Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isteri Kaya Layan Suami Bak Hamba, Apakah Hukumnya?

Mengupas persoalan sekiranya isteri lebih berpendapatan tinggi daripada suami menurut pandangan Islam. Bolehkah suami dilayan seperti hamba?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 9:19AM

Gambar hiasan

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada hari ini, golongan wanita juga tidak ketinggalan dalam mengejar arus pemodenan. Ramai wanita tergolong dalam golongan terpelajar dan mendaki tangga kejayaan atas dasar merit dan keupayaan mereka sendiri. 

Misalnya, Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah bergelar Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia. Ramai juga antara mereka yang bergelar usahawan, hartawan atau memegang jawatan-jawatan besar di syarikat-syarikat ternama.

Tentu sahaja, faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam mencorak masyarakat kita pada hari ini. Wanita tidak lagi bergantung harap kepada lelaki dalam banyak hal. Tidak hairan wanita sekarang lebih berdikari dan ada antara mereka yang lebih berpendapatan tinggi berbanding lelaki. 

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Hak suami kepada isteri

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hak suami ialah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh isteri. Ia tidak seharusnya diabaikan apabila berlangsungnya akad nikah antara mereka. Mengabaikannya boleh menyebabkan akibat yang buruk di dunia dan akhirat. 

Seorang isteri wajib mematuhi, menghormati dan mentaati seorang suami. Walau bagaimanapun, isteri dikecualikan mentaati suaminya jika melibatkan perkara-perkara yang mungkar. Sehubungan itu, sebenarnya suami memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga.

Suami memainkan peranan sebagai ketua rumah tangga, manakala isteri adalah pengurusnya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

‌كُلُّكُمْ ‌رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا

Maksudnya: “Kamu semua adalah pemimpin dan masing-masing daripada kamu akan ditanya (diminta pertanggungjawaban) atas apa yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin (pengurus) bagi rumah suaminya serta anaknya. Oleh kerana masing-masing daripada kamu adalah pemimpin dan masing-masing daripada kamu diminta bertanggungjawab tentang apa yang dipimpinnya”.

Riwayat al-Bukhari (893)

Suami isteri hendaklah berkomunikasi dan beramal dengan cara yang baik serta memanggil dengan nama yang baik. Antara cara pergaulan yang baik antara suami isteri seperti nasihat-menasihati, tidak membuka aib, amanah, hormat-menghormati serta saling percaya dan cinta.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Mentaati Allah SWT dan bersama-sama memikul tanggungjawab terhadap rumah tangga, bertepatan dengan firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”.

Surah an-Nisa’ (19)

 

Kesimpulan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan hak dan tanggungjawab perkahwinan adalah bermatlamat bagi melahirkan kebahagiaan dan kerukunan dalam sesebuah keluarga Islam. Isteri wajib menghormati suami walaupun lebih kaya daripada suami

Syariat dan undang-undang Islam telah menetapkan supaya semua pihak harus menghormati dan menyempurnakan hak-hak kepada pasangan mereka. Melaksanakan tanggungjawab masing-masing harus dilakukan bagi mencapai kebahagiaan untuk seluruh ahli keluarga. 

Kekayaan isteri tidak bermakna isteri terlepas daripada menunaikan haknya terhadap suami. Suami berperanan sebagai ketua rumah, manakala isteri adalah pengurusnya. Isteri wajib menjaga perasaan suami, sebagaimana suami wajib menjaga perasaan isteri.

Akhir kata, tujuan utama sebagai suami isteri tidak lain dan tidak bukan adalah mentaati Allah SWT. Tanggungjawab dalam menjalani rukun rumah tangga ialah hak bersama yang wajib ditunaikan bersama-sama oleh sang suami dan isteri. - Getaran, 23 Julai 2021

Semua gambar hiasan: Pexels.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

3

Refleksi 8 bulan yang lalu

8 Sikap Lelaki Budiman Di Dalam Perkahwinan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Suami Isteri Direman Kes Bunuh Warga Emas

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki