web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Makan ‘Pasta Straw Zus’, Pakar Diet Columbia Asia Hospital Bagi Pendapat

Walaupun ‘edible’ straw 100 peratus boleh dimakan, namun senarai bahan-bahan yang sempurna termasuk bahan tambahan dan maklumat nutrisi tidak dipaparkan dalam pembungkusan produk

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 4:46PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kewujudan platform media sosial ternyata membuatkan ramai orang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih perhatian agar menjadi ‘bintang’ ikutan ramai. 

Bagaimanapun, sebagai pengguna sosial media anda seharusnya bijak menapis kandungan video yang ditonton. Anda juga harus lebih bertanggungjawab apabila berkongsi sebarang kandungan. 

Bimbang nanti gara-gara video yang dikongsi, orang lain yang mendapat bahana. Baru-baru ini tular sebuah video di Tiktok yang dikongsi oleh seorang pengguna yang memperlihatkan dirinya memasak ‘Pasta Straw Zus’ yang kononnya untuk dinikmati pada hujung bulan.

“Sape ade lebih straw boleh ler sedekah kat aku, hujung bulan boleh ler makan,” tulis @nosuganowori di akaun Tiktoknya. 

@nosuganowori Sape ade lebih straw boleh ler sedekah kat aku, hujung bulan boleh ler makan #fyp ♬ 3 minutes cooking song(863632) - furufuru

Video yang meraih lebih dua juta tontonan itu walaupun mungkin hanya dianggap sebagai ‘content’ semata-mata, ia tidak mustahil menjadi ikutan untuk tujuan suka-suka. 

Mengulas tentang perkongsian video ini, Pakar Diet Columbia Asia Hospital, Iskandar Puteri Johor, Yap Pau Lin menjelaskan bahawa, walaupun edible straw yang berlegar di dalam pasaran sekarang ini diperbuat daripada beras dan ubi kayu dan 100 peratus boleh dimakan dan mesra alam sekitar, namun begitu ia tidak dihasilkan untuk menjadi sumber makanan.

Ini kerana senarai bahan yang sempurna termasuk bahan tambahan dan maklumat nutrisi yang menunjukkan jumlah tenaga, protein, lemak dan nutrient mikro lain-lain dalam setiap 100 gram edible straw tidak dipaparkan dalam pembungkusan produk.

Yap Pau Lin
Yap Pau Lin

“Bahan tambahan jika ada seperti pewarna, pengstabil makanan, pengawet dan sebagainya juga perlu dibuktikan tidak melebihi had yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, keselamatan untuk menikmati straw jenis ini dalam kuantiti satu hidangan makanan adalah tidak diketahui.

“Tambahan lagi, untuk golongan Muslim, sijil Halal dan logo Halal untuk edible straw ia sendiri perlu ditunjukkan dan dipastikan pengiktirafan oleh JAKIM supaya dijamin selamat untuk dimakan,” jelas Pau Lin. 

Tegas Pau Lin lagi, bahan-bahan utama untuk pembuatan straw iaitu tepung beras and kanji ubi kayu secara umumnya tidak mendatangkan risiko kesihatan, namun bahan-bahan tersebut ialah sumber makanan untuk karbohidrat yang akan meningkatkan tahap gula darah jika dimakan dalam kuantiti berlebihan. 

Selain itu, risiko kesihatan adalah tidak diketahui jika jenama dan kandungan yang lengkap untuk edible straw tidak dipaparkan. 

“Kanak-kanak atau wanita hamil digalakkan untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diiktiraf sebagai sumber makanan. Nasihat saya ialah, jangan menjadikan edible straw sebagai makanan. Carilah sumber makanan yang mempunyai maklumat pemakanan yang lengkap untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini,” nasihat Pau Lin. - Getaran, 25 Mei 2024

Foto Straw : Shandong Loyal Industrial Co.,Ltd

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid