tahun dia tidak pernah lupa menghantar kad raya kepada hampir semua orang kenamaan ini termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

“Saya terharu dan teruja apabila kad saya dibalas dengan rekaan kad yang begitu menarik dan cantik siap ada gambar walaupun saya menghantar kad biasa sahaja,” katanya yang menyifatkan itu adalah caranya untuk menzahirkan rasa hormat dan setia kepada raja dan negara. 

Dek minat yang mendalam terhadap hobi berkenaan, tenaga pengajar kelas roti dan kek itu turut mengambil inisiatif mewujudkan Geng Pengumpul Kad Hari Raya di laman sosial Facebook (FB) sejak 2019 yang menjadi medium untuk mereka saling bertukar koleksi selain mempamerkan koleksi masing-masing.

Sementara itu, Fatin Zulaika Zamawi, 22,  pula menyifatkan ucapan “Selamat Hari Raya” menerusi media sosial tidak seistimewa mengutus atau menerima kad raya fizikal.

Lantaran itu, penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains (Seni Bina) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak tersebut memanfaatkan bakat melukis yang ada pada dirinya dengan menghasilkan kad raya dan menjualnya secara dalam talian melalui Instagram @studioseni sejak tahun lepas.

Setiap kad raya yang dihasilkannya berkonsepkan poskad berdasarkan empat tema terpilih iaitu ‘Masjid Kita’, ‘Minangkabau’ dan ‘Juadah Raya’ serta ‘Hero Kita’ yang merupakan satu penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang tanpa jemu berjuang memerangi pandemik COVID-19.

Hingga kini dia berjaya menjual lebih 1,000 keping kad sejak dilancarkan pada 21 April lepas, dan paling membanggakan, kerja tangannya turut menarik perhatian peminat dari luar negara termasuk Australia, Singapura dan United Kingdom yang ingin menyimpan kad tersebut sebagai koleksi selain memberikannya kepada sanak saudara serta keluarga. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad