web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjagaan Geriatik Bukan Sekadar Suatu Rawatan

Pakar geriatik biasanya bekerjasama dengan pakar daripada pelbagai bidang termasuk doktor, jururawat berkemahiran, ahli terapi fizikal, ahli terapi pekerjaan, ahli farmasi dan kadangkala pekerja sosial.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 8:00AM

Susulan populasi dunia yang semakin menua, penjagaan geriatik menjadi satu aspek penting dalam mana-mana fasiliti kesihatan - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan populasi dunia yang semakin menua, penjagaan geriatik iaitu penjagaan kesihatan khusus dan unik yang menyediakan penjagaan komprehensif, berciri peribadi dan meliputi pelbagai disiplin, menjadi satu aspek penting dalam mana-mana fasiliti kesihatan. 

Pakar Perunding Geriatik Sunway Medical Centre, Sunway City, Dr Teh Hoon Lang berkata pakar geriatik memiliki kemahiran dalam mengenal pasti kondisi berkaitan umur, kekurangan keupayaan fungsi, kemerosotan kognitif dan isu psikososial yang secara senyap menghantui golongan berumur, memandangkan kebanyakan mereka tidak begitu terbuka untuk berkongsi kesedihan, kerisauan atau kesakitan.

“Sebahagian masalah dalam kalangan pesakit berumur tidak dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan biasa, namun dengan ‘sentuhan’ pakar geriatik, ia boleh membuka pintu hati pesakit dan sentuhan insaniah sangat penting dalam amalan perubatan, sesuatu yang masih kita perlukan meskipun adanya teknologi.

“Dengan pemeriksaan menyeluruh, pakar penjagaan geriatik boleh membangunkan pelan penjagaan peribadi yang mengikut keperluan spesifik individu, yang akan menenangkan dan memberi mereka keselesaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pakar geriatik biasanya bekerjasama dengan pakar daripada pelbagai bidang termasuk doktor, jururawat berkemahiran, ahli terapi fizikal, ahli terapi pekerjaan, ahli farmasi dan kadangkala pekerja sosial - Gambar Hiasan Pexels
Pakar geriatik biasanya bekerjasama dengan pakar daripada pelbagai bidang termasuk doktor, jururawat berkemahiran, ahli terapi fizikal, ahli terapi pekerjaan, ahli farmasi dan kadangkala pekerja sosial - Gambar Hiasan Pexels

Memberi contoh apabila seseorang pesakit warga emas terjatuh, Dr Teh berkata pakar geriatik dilatih untuk tidak hanya merawat patah tulang akibat insiden itu, namun akan turut menyiasat punca yang menyebabkan pesakit itu jatuh.

“Mungkin pesakit mempunyai masalah penglihatan atau mungkin kakinya tidak berasa apa-apa, menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan dengan betul. Mungkin juga ada penyakit jantung yang tidak diketahui yang menyebabkan jatuh.

“Sebagai pakar geriatik, kami cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dan kemudian kami akan menguatkan tulang. Jika pesakit mempunyai osteoporosis, kami akan rawat untuk mengurangkan risiko patah pada masa depan tetapi yang lebih penting, kami akan cuba memulihkan pesakit dan mengembalikan beliau kepada keadaan sebelum itu sebaik mungkin,” katanya.

Golongan berumur tidak begitu terbuka untuk berkongsi kesedihan, kerisauan atau kesakitan - Gambar hiasan Unsplash
Golongan berumur tidak begitu terbuka untuk berkongsi kesedihan, kerisauan atau kesakitan - Gambar hiasan Unsplash

Selain rawatan perubatan dan pemulihan fizikal akibat kecederaan, Dr Teh berkata penjagaan geriatik turut mementingkan faktor gaya hidup dalam menggalakkan penuaan secara sihat termasuk termasuk program senaman, kaunseling pemakanan, stimulasi kognitif, penglibatan sosial dan pengurusan ubatan.

Justeru beliau berkata pakar geriatik biasanya bekerjasama dengan pakar daripada pelbagai bidang termasuk doktor, jururawat berkemahiran, ahli terapi fizikal, ahli terapi pekerjaan, ahli farmasi dan kadangkala pekerja sosial.

“Dalam dunia berdepan cabaran populasi menua, penting untuk mula melabur dalam perkhidmatan penjagaan geriatik dan sistem penjagaan kesihatan untuk orang tersayang, kerana ia bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan mereka, malah mengurangkan kos penjagaan kesihatan berkaitan komplikasi yang boleh dielak dan meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan.

“Paling penting, penjagaan geriatik memperkasa golongan berumur untuk terus berdikari, membolehkan mereka menikmati kualilti kehidupan yang lebih baik dan terus menyumbang kepada komuniti, sekali gus menerapkan rasa bahawa mereka juga berguna kepada masyarakat,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia