web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Manfaatkan Sepenuhnya Hari Arafah

Bakal haji juga digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, solat sunat serta membaca al-Quran dan meninggalkan perkara sia-sia seperti berbual-bual dengan rakan atau menghisap rokok.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 8:00AM

"Haji itu wukuf di Arafah" - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Jemaah haji negara perlu memanfaatkan sepenuhnya Hari Arafah yang merupakan kemuncak haji, selaras sabda Nabi Muhammad SAW "Al-hajju Arafah" (haji itu wukuf di Arafah).

Ketua Pakar Rujuk musim haji 1444 Hijrah Dr Anisah Ab Ghani berkata Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana hari mustajabnya doa selain menjadi hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.

Anisah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM) berkata jemaah haji sebaik-baiknya membuat senarai doa sebanyak mungkin supaya tidak tertinggal apa yang dihajati.

"Jemaah haji kena peka, ketika kita berada di Arafah ini macam mana kita nak berdoa kita kena ada senarai, sebab ini hari doa yang mustajab bagi orang yang mengerjakan haji dan orang yang kita mohon, orang yang minta kita doa di Arafah," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, bakal haji juga digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, solat sunat serta membaca al-Quran dan meninggalkan perkara sia-sia seperti berbual-bual dengan rakan atau menghisap rokok.

"Bila kita ada di Arafah ini, kita anggap sebagai Padang Mahsyar kecil, anggap kita ini seolah-olah berdepan Allah SWT … untuk menginsafi diri kita, seolah-olah nak persembahkan ibadat kita kepada Allah SWT," katanya dan menambah mereka yang tidak mengerjakan haji pula disunatkan berpuasa pada Hari Arafah.

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah esok untuk menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari