Berita Terkini

17 minit yang lalu: Persekutuan Sukan SEA mengesahkan Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam akan berlangsung pada Mei 2022 1 jam yang lalu: Kerajaan sedang perinci satu SOP dan 9 garis panduan COVID-19 bagi peralihan ke fasa endemik - Hishammuddin 1 jam yang lalu: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) lantik Shinya Ikeda sebagai CEO yang baharu berkuat kuasa 11 Oktober 2021 3 jam yang lalu: Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup esok sempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul 2021 3 jam yang lalu: 5,434 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini - KP Kesihatan

IKUTI KAMI


Capai Dahulu Imuniti Kelompok Sebelum Rancang Suntikan Dos Penggalak - Pakar 

Rencana Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 10:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belum pun selesai dunia menangani Pandemik COVID-19, kini timbul pula bukti mengenai varian baharu Delta yang mula dikesan di India pada penghujung 2020 dan dilaporkan boleh menjangkiti mereka yang sudah mengambil dua dos vaksin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian Delta ini dilaporkan sudah merebak ke lebih 100 buah negara setakat ini dan Malaysia tidak terkecuali.

Malahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaitkan varian delta yang merupakan Variant of Concern (VOC) sebagai punca lonjakan kes harian baharu COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan setakat 17 Ogos 2021, sebanyak 467 kes varian Delta dikesan di Malaysia.

Menurut beliau, varian Delta yang dominan ini bukan sahaja boleh menular dalam tempoh lima hingga 15 saat melalui udara, ia juga boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mengambil vaksin.   

Dos Penggalak

Pfizer and BioNTech pada awal Julai mengumumkan akan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Eropah untuk meluluskan pengambilan dos ketiga “penggalak” (booster) vaksin COVID-19 mereka.

Negara lain seperti Israel, United Kingdom, Perancis, Jerman, Sweden dan Emiriah Arab Bersatu akan segera menawarkan dos penggalak kepada rakyat mereka tanpa menunggu bukti keberkesanan suntikan vaksin penggalak itu.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham pada 26 Ogos dipetik sebagai berkata, suntikan dos penggalak bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 tidak akan dapat menyekat jangkitan varian Delta yang ganas itu.

 Menurut beliau, vaksin COVID-19 yang sedang digunakan di Malaysia terbukti berkesan melawan varian Delta yang menyebabkan kemasukan pesakit COVID-19 sudah berkurangan, begitu juga untuk Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mesin ventilator.

Pada masa ini terdapat lima jenis vaksin yang diluluskan penggunaannya di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac, AstraZeneca, CanSino Biologic, dan vaksin Janssen  Johnson & Johnson.

Fokus Untuk Yang Belum Divaksin

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berpandangan PICK perlu memberi keutamaan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada seramai mungkin sebelum menimbangkan suntikan dos penggalak.

Beliau berkata, pemberian suntikan penggalak untuk meningkatkan keberkesanan bagi seseorang yang sudah mempunyai perlindungan vaksin tidak seharusnya diutamakan serta mengetepikan mereka yang belum langsung mendapat suntikan vaksin.

“Tak perlu terburu-buru untuk memberi suntikan penggalak untuk mengekang penularan varian Delta yang dikategorikan sebagai VOC.

“Vaksinasi besar-besaran seharusnya diberi keutamaan sebelum sebarang pertimbangan untuk suntikan booster dan tidak ada yang akan selamat sehingga semuanya selamat,” beliau memberitahu Bernama baru-baru ini.

Sehingga 28 Ogos 2021, kira-kira 61.1 peratus daripada penduduk negara ini atau 14,297,962 orang individu telah lengkap suntikan dos vaksin COVID-19, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV).

Menurut Dr Zainal, sesetengah negara memberi suntikan dos ketiga untuk rakyat mereka kerana mempunyai bekalan yang mencukupi dan sudah mencapai imuniti kelompok.

Bagaimanapun di Malaysia, katanya, masih ramai yang belum divaksinasi.

“Sesetengah negeri, seperti di Kedah, tidak sampai 40 peratus penduduknya mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19. Ada juga negeri yang menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

“Kita perlu fokus agar semua mendapat sekurang-kurangnya dua suntikan bagi mengelakkan penularan VOC. Memang kita ada varian baharu dan mungkin ada varian lain akan muncul tidak lama lagi.

“Untuk mencapai imuniti kelompok, kita mesti memberi vaksinasi kepada seramai yang mungkin. Bila sudah cukup data dan vaksin, baharulah kita timbangkan suntikan dos ketiga,” katanya.

Masih Dalam Kajian

Dalam ketika kebanyakan negara sedang berkira-kira untuk memberikan suntingan dos ketiga bagi menghalang mutasi virus pada masa hadapan termasuk untuk mereka yang sudah lengkap dua dos suntikan, begini pandangan pembangun bersama vaksin Oxford-Astrazeneca, Prof Dr Teresa Lambe.

Bagi beliau, belum ada keperluan untuk memberi suntikan penggalak kerana lebih utama memberi dos pertama kerana ramai penduduk dunia yang masih belum mendapat vaksin COVID-19.

“Sebenarnya, ini salah satu bidang yang saya sedang usahakan di makmal dan apa yang kami lakukan ialah memberi dos ketiga vaksin Oxford-AstraZeneca kepada sekumpulan kecil sahaja, dalam ratusan sahaja jumlahnya.

“Apa yang ingin kami lihat ialah sama ada respons imun meningkat dan kami melihat hasil demikian dengan suntikan ketiga,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, apa yang lebih diutamakan ialah agar suntingan dos pertama diberi kepada semua individu di seluruh dunia sebelum menimbangkan dos booster.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan dunia dilindungi sebelum kita mula menghantar dos booster,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa Ketiga Farmasi dan Sains Kesihatan (3rd International Conference of Pharmacy and Health Sciences) 2021 yang diadakan secara maya.

Pelan Untuk Penggalak Vaksin, Vaksin Campuran

Menyentuh tentang mendapatkan pelbagai jenama dos kedua untuk vaksin COVID-19, Lambe berkata kaedah itu sememangnya menghasilkan respons imun yang kuat.

“Pada pandangan saya, dalam soal mencampurkan vaksin, saya sendiri terlibat dalam beberapa kajian untuk meninjau hasil memberi Pfizer-BioNTech atau ChAdOx1 nCoV-19 (Oxford-AstraZeneca) sebagai suntikan pertama, dan kemudian diikuti antara kedua ini, sebagai dos kedua.

“Apa yang boleh saya katakan, respons imun untuk suntikan campuran menampakkan hasil yang baik,” katanya, sambil menambah, orang awam perlu memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa dan mengambil vaksin COVID-19 yang ditawarkan kepada mereka.

“Tengok data keberkesanan, percaya kepada pihak berkuasa yang mencadangkan vaksin terbaik.

“Ambil vaksin yang ditawarkan kepada anda, ambil suntikan dan lindungi diri anda dan tolong lindungi dunia ini,” katanya.

Mengulas tentang pemberian vaksin campuran, Dr Zainal berpandangan, perlu ada perancangan yang terperinci di pihak kerajaan sama ada untuk memberi campuran vaksin serta suntikan penggalak bagi menyekat jangkitan VOC.

“Buat masa sekarang, yang utama mencapai sasaran imuniti kelompok dua dos vaksin.

“Orang ramai mungkin keliru sekiranya kita melaksanakan vaksin campuran atau suntikan penggalak pada masa ini.

“Sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan program ini, perlu buat persiapan serta perancangan rapi untuk membeli vaksin yang mencukupi untuk suntikan penggalak dan suntikan vaksin campuran. Elakkan berlaku kekurangan bekalan vaksin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Tak Kisah Digelar Dajjal, Khairy Ulang Pendirian Untuk Bertegas

2

Semasa 3 jam yang lalu

KJ Perlu Henti Buli Rakyat - NUBE

3

Brunei 21 jam yang lalu

Luanloko Komited Libatkan Diri Dalam Seni Dan Peniagaan

4

Luar Negara 1 hari yang lalu

Tidak Perlu Lagi Penjarakan Sosial Di Masjidil Haram

Sorotan

1

KJ Perlu Henti Buli Rakyat - NUBE

2

Bahan Kisar Siap Sedia Mudahkan Tugas Suri Rumah

3

3 Pelajar Antara 18 Ditahan Terlibat Parti Liar Di Melaka

4

Idea Baharu: Transformasi La Juiceria Kepada 'Superfood' Dipacu Grab

Disyorkan untuk anda

Rencana 7 jam yang lalu

Tak Gopoh Vaksin Kanak-kanak Bawah 12 Tahun, Langkah Bijak - Pakar