Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tip Berhadapan Dengan Suami Curang, Jangan Rendahkan Taraf Seperti Penyondol

Jangan sesekali berhadapan atau menyerang si penyondol, selesaikan dengan suami kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi!

Refleksi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 12:49PM

- gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja anda mengetahu suami anda telah berlaku curang, pasti ia membuatkan hati luluh, bagaikan kaca pecah berderai.

Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa ada wanita lain turut bertakhta di hati suami. Lebih menyakitkan jika suami yang dicintai meniduri ‘kekasih gelap’ itu.

Kecurangan itu adalah satu pilihan, biar apa pun alasannya. Mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi ingat setiap tindakan yang diambil pasti punya pilihan yang lebih baik.

Mereka yang tertipu dengan pasangan pasti mengalami perasaan keliru yang melampau dan merasakan segala-galanya telah berubah.

Secara fizikal, anda mungkin mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Mungkin juga akan  menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian. Maklumlah, pada saat kecurangan itu dihidu, anda akan mula mempersoalkan tentang kekurangan diri dan mencari kekuatan untuk berhadapan dengan suami.

“Patutkah aku berterus-terang dan berbincang, atau perlukah aku mendiamkan diri dan lakukan sesuatu?” 

Ingat! anda baru sahaja mengalami trauma emosi, jadi berhati-hatilah dengan diri anda. Semua yang anda alami adalah perkara biasa apabila suami berlaku curang. Pertama sekali berhenti menyalahkan diri sendiri.

Berikut adalah tip praktikal untuk kekal tabah dan berhadapan dengan suami curang:

1. Bukan salah anda

Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri. Setiap perkahwinan pasti ada ujian. Jika anda mempunyai masalah, anda perlu membincangkannya dan berusaha mencari penyelesaian, bukan orang lain, untuk memberikan apa yang anda mahukan.

Suami anda mempunyai pilihan, dan dia memutuskan untuk menjalin hubungan sulit. Tidak ada cara anda boleh menghalangnya.

2. Dapatkan fakta dan bukti

Cara terbaik untuk menangani suami curang adalah dengan mendapatkan semua fakta yang betul. Sebelum berhadapan dengan pasangan anda, pastikan anda mempunyai bukti dan anda mendapatnya daripada sumber yang sah.

Jangan sesekali pergi kepadanya dengan tuduhan tanpa sebarang bukti, sekadar mendengar khabar angin atau mesej rambang yang memberitahu suami anda curang. Ambil langkah bijak dengan melakukan siasatan terlebih dahulu. Kumpul bukti dan ‘persembahkan’ pada suami.

3. Hadapi

Apabila tiba masanya untuk berhadapan dengan suami, pastikan anda sudah boleh mengawal perasaan dengan sebaiknya. Benar, hati telah tersakiti. Tiada kata yang boleh menggambarkannya.

Pertama, tarik nafas dalam-dalam dan sematkan dalam fikiran bahawa tindakan pembelaan pertama daripada suami, mungkin menafikan tuduhan itu.

Seterusnya, jika anda mempunyai anak pastikan mereka sudah tidur atau anda boleh mengajak suami keluar dari rumah untuk berbincang. Setelah semuanya okay, mulakan pertanyaan dan pandang tepat mata suami anda apabila memulakan bicara. Berpegang pada fakta, bertenang, dan bertanya.

4. Biarkan kebenaran terbukti

Apabila anda baru tahu tentang kecurangan ini, pasti anda keliru mengambil tindakan selanjutnya. Salah satu dilema yang sering dihadapi ialah bagaimana untuk terus tinggal serumah atau perlulah berpisah tempat tidur buat sementara?

Untuk membantu mengatasi dilema ini, ia sebenarnya bergantung kepada persediaan anda? Adakah anda sudah sedia menghadapi segala kemungkinan? Mungkin anda perlukan masa dan ruang untuk bertenang, jadi tidak salah sekiranya anda menjauhkan diri buat seketika.

Mungkin untuk beberapa hari sebelum anda boleh duduk bersama dan berbual. Jika anda tidak betah lagi untuk tinggal bersama, carilah persinggahan sementara.

Ingat! Dapatkan izin daripada suami terlebih dahulu. Boleh bagi alasan untuk melawat kawan atau ada tugasan di luar daerah.

5. Jangan babitkan anak-anak

Adalah normal jika anda ingin membalas dendam atas kecurangan suami. Tetapi, jangan sesekali memberitahu anak-anak tentang perbuatan ayah mereka. Sila kawal diri, dan bayangkan kesakitan yang akan dialami oleh mereka nanti. Jika anda boleh terluka, begitu juga dengan mereka.

Selain itu, langkah ini adalah bertujuan untuk melindungi masa depan perkahwinan anda. Seandainya anda berdua memutuskan untuk saling memaafkan dan menjayakan perkahwinan yang dibina, anak-anak sudah pasti dicemari dengan kebencian, dan ia tidak akan pernah sama.

Seboleh-bolehnya, jauhkan mereka daripada situasi ini dan lindungi mereka dalam apa jua keadaan.

6. Jangan berdepan atau menyerang wanita si penyondol

Satu perkara yang perlu anda ingat apabila ingin menangani suami yang curang ialah, ia tidak boleh melibatkan si penyondol. Ia mesti antara anda dan suami sahaja. Apabila suami anda curang, anda mungkin mahu berhadapan dengan wanita lain dan menumbuk mukanya.

Siapa yang tidak? Dia telah menyebabkan anda terluka sehingga menjejaskan segala-galanya. Sekali lagi, tarik nafas dalam-dalam. Suami anda telah berlaku curang. Pilihan ada di tangannya dan dia yang mahu meneruskannya. Dia yang menipu anda! Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Lebih-lebih lagi jika ini bukan kali pertama suami anda menipu.  Ia membuktikan satu perkara, wanita lain bukanlah punca masalah, tetapi si suami! Namun ini bukanlah bermakna anda harus membiarkan wanita itu, namun menyerang atau mengamuk bukanlah pilihan bijak, Jangan merendahkan taraf anda sama seperti si penyondol.

7. Biar suami berterus-terang dan jadi pendengar yang baik

Apabila hati telah terluka, sukar untuk mengubatinya dalam tempoh yang singkat. Jadi perasan belas simpati itu mungkin terlalu payah untuk diberikan. Tetapi jika anda boleh, maka lakukanlah. Sebelum tiba di mana anda perlu memutuskan sama ada untuk tinggal, anda perlu mendengar dan bercakap tentang apa yang berlaku.

Selepas mendengar penjelasannya, anda boleh mula bertanya kepadanya semua soalan yang ada di fikiran anda. “Bilakah ia bermula?”, "Berapa lama awak menipu saya?" dan “adakah awak benar-benar menyayanginya?”

Bersedia untuk mendengara jawapan pasangan anda. Mungkin ia menusuk jantung, namun anda perlu hadapinya dengan tabah.

8. Berkongsi masalah dengan teman atau keluarga yang anda senangi / percaya

Mana mungkin anda mampu menyimpan segala yang terbuku di hati. Ia hanya membuatkan ia semakin parah dan memakan diri. Silap-silap anda akan hilang pertimbangan. Jadi carilah teman untuk berbicara.

Tolak perasan malu, kerana anda bukanlah superwomen, dengan adanya sokongan teman rapat atau ahli keluarga, mungkin anda boleh membuat keputusan yang tepat. Malah, boleh kekal positif tanpa menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi.

Semoga panduan ini boleh membantu anda mengharungi ujian hebat ini. Ingatlah, Allah menguji hamba-hamba yang mampu. Ujian juga tanda Allah sayang dan salah satu cara untuk menghapuskan dosa. – Getaran, 7 Januari 2024

Foto : pexels.com

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Gaya 12 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN