Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sijil Vaksinasi Palsu: Integriti Pengamal Perubatan Jadi Taruhan

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 11:47AM

Sijil vaksinasi digital ini menjadi semakin penting dalam urusan harian kita. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penularan pandemik COVID-19 di negara ini dan langkah-langkah ketat yang menyusuli termasuk sekatan pergerakan sejak Mac tahun lepas, menyaksikan sijil vaksinasi digital yang diperkenalkan kerajaan bagi yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 menjadi satu komoditi berharga.

Masakan tidak, pemilik sijil digital itu diberi beberapa kelonggaran termasuk bebas makan di premis makanan, melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri bagi yang berkenaan serta beriadah di tempat terbuka. 

Keputusan kerajaan itu dilihat sebagai serampang dua mata, - untuk mengggalakkan masyarakat mengambil vaksin dan insentif kepada yang sudah divaksinasi - bagi memastikan sasaran 80 peratus penduduk divaksinasi, sekali gus membentuk imuniti kelompok, menjelang Oktober ini tercapai.

Setakat 6 Sept lepas, kira-kira 60 peratus daripada jumlah individu dewasa yang layak di negara ini telah lengkap dos masing-masing.

Bagaimanapun, pelaksanaan sijil digital sebagai “tiket kebebasan” itu menyebabkan kelompok tertentu, khususnya golongan antivaksin, menjadi “cacing kepanasan” dan mula mencari jalan untuk mendapatkan sijil digital tersebut secara tidak sah.

Justeru, tidak menghairankan sejak kebelakangan ini tular dakwaan golongan tersebut membeli sijil palsu, termasuk membayar sejumlah wang kepada klinik swasta yang tidak beretika. 

Malah, turut dikesan penjualan sijil berkenaan pada harga antara RM10 dan RM15 melalui media sosial.

Perkara ini mungkin ada kebenarannya. Penulis yang memantau aplikasi Telegram mendapati ada kumpulan individu yang mendakwa mereka antivaksin, giat mencari klinik swasta yang menawarkan sijil tersebut kepada mereka yang enggan menerima vaksin. Ahli kumpulan ini saling bertukar maklumat, namun nama klinik tidak disertakan secara terbuka dalam ruang sembang itu.

“Banyak tempat (tawarkan sijil vaksin) janji pandai runding ( harga),” dakwa seorang ahli kumpulan berkenaan.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia dilaporkan telah membuka satu  kertas siasatan berhubung dakwaan penjualan  sijil digital vaksin COVID-19  palsu secara dalam talian.

Dr Mohd Shafiz Mohd Zaini, pengamal perubatan di sebuah klinik swasta di sini, tidak menolak mengenai kewujudan segelintir ahli masyarakat yang cuba mendapatkan sijil digital tersebut dengan cara yang tidak sah. 

Malah katanya isu itu bukan perkara baharu, sebaliknya telah berlaku sejak sekian lama dan tidak terhad kepada vaksin COVID-19 semata-mata.

“Ada yang datang kepada  kami sebelum ini meminta sijil vaksin untuk  anak mereka tanpa diberikan suntikan vaksinasi.

 “Mereka ini client baharu dan ada juga yang cuba-cuba bertanya kepada kami sekiranya kami tahu mana-mana klinik yang menawarkan sijil digital vaksinasi ini,’’ katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, permintaan terhadap sijil vaksinasi palsu itu juga sangat tinggi dalam kalangan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah kerana mereka khuatir akan ditangkap jika ke pusat pemberian vaksin sekalipun kerajaan memberi jaminan tidak akan berbuat demikian.

“Ada juga client minta ubat Ivermectin, memang kami tidak akan bagi,” katanya yang tidak menolak ada klinik bersedia menjual sijil vaksinasi tersebut.

Sekali buat, mereka akan terjebak, tegas beliau dan menjelaskan apabila sesebuah klinik mula menjual sijil tersebut, berita pasti tersebar dan klinik berkenaan akan menjadi tumpuan golongan antivaksin dan pihak yang berkenaan. 

Dalam hal ini, integriti pengamal perubatan amat penting dan bagi Dr Muhammad Faiz Nasir,  tindakan tegas perlu diambil sekiranya benar berlaku penjualan sijil palsu oleh mana-mana pihak termasuk doktor atau kakitangan sesebuah klinik.

“Ini perbuatan yang tidak bermoral. Saya tahu banyak klinik-klinik swasta mengalami sedikit masalah apabila bilangan pesakit berkurang ketika waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, namun itu tidak bermakna mereka boleh melakukan kegiatan berkenaan untuk menjana pendapatan.

‘’Setakat ini saya tidak mendengar lagi mana-mana klinik yang menawarkan sijil tersebut, namun sebagai seorang PIC (person-in-charge)  di pusat pemberian vaksin (PPV), kita ada juga dimaklumkan bahawa terdapat pihak menjual sijil vaksin kosong di PPV,’’ katanya.

Sebelum ini, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta  Malaysia Dr Steven Chow  mendakwa ada ahlinya ditawarkan RM1,000 oleh beberapa individu untuk memalsukan sijil digital vaksinasi.

Menurut Dr Steven, tidak semua individu yang membuat tawaran itu adalah golongan antivaksin, sebaliknya ada segelintir yang mendakwa memerlukan sijil berkenaan untuk melakukan perjalanan rentas negeri pada kadar segera.

Di sebalik pendedahan tersebut, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata hingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan isu penjualan sijil vaksin palsu itu.

Bagaimanapun katanya SPRM akan menjalankan siasatan dan risikan di lokasi yang disyaki berbuat demikian. - Bernama

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan