web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhenti Menyalahkan Orang Lain Jika Tak Mahu Makan Diri

Apabila belajar berhenti menyalahkan orang lain, anda boleh memberi tumpuan kepada mencari jalan penyelesaian dan membuat kemajuan.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 8:27PM

Gambar hiasan dari www.freepik.com

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap berlaku konflik, bagaimana anda menghadapinya? Adakah anda cuba mencari jalan penyelesaian atau mencari orang lain yang boleh dipersalahkan.

Perbuatan menyalahkan orang lain ini bukanlah sesuatu yang pelik. Ini kerana secara amnya ia adalah kecenderungan semula jadi manusia yang mungkin timbul apabila seseorang itu merasakan dia tidak mempunyai kawalan ke atas sesuatu situasi. 

Apabila menghadapi cabaran atau konflik, mudah untuk mencari seseorang untuk dipersalahkan bagi memujuk hati. Bagaimanapun, tingkah laku ini boleh memudaratkan dan boleh menghalang seseorang itu daripada mengawal kehidupannya sendiri, bahkan membuatkan seseorang itu tidak mahu mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Dek itulah, apabila belajar berhenti menyalahkan orang lain, anda boleh memberi tumpuan kepada mencari jalan penyelesaian dan membuat kemajuan.

Sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya untuk memperoleh keredaan dan kebahagiaan hidup. - Gambar oleh Sairien Nafis
Sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya untuk memperoleh keredaan dan kebahagiaan hidup. - Gambar oleh Sairien Nafis

Berikut adalah kesan negatif apabila sering mencari kesalahan orang lain. 

* Menjadi kurang bertanggungjawab: Apabila anda menyalahkan orang lain, anda mungkin melepaskan kuasa dan tanggungjawab anda untuk tindakan dan keputusan anda. Ini boleh menyebabkan kekurangan motivasi dan kebertanggungjawaban yang akhirnya membuatkan anda sukar melakukan perubahan positif dalam hidup.

* Meningkatkan stres dan kebimbangan (anxiety): Menyalahkan orang lain juga boleh meningkatkan tahap stress. Ini kerana anda mungkin berasa kecewa, marah dan tidak berdaya. Ini boleh membawa kepada kebimbangan serius yang boleh menjejaskan kesejahteraan mental dan emosi anda.

* Hubungan yang tegang: Menyalahkan orang lain juga boleh merosakkan hubungan dengan orang lain kerana ia boleh menimbulkan konflik dan ketegangan antara individu. Apabila ini berlaku, ia memberi kesan terhadap komunikasi dan menyukarkan anda untuk menyelesaikan masalah, apatah lagi mencari jalan penyelesaian.

Ubahlah perspektif

Cubalah luangkan masa setiap hari untuk memikirkan perkara yang patut disyukuri dan fokus pada perkara ini, bukannya perkara yang boleh menyebabkan anda tertekan atau kecewa.
Cubalah luangkan masa setiap hari untuk memikirkan perkara yang patut disyukuri dan fokus pada perkara ini, bukannya perkara yang boleh menyebabkan anda tertekan atau kecewa.

Untuk kebaikan diri sendiri, mulakan dengan menukar perspektif anda dan berhenti mencari kesalahan orang lain. Memang benar, ada masanya memang kesalahan itu terletak pada bahu orang lain, tetapi daripada anda ‘sakit kepala’ memikirkannya, adalah lebih baik fokus pada perkara yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki keadaan.

Perkara pertama yang boleh anda lakukan untuk anda mengubah perspektif ialah selalu bersyukur. Pendekatan ini boleh menjadi ‘alat’ yang berkuasa untuk membantu anda mengalihkan tumpuan daripada menyalahkan dan terus melangkah ke arah aspek positif dalam kehidupan. 

Cubalah luangkan masa setiap hari untuk memikirkan perkara yang patut disyukuri dan fokus pada perkara ini, bukannya perkara yang boleh menyebabkan anda tertekan atau kecewa.

Kedua, fokus pada penyelesaian. Daripada menyalahkan orang lain, anda mungkin boleh cuba fokus untuk mencari penyelesaian kepada masalah anda. Tanya diri sendiri: “apakah yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?" dan berusaha mencari jawapan kepada soalan ini.

Selain dua cara di atas, anda juga boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Ini merupakan satu lagi komponen penting untuk menjauhkan diri daripada menyalahkan orang lain. adalah untuk membangunkan kemahiran komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang baik boleh membantu anda menyelesaikan konflik, merundingkan penyelesaian dan membina hubungan yang lebih kukuh.

Berikut ialah beberapa tip untuk meningkat kemahiran komunikasi yang berkesan:

1) Selalu mendengar: Apabila berkomunikasi dengan orang lain, cuba beri tumpuan tentang apa yang mereka perkatakan. Anda mungkin memberi perhatian kepada kata-kata dan bahasa badan mereka dan bertindak balas dengan cara yang menunjukkan anda memahami perspektif mereka.

2) Bercakap dengan jelas: Apabila meluahkan fikiran dan perasaan anda, sebaiknya bercakap dengan jelas dan ringkas. Cuba elakkan daripada menggunakan bahasa yang menyalahkan dan fokus pada menyatakan fikiran dan perasaan anda dengan cara terbaik dan tidak menghakimi.

3) Elakkan membuat andaian: Apabila berkomunikasi dengan orang lain, cuba elakkan andaian tentang pemikiran, perasaan atau niat mereka. Sebaliknya, adalah lebih baik untuk bertanya dan menjelaskan salah faham untuk memastikan semua orang saling memahami dan mahu penyelesaian terbaik. - Getaran, 17 Jun 2024

Moga membantu!

Rujukan : https://www.betterhelp.com/ https://www.linkedin.com/ 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN