Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


2 Beradik Warisi Bakat Bapa, Catur Erat Hubungan Keluarga

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 12:35PM

Biela (kiri) dan Najiha meminati sukan catur sejak kecil lagi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika sukan badminton ada legasi anak-anak Sidek, permainan  catur tidak kurang hebatnya. 

Sukan yang berasal dari India itu amat dekat di hati Nur Nabila Azman Hisham, 24, bersama seorang abang, Muhammad Nabil, 27,  dan dua adik mereka, Nur Najiha, 22, serta Muhammad Najwan, 20.

Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kerana minat serta bakat dalam sukan yang memerlukan konsentrasi tinggi itu diwarisi daripada bapa mereka sejak kecil lagi.

Namun semakin meningkat dewasa, Nur Nabila atau mesra disapa Biela berkata legasi itu hanya diteruskan bersama adik ketiganya, Nur Najiha yang masih aktif sehingga hari ini.

Terbaru, mereka berjaya menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik pada Sukan SEA Filipina 2019 yang juga penampilan ketiga keduanya di temasya dwitahunan itu.

Biela (kanan) dan Najiha mempunyai kekuatan tersendiri dalam sukan ini.
Biela (kanan) dan Najiha mempunyai kekuatan tersendiri dalam sukan ini.

Kecekapan Biela bermain catur turut membolehkan gadis manis itu diiktiraf sebagai 20 pemain catur terbaik untuk peringkat usia bawah 10 tahun dalam Kejohanan Catur Dunia suatu ketika dulu.

Biela yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (UiTM) berkata, keinginan untuk mencuba permainan itu mula berputik semasa menemani bapanya.

“Dulu masa kecil kami selalu ikut ayah pergi tournament. Main catur ini bukan sekejap, ada yang dari pagi sampai petang. Memang boringlah sebab kami asyik menunggu dia sampai habis permainan.

“Tapi ada satu hari tu bila ayah main dekat Perak, tiba-tiba saya kata nak main. Ayah pun support. Bila main tu opponent cakap saya ada talent walaupun masa tu kalah,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Azman Hisham (kanan) dan isteri, Zazaluma Harun (kiri) sentiasa menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam sukan catur.
Azman Hisham (kanan) dan isteri, Zazaluma Harun (kiri) sentiasa menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam sukan catur.

Sejak dari itu, bapanya Azman Hisham Che Doi, 55, mula melatih dan mempraktikkan ilmu catur kepada Biela yang pada waktu itu berusia enam tahun.

“Selepas setahun berlatih, saya mula berani menyertai tournament catur. Pada waktu itu saya hanya bermain di sekolah mewakili kelab catur di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman, Sungai Buloh.

“Kemudian saya terpilih mewakili negara dalam pertandingan ASEAN Age Group Chess Championship (2004) di Vietnam bagi kategori bawah lapan tahun dan menang pingat gangsa,” katanya.

Masih segar lagi diingatannya, pengalaman manis ketika bertanding pada kejohanan 42nd Chess Olympiad di Baku, Azerbaijan pada 2016, yang juga penampilan pertamanya di kejohanan dunia.

Menurut anak kedua daripada empat beradik ini, dia bersama Najiha dan tiga lagi rakan lain yang mewakili pasukan Malaysia dalam kejohanan itu berjaya menggondol pingat emas bagi Kumpulan C.

waktu mewakili Malaysia dalam kejohanan 42nd Chess Olympiad di Baku, Azerbaijan pada 2016.
waktu mewakili Malaysia dalam kejohanan 42nd Chess Olympiad di Baku, Azerbaijan pada 2016.

“Bayangkan waktu tu orang yang tulis buku chess dan idola saya, bertanding dalam kejohanan dunia itu. Memang kami pasukan underdog, orang pun tengok macam pelik sebab semua kecil-kecil dan bertudung kecuali seorang berbangsa Cina.

“Masa tu memang perform, sampai ada pasukan ranking atas kami bantai 4-0, coach dia sampai terduduk. Lepas tu barulah semua start pandang kami. Masa tu first time pecah rekod Malaysia Chess yang dapat emas Group C. Kami juga berada di kedudukan 25 dunia daripada 140 negara,” katanya.

Minatnya yang mendalam itu juga mendorong Biela untuk menurunkan ilmunya kepada pemain-pemain muda.

Meskipun masih berada di semester keempat pengajian, Biela turut mengendalikan kelas catur setiap malam Sabtu.

“Nak kata penat tu tak juga sebab kelas pun setiap malam Sabtu. Lagipun sekarang kelas secara online, itupun dua jam sahaja, selebihnya tu masa untuk saya study.

“Saya nak tolong budak-budak agar mereka lebih memahami apa sebenarnya sukan ini. Bila faham betul-betul barulah mereka akan rasa keseronokan itu,” katanya.

Tidak menafikan sukan catur belum begitu popular di negara ini, Biela berkata sukan tersebut banyak manfaatnya.

“Ramai pilih sukan badminton, tenis dan bola sepak. Chess dulu memang orang tak pandang tapi sekarang dah ada yang mula minat. Untuk yang tak tahu, chess more to life. Setiap pergerakan kita buat mesti ada akibat dan tujuannya.

“Ia juga menguji kemahiran minda berfikir dalam menyelesaikan masalah dengan bijak. Secara tidak langsung ia melatih imaginasi dan mendisiplinkan kita. Walaupun orang cakap ia sukan yang tak keluar peluh, catur sebenarnya paling banyak guna tenaga,” katanya.

Keluarga besar Biela
Keluarga besar Biela

Jelasnya lagi, sukan catur juga membuatkan hubungan mereka sekeluarga lebih akrab.

“Jika keluarga lain gemar menghabiskan masa menonton wayang atau bersantai bersama-sama pada hujung minggu, kami sekeluarga pula menyertai pertandingan catur.

“Setiap orang ada cara masing-masing. Kami sudah terbiasa teman ayah pergi tournament satu keluarga sejak kecil. Jadi bonding antara kami memang kuat,” katanya.

Sementara itu, Biela turut berkongsi hobi terbarunya dalam sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-sukan.

“Bila negara diancam wabak COVID-19, chess banyak buat tournament secara online. Saya jarang masuk sebab tak gemar chess online. Bagi saya tak seronok kalau ada orang cuba menipu untuk menang.

“Jadi saya pun cuba masuk esports. Saya main game Valorant dan Alhamdulillah baru-baru ini saya dan team menang tempat ketiga kategori negara Asia Tenggara. Dapatlah hadiah wang tunai bernilai AS$800,” katanya. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Santai Berkain Pelekat Tonton Perlawanan Catur Bersama Cucu, Anwar Tarik Perhatian

3

TARA 1 tahun yang lalu

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Ini Ramalan Diva AA- Azwan Ali 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Awesome TV  Gunakan Khidmat Pak Nil Mantapkan ’Berita 757’

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Dapatkan Nasihat Optometris Bertauliah Untuk Masalah Mata