Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Suntik ‘Filler’ Pada Wajah Agar Berbentuk Tirus, Apakah Hukumnya?

Menyingkap persoalan hukum menggunakan 'filler' bagi mendapatkan wajah berbentuk 'V'.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 8:59AM

Gambar Hiasan oleh Atikah Akhtar, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini, terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di klinik kecantikan atau medispa termasuklah mendapatkan wajah berbentuk 'V' dengan hanya menggunakan suntikan filler (pengisi). 

Sama seperti suntikan botox, proses suntikan filler ini tidak melibatkan sebarang pembedahan kosmetik yang berat. Selalunya, suntikan filler dilakukan di bahagian dagu dan rahang untuk mendapatkan kesan yang runcing. 

Suntikan filler juga boleh dilakukan di bahagian pipi dan bibir. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pipi yang gebu dan bibir yang lebih munggil. Namun, terdapat persoalan di sebalik proses suntikan filler ini kerana ia mengubah rupa bentuk asal wajah.

 

Hukum mengubah ciptaan Allah SWT

Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mengubah ciptaan Allah SWT bermaksud mengubah fitrah yang telah ditetapkan pada makhluknya, sama ada daripada sudut agama atau penciptaan-Nya. 

Ini berdasarkan dalil-dalil berikut:

فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ

Maksudnya: "Tetaplah atas fitrah Allah SWT yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) Allah itu".

Surah al-Rum ( 30)

Terdapat hadis yang boleh dikaitkan dengan larangan mengubah ciptaan Allah sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: "Allah SWT melaknat wanita-wanita yang melukis tatu dan wanita yang meminta dibuat tatu, wanita-wanita yang mencukur bulu kening dan wanita yang meminta mencukur bulu kening dan wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana ia merubah ciptaan Allah SWT".

Riwayat Muslim (2125)

Ancaman laknat di dalam hadis di atas menunjukkan pengharaman mengubah ciptaan Allah SWT sama ada bagi orang yang melakukannya dan juga orang yang meminta untuk dilakukannya. (Lihat Fath al-Bari  10/377)

Ibn Hajar menjelaskan hadis di atas, kata beliau:

وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ يُفْهَمُ مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَةَ مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْنِ فَلَوِ احْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاة مِثْلًا جَازَ

“Wanita-wanita yang menjarangkan gigi untuk kecantikan difahami daripada hadis bahawa ia adalah perbuatan tercela, dia melakukannya untuk tujuan kecantikan. Jika ia dilakukan kerana keperluan perubatan maka diharuskan. (Rujuk Fath al-Bari, 10/372-373)

 

Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan rawatan suntikan filler di bahagian rahang untuk mendapatkan dagu yang runcing atau bagi mendapatkan bentuk wajah yang tirus adalah dilarang

Maka, semua kaedah yang melibatkan pembedahan plastik atau hanya sekadar suntikan yang menyebabkan perubahan bentuk asal dan hanya bagi tujuan kecantikan adalah haram.

Justeru, umat Islam tidak sepatutnya melibatkan diri dalam segala jenis rawatan kosmetik untuk tujuan kecantikan yang boleh mengubah ciptaan Allah SWT. 

Akhir kalam, marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan-Nya. Sesungguhnya setiap ciptaan-Nya pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. – Getaran, 6 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

TARA 1 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

3

TARA 1 tahun yang lalu

Formulasi Ahli Farmasi Perancis Untuk Kesihatan Kulit Idaman

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Dari Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN