web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Sri Sendayan Anjur Kuliah Dr Omar Suleiman 

Kuliah yang bakal berlangsung pada 9 Julai hadapan akan membawa tajuk ‘The Type of Community Allah Loves’

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 7:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan bakal menganjurkan kuliah Dr Omar Suleiman pada 9 Julai hadapan, yang membawa tajuk ‘The Type of Community Allah Loves’ (Komuniti Yang Dicintai Allah). 

Kuliah yang akan bermula selepas solat Maghrib ini dibawakan secara percuma, dan orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama mengimarahkannya. 

Bagaimanapun, pendaftaran awal dialu-alukan untuk memudahkan pengurusan masjid membuat persediaan.

Omar Suleiman atau juga dikenali sebagai Sheikh Omar, merupakan seorang pendakwah dan aktivis bebas dari Amerika Syarikat sangat vokal dalam memperjuangkan kebebasan Palestin daripada penindasan zionis, Israel. 

Sheikh Omar yang kini berusia 38 tahun dilahirkan di New Orleans dalam keluarga Muslim Palestin. 

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Dalam Perakaunan Dan Undang-Undang Islam Dan Ijazah Sarjana Dalam Kewangan Islam dan Sejarah Politik. 

Beliau menamatkan pengajian kedoktoran dalam pemikiran dan tamadun Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selepas menamatkan ijazah kedoktorannya di Malaysia, Sheikh Omar kembali ke New Orleans dan berkhidmat sebagai imam bersama Persatuan Muslim Jefferson selama enam tahun, dan sebagai pengarah usaha bantuan Taufan Katrina, Muslims for Humanity pada akhir 2005. 

Pada 2016, Sheikh Omar mengasaskan kumpulan pemikir Muslim, Yaqeen Institute for Islamic Research. Beliau juga merupakan pengarah pengasas MUHSEN (Muslims Understanding and Helping Special Educational Needs), sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan yang bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak komuniti Muslim inklusif yang lebih baik. 

Jika mahu disenaraikan, terlalu banyak pencapaian yang telah diraihkan oleh tokoh agama ini, termasuklah pengiktirafan daripada CNN yang menyenaraikan beliau dalam The Muslim 500, ranking tahunan umat Islam paling berpengaruh di dunia yang disusun oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan. 

Bagi yang berminat untuk mengikuti ceramah secara langsung daripada nama ini, berikut adalah maklumat lanjut yang perlu anda ketahui. 

Tarikh: 9 Julai 2024

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tajuk: ‘The Type of Community Allah Loves’ (Komuniti Yang Allah Cintai)

Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Sri Sendayan (sila berpakaian sesuai)

Lokasi: https://maps.app.goo.gl/xEzeRD8vGgexCmg89 (atau cari 'Masjid Sri Sendayan' dalam Google Map atau Waze).

Seandainya ruang solat penuh, skrin tambahan akan disediakan di bahagian halaman masjid untuk memberi peluang kepada lebih ramai jemaah mengikuti acara ilmu ini. 

Anda juga boleh menyalurkan sumbangan atau infaq untuk kegunaan masjid di Bank Muamalat: 05010004401718 dan RHB Bank: 25510400006590. 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Puan Siti (012-3039470), atau ikuti @masjidrisendayanofficial untuk maklumat lanjut. - Getaran, 3 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Selepas UAI, Kuliah Wadi Annuar Pula Dibatalkan Di Selangor

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat Ke Masjid Sri Sendayan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN