Berita Terkini

13 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 13 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 13 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 13 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 13 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Jenayah Seksual Kanak-Kanak Tidak Libatkan Sentuhan Fizikal Dijangka Meningkat - Bukit Aman

Rencana Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 12:36PM

Faktor pendorong seperti kemajuan teknologi maklumat, gaya hidup dan Internet membuatkan jenayah mudah berlaku apatah lagi kanak-kanak kini mempunyai akses kepada internet. - Gambar hiasan dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan akses kanak-kanak terhadap telefon pintar dan Internet dibimbangi akan menyebabkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang tidak melibatkan sentuhan fizikal seperti penyebaran video dan gambar lucah semakin serius pada masa hadapan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya kini kerap menerima laporan mengenai penyebaran gambar dan video lucah membabitkan mangsa kanak-kanak.

Beliau berkata faktor pendorong seperti kemajuan teknologi maklumat, gaya hidup dan Internet membuatkan jenayah mudah berlaku, tambahan pula kanak-kanak kini mempunyai akses yang meluas terhadap telefon bimbit dan Internet.

“Melalui dalam talian pemangsa akan menjalinkan ‘hubungan istimewa’ dan kemudian meminta gambar dan video bogel mangsa, video dan gambar ini akan tersebar apabila mangsa tidak lagi mahu meneruskan hubungan berkenaan.

“Jenayah sharing, grooming, minta gambar dan video bogel dan lucah ini saya jangka akan menjadi trend pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Siti Kamsiah Hassan - Gambar Bernama
Siti Kamsiah Hassan - Gambar Bernama

Siti Kamsiah berkata pada 2020, pihaknya menerima 24 laporan polis melibatkan jenayah itu yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, dan tahun lepas jumlah itu meningkat kepada 35 manakala sebanyak 11 laporan polis diterima dalam tempoh Januari hingga April tahun ini.

“Untuk memadamkan sesuatu gambar atau video lucah kanak-kanak yang telah disebarkan di Internet bukan kerja yang mudah kerana hal ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi antaranya Polis Antarabangsa (Interpol).

“Gambar dan video ini terlebih dahulu akan dimasukkan dalam sistem Interpol dan satu pemberitahuan akan dikeluarkan kepada negara-negara yang berkongsi sistem berkenaan untuk mengesan sekiranya ada penularan gambar atau video berkenaan di negara mereka, jika ada ia perlu diturunkan,” katanya.

Siti Kamsiah berkata pihaknya juga akan memaklumkan kepada pentadbir media-media sosial untuk turunkan gambar atau video berkenaan sekiranya ada, namun bergantung kepada penilaian pentadbir.

Menurutnya, orang ramai juga boleh membuat laporan terus kepada Internet Watch Foundation iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa.

“Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu mengenai keselamatan ketika bersosial atau berkawan sebagai persediaan untuk mengelakkan anak-anak mereka menjadi mangsa jenayah itu.

“Kita perlu mengajar anak-anak adab bergaul, batas-batas pergaulan, apa yang boleh dikongsi, apa yang tidak boleh dikongsi seperti hal peribadi, tubuh badan. Permantauan oleh ibu bapa juga penting dan anak itu sendiri perlu mempunyai kawalan kendiri untuk mengelak dia daripada menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Siti Kamsiah berkata jenayah seksual terhadap kanak-kanak bukan satu isu yang kecil kerana di negara ini hampir 60 peratus mangsa jenayah seksual ialah golongan itu.

Menurut data yang diperoleh pada 2020, sebanyak 4,274 mangsa jenayah seksual antaranya melibatkan kes seperti rogol, rogol berkumpulan, sumbang mahram, seks luar tabii dan cabul direkodkan dengan 2,567 daripadanya merupakan mangsa kanak-kanak.

"Pada tahun lepas, terdapat 4,031 mangsa jenayah seksual dan 2,234 daripadanya ialah kanak-kanak dan bagi empat bulan pertama tahun ini direkodkan sebanyak 1,201 mangsa dengan 677 orang terdiri daripada kanak-kanak.

“Angka hampir mencecah 60 peratus itu merupakan sesuatu yang patut diambil serius kerana kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual mengalami pelbagai kesan dari sudut kesihatan mental dan psikologi,” katanya.

Siti Kamsiah berkata kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual berpotensi mengalami masalah psikologi seperti kebimbangan, ketakutan, sentiasa berada dalam keadaan marah dan berkelakuan ganas.

“Mangsa-mangsa ini juga dikhuatiri mempunyai fungsi sosial yang lemah, masalah pembelajaran, kemurungan, terjebak dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol dan revictimization (kemungkinan akan menjadi pemangsa apabila dewasa atau terus menjadi mangsa),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Lebih 4,000 Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Diselesai

2

Semasa 1 hari yang lalu

KDN Dalam Peringkat Persediaan Asas Bawa Keluar Kanak-Kanak Di Depoh Tahanan

3

Semasa 2 hari yang lalu

11 Mei Keputusan Permohonan Ibu Tunggal Batal Penukaran Agama 3 Anaknya

4

Semasa 6 hari yang lalu

KTMB Diminta Sediakan Perkhidmatan Percuma Kepada Pesakit Kanser Kanak-Kanak, Penjaga

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa