Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ada Apa Dengan 13 September?

Mandi Safar menjadi amalan segelintir masyarat Melayu pada bulan Islam Safar dengan tujuan menolak bala, membuang sial dan menghapuskan dosa

Refleksi Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 1:45PM

Mandi Safar pernah menjadi amalan ramai masyarakat Melayu sehingga sekitar tahun 1980an. - gambar ABIM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak seminggu yang lalu heboh di sosial media, terutamanya di aplikasi TikTok yang mendakwa pada tarikh 13 September, iaitu hari ini Allah akan menurunkan bala.

Kenapa pada tarikh ini? Kerana ia adalah hari Rabu terakhir pada Safar. 

Ada yang percaya Safar adalah bulan apabila Allah akan menurunkan pelbagai jenis bala dek kerana pada bulan inilah berlakunya pelbagai peristiwa duka dalam sejarah Islam seperti perang Al Abwa atau Wuddan, perang Bani Qainuqak dan Zi Amin, tragedi al-Raji' yang menyaksikan enam sahabat Nabi Muhammad SAW dibunuh dan peperangan Khaibar.

Bersandarkan kepada peristiwa-peristiwa ini, umat Islam yang lemah akidahnya akan melakukan beberapa perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam bagi menjauhkan diri daripada sebarang bala.

Persoalannya, adakah benar Safar adalah bulan bala?

Terdapat hadis tentang Safar ini termasuk yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, yang menyatakan Rasulullah bersabda:

Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan Safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu. (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Ahmad)

Hadis ini secara jelas dan tegas menafikan sebarang nasib malang atau musibah berlaku secara khusus dalam bulan ini.

Jadi, kepercayaan yang mengimani bahawa Safar boleh membawa bala sehingga memerlukan satu amalan khusus untuk menolak bala tersebut adalah tidak betul sama sekali.

Salah satu budaya karut yang sering diamalkan untuk ‘mengelakkan bala’ Safar ialah mandi Safar.

Ia menjadi amalan turun menurun masyarakat Melayu apabila temasya mandi-manda diadakan pada Rabu terakhir Safar dengan tujuan menolak bala, membuang sial dan menghapuskan dosa.

Kebiasaannya bagi mereka yang mempercayai amalan ini akan memulakan Rabu terakhir pada Safar dengan mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam kertas safar atau papan kecil yang ditulis kalimat suci. Air ini dikenal sebagai Air Safar.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi satu perkongsian di laman sesawangnya ada mengupas tentang isu mandi Safar. 

Untuk memahami dengan lebih lanjut anda perlu merujuk laman sesawang ini bagi mengelakkan kekeliruan, https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/699-irsyad-al-hadith-siri-ke-210-amalan-mandi-safar. 

Secara ringkasnya amalan mandi Safar ini adalah satu perbuatan yang ditegah Nabi Muhammad SAW kerana upacara menolak bala dan musibah adalah kepercayaan karut yang dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliyyah.

Hakikatnya tiada sumber sahih Safar boleh mendatangkan bencana dan malapetaka sedangkan sesuatu perkara, bulan dan hari tidak boleh dijadikan ibadah (amalan) tertentu melainkan ada sumber dari Al-Quran dan hadis sahih.

Hari Sepsis Sedunia

Seperkara lagi yang anda harus tahu ialah, Tarikh 13 September adalah Hari Sepsis Sedunia yang disambut pada setiap tahun.

Sepsis ialah tindak balas kronik badan terhadap jangkitan sehingga menyebabkan kerosakan tisu dan kegagalan organ. Tanpa rawatan berkala, sepsis boleh membawa maut.

Menurut laman World Sepsis Day, Hari Sepsis Sedunia adalah inisiatif oleh Global Sepsis Alliance, iaitu organisasi yang berpangkaan di Britain dan Jerman.

Hari Sepsis Sedunia diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan ini dan mengajak masyarakat dunia untuk bersatu dalam memeranginya.

Data menunjukkan penyakit ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 11 juta kematian di seluruh dunia pada setiap tahun. – Getaran, 13 September 2023

Rujukan:  https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/699-irsyad-al-hadith-siri-ke-210-amalan-mandi-safar

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN