Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anda Baru Melangkah Ke Alam Kerjaya? – 8 Perkara Perlu Ambil Tahu

Refleksi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 8:12AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Alhamdulillah anda telah mendapat pekerjaan yang baik. Minda mulalah terbayang-bayang gaji pertama dan berikutnya yang boleh dibelanjakan untuk menaiktaraf ekonomi diri dan keluarga. Untuk menjadi seorang pekerja yang baik dan dapat menelusuri masa depan dengan lebih bermakna, ambil tahu tentang lapan perkara berikut:
 
Disiplin Waktu

Ketika di bangku sekolah ibu ayah memastikan kita bangun tepat pada masanya supaya tidak lewat untuk ke sekolah. Tetapi apabila sudah punya kerjaya, tanggungjawab mengurus masa itu terletak di bahu kita. Kelewatan di tempat kerja adalah perkara yang serius dan boleh menyebabkan kita menerima surat amaran, dan kemungkinan boleh dipecat. Disiplin masa bukan sekadar mengelak datang lewat, kebolehan mengurus masa di pejabat juga akan menjadi penentu cepat dan lambatnya kenaikan pangkat di pejabat. Jika tugasan yang diberi sering diuruskan dalam masa yang diberi atau disiapkan awal lagi, tentu sahaja prestasi kita akan dinilai dengan baik. Pekerja yang baik selalunya cekap mengurus masa serta memudahkan mereka yang berurusan dengannya.
 
Kekal Amanah

Setiap perbuatan itu bermula dengan niat. Bertugaslah dengan niat untuk mencari rezeki yang halal dan toyyib untuk diri dan keluarga, dan salah satu sifat yang sangat dituntut di dalam kerjaya ialah amanah. Dengan bersetuju untuk berkhidmat kepada sebuah syarikat, kita telah bersetuju untuk memegang amanah dan nama baik syarikat di sepanjang perkhidmatan. Jangan ambil rasuah, jangan buat urusan sampingan di luar dan jangan ambil yang bukan hak kita. Jika hati mahu menutup perbuatan kita daripada diketahui pihak syarikat, sifat amanah telah dikompromi. Di saat semua perkara boleh disebarkan dengan satu muat naik, berhati-hatilah agar tidak memfitnah syarikat sendiri dengan posting-posting kita terkait kerja.


 
Kawal Emosi

Perlu diingat bahawa pengurusan syarikat ialah berhierarki, iaitu kita perlu berurusan dengan ketua kita, pengurus, dan sebagainya. Dan jika kita mengetuai tim, kita juga perlu peka apabila berurusan dengan anak buah kita. Kawalan emosi yang baik akan memudahkan urusan kita dengan banyak pihak. Walaupun emosi kita dicabar di pejabat dalam menguruskan sesuatu tugasan, sering ingatkan diri bahawa ia bukan peribadi. Apabila kita bertugas, tekanan dan cabaran memang akan sentiasa ada. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, jika takut menghadapi cabaran, jangan bercerita tentang naik pangkat dan tinggi pendapatan.
 
Menyimpan Duit

Gunakan formula 30-70. Asingkan 30 peratus untuk simpanan, 70 peratus untuk perbelanjaan bulanan. Tujuh puluh peratus ini termasuklah perbelanjaan harian, insuran, makanan dan sebagainya. Elakkan berhutang dari mula, stay on the budget, Insya Allah anda tidak akan terjerat di dalam penjara kewangan seperti kebanyakan orang di luar sana. Di samping itu, jangan abaikan tanggungjawab untuk memberi sedikit keperluan ibu ayah, adik-beradik serta bersedekah ke masjid atau kepada pihak-pihak yang memerlukan. Bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin, ini janji Allah. Kuatkan hati untuk ukur baju di badan sendiri.
 
Katakan Tidak Kepada Kad Kredit

Walaupun penggunaan kad kredit mempunyai kelebihannya tersendiri seperti mudah untuk membuat tempahan online terutama untuk tempahan dari luar negara serta mudah untuk membuat pembelian berjumlah besar, namun jika pemegang tidak pandai mengawal diri, natijahnya sangat membahayakan. Kadar faedah yang dicaj kad kredit akan menjerat anda, dan pembayaran minima menjadikan anda selesa untuk berbelanja besar. Usah menambah komitmen bulanan dengan hutang kad kredit. Gunakan debit sekerap mungkin dan stay on budget!
 
Elakkan Pembelian Mega

Jika kita baru mula bekerja, jangan kita terburu-buru untuk menampilkan imej yang aku ini orang ‘ada-ada’. Tidak perlu bergegas untuk membuat pembelian besar seperti membeli kereta ‘H’ ataupun mempunyai rumah sendiri. Kereta perlu bayaran bulanan, petrol, penyelenggaraan, insuran dan sebagainya. Andai diri dan poket belum bersedia, masalah akan timbul di kemudian hari. Pembelian rumah juga begitu. Bukan beli hari ini, esok lusa hutang selesai. Hutang pembelian rumah ini mengambil masa berpuluh tahun untuk dilangsaikan jadi jika pendapatan belum mantap, jangan berani untuk berhutang besar. Memang risau bila mendengar harga hartanah yang semakin melonjak setiap tahun, tetapi jika kita belum bersedia, komitmen ini akan melumpuhkan kewangan kita di hari muka.


 
Terpalit Politik

Jangan terlibat dengan politik di pejabat. Selagi mampu, kita jadilah Pertubuhan Bangsa Bangsa bersatu yang neutral sentiasa. Baik dengan semua orang itu lebih afdal daripada bersekongkol dengan mana-mana geng untuk tujuan tertentu. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim) Ini tidak bermaksud anda tidak boleh menyokong mana-mana parti politik cuma bila ke pejabat, simpan kemas maklumat itu daripada pengetahuan umum. Topik politik tentu sahaja mampu menghangatkan suasana dan menggugat kesejahteraan di pejabat.
 
Bersikap Positif

Tiada siapa suka kawan sekerja yang suka merungut, bercerita tentang masalah dari pagi hingga ke petang, seolah-olah dia sahaja yang betul dan seluruh dunia ini salah. Kalau ditegur ketua sekali, rungutnya berhari-hari. Kerja itu sendiri datang dengan bermacam jenis masalah, jadi apabila teman sekerja jenis pesimis dan negatif, suasana di pejabat tentu sekali muram dan ini akan menurunkan keseluruhan semangat di pejabat. Datanglah ke pejabat dengan senyuman, kongsi cerita-cerita gembira, positif dan ceria. Sekali-kali hendak meluah rasa tiada salahnya tetapi janganlah dijadikan tabiat sehingga rakan sepejabat mengelak untuk berjumpa. - Getaran, 23 Januari 2024

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

oleh Rahayu MN

Teknovasi 9 jam yang lalu

Cantik Tak Perlu Sakit Dengan Rawatan Penyingkiran Rambut Strip AFT

Rawatan penyingkiran rambut separa kekal ini menjamin keselesaan serta hasil yang maksimum.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran