Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ayuh Lelaki, Belajar Cara Cerdas Emosi

Refleksi Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 6:20PM

Lelaki perlu belajar cara menguruskan emosi - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Emosi selalu dikaitkan dengan wanita sedangkan lelaki juga punya perasaan. Ramai yang beranggapan kaum lelaki tiada hati, lasak dan kurang emosi. Setelah mengenali, ramai merasakan bahawa lelaki bukan kurang emosi, tetapi kurang bijak mengawal emosi sehingga ada kalanya berperasaan melebihi kaum suri. Natijahnya, apabila emosi dibiarkan menguasai diri, nafsu mula memimpin umpama kuda liar tanpa kawalan, yang boleh merosakkan perhubungan. 

Mereka yang mempamerkan kecerdasan emosi mampu mengenali, bijak mentafsir, kemudian bertindak balas dengan baik kepada apa yang mereka rasa. Pertamanya, untuk melatih diri agar cerdas emosi, seseorang itu perlu faham dan sedar dengan emosi diri sendiri. Kemudiannya, barulah boleh belajar untuk menguruskan perasaan-perasaan tersebut dengan cara yang terbaik.

Seseorang perlu peka dengan suasana yang boleh mencetuskan kemarahan, perkara yang menggembirakan, melucukan, merungsingkan serta pelbagai jenis perasaan lagi. Rasullullah bersabda yang maksudnya: ”Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan dan berperangailah kepada manusia dengan perangai yang bagus.” (HR Al-Tirmizi) Nyatalah, Islam itu menuntut umatnya cerdas emosi yang dimanifestasikan sebagai akhlak yang baik.

Mari Kenali 8 Ciri Lelaki Cerdas Emosi

Sedar Diri

Seseorang perlu tahu dan yakin dengan kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dalam situasi bagaimana kita boleh memberi sumbangan positif, dan dalam situasi mana kita tidak perlu masuk campur, dan di mana pula kita perlu minta pertolongan. Jangan memandai melakukan sesuatu di luar kemampuan diri yang akan menyebabkan anda tertekan dan menekan orang-orang sekeliling. Dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri, anda boleh mengambil langkah yang bijak untuk memilih aktiviti yang disertai bagi mengelak emosi negatif daripada merosakkan keadaan. Ambillah sedikit masa untuk muhasabah diri.

Lelaki cerdas emosi selalunya lebih matang dan sedia untuk berubah - gambar hiasan
Lelaki cerdas emosi selalunya lebih matang dan sedia untuk berubah - gambar hiasan

Berani Berubah

Alah, aku dah memang macam ni, nak buat macamana? Aku memang jenis pemarah. Ini antara alasan biasa yang kita dengar apabila tercetusnya sesuatu emosi negatif. Menahan amarah dan mengawalnya merupakan satu sikap yang amat terpuji dan dituntut oleh Islam.

Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur’an, Surah Ali ‘Imran (134) yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Lelaki cerdas emosi selalunya lebih matang, dan sedia berubah. Apabila dia sedar dia marah, dia akan cari jalan untuk meredakan kemarahan dan bukannya mencari alasan. Perubahan tidak semestinya dalam perkara besar. Walaupun perubahan yang dilakukan sedikit-sedikit dan dalam perkara-perkara kecil dalam hidup, lama-lama akan menjadikan diri lebih baik dan disenangi ramai.

Selalu ‘Duduk’ Di Tempat Orang Lain

Lelaki cerdas emosi peka dengan orang sekeliling. Dia tidak hanya memikirkan perasaannya sendiri malah dia cuba membaca perasaan orang lain rasa agar dia dapat memberi sokongan sewajarnya, dan mampu mempamerkan emosi yang sesuai agar tidak menyakitkan orang lain. Apabila kita melihat sesuatu dari perspektif kita sahaja, agak sukar untuk kita mencapai empati.

Islam sangat menyarankan agar umatnya bantu membantu sesama sendiri sepertoi hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: “Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya.” (HR. Muslim).

Dengan memupuk perasaan empati pada diri, kita akan menjadi seorang yang disenangi kerana kita sentiasa menyantuni sahabat yang memerlukan.

Kehidupan Seimbang

Kehidupan lelaki cerdas emosi selalunya lebih seimbang. Dia tidak taksub melakukan sesuatu perkara sehingga menjejaskan hal lain dalam hidupnya. Lelaki begini selalunya hidup gembira dan sihat, kerana mereka tahu apa yang penting dan bijak mengatur prioriti. Allah SWT telah menciptakan manusia penuh dengan keistimewaan dan kebaikan seperti  Firman Allah SWT yang ditulis dalam Surah al-Tin ayat 4 yang membawa maksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” Oleh kerana itu, sebagai muslimin, kita dituntut untuk mengawal emosi dan kekal stabil dalam semua situasi.

Semangat untuk Belajar Benda Baru

Lelaki cerdas emosi sentiasa bersemangat untuk mempelajari benda baharu - gambar hiasan
Lelaki cerdas emosi sentiasa bersemangat untuk mempelajari benda baharu - gambar hiasan

Lelaki cerdas emosi melihat kehidupan sebagai pentas untuk menimba ilmu. Mereka mempunyai sifat ingin tahu dan akan terus mencari pengetahuan yang diinginkan. Apabila seseorang menimba ilmu, diri terpaksa menundukkan ego. Lelaki cerdas emosi tiada masalah mengakui bahawa mereka tidak tahu, kerana dengan adanya sifat itu, dia akan terus menerus mendapat ilmu yang bermanfaat.

Sentiasa Bersyukur

Lelaki cerdas emosi tidak merungut tentang apa yang mereka tidak ada. Sebaliknya, sentiasa bersyukur dengan segala perkara yang hadir dalam hidup. Ini tidak bermaksud mereka tidak bermatlamat dalam hidup, tetapi mereka tidak gelojoh untuk mencapai sesuatu yang diidamkan kerana adanya kepercayaan kepada qada’ dan qadar Allah. Setiap pencapaian dalam hidupnya diiringi dengan syukur dan dia sentiasa mendidik diri untuk berpijak di bumi yang nyata dan percaya kepada ketentuan yang Maha Esa.

Tegas Dalam Mengekspresi Diri

Lelaki cerdas emosi tidak mudah diperkotak-katikkan kerana mereka selalunya tegas berbicara. Bukan agresif yang kita cerita, tetapi tegas dan penuh sopan untuk mencapai apa yang mereka rancangkan. Mereka tidak berkompromi matlamat mereka, sebaliknya sentiasa mengawal keadaan agar semua yang terlibat sentiasa tenang dalam menuju ke objektif yang ditetapkan.  Mereka yang kurang kecerdasan emosi selalunya tidak yakin dengan diri, dan perlu menggunakan cara mendominasi untuk membuat orang lain ‘dengar’ cakap mereka.

Terbuka Kepada Kritikan dan Maklum balas

Bukan mudah nak terima kritikan, walaupun kritikan itu membina. Jika diri boleh mendengar kritikan dan mengambilkira perspektif orang lain dengan tenang dan baik, anda sudah memiliki cerdik emosi. Jika melenting, emosi anda belum terkawal lagi, dan perlu diperbaiki.

Sebagai seorang muslimin, kita dituntut untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW, kerana Rasulullah ialah manusia yang paling sempurna akhlaknya dan Rasulullah diturunkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak manusia seluruh alam. Dengan mendidik diri untuk beradab dan mempamerkan akhlak yang baik serta cerdas emosi, kita sedang menjalankan tanggungjawab kita ke atas diri kita dan agama. - Getaran, 4 Ogos 2023

Artikel asal: mymuslimin.com

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

4

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

oleh Rahayu MN

Jelajah 15 jam yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran