web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Katakan "TIDAK" Pada Stres Di Tempat Kerja!

Benarkah stres di tempat kerja dapat dihindari? Kami percaya ia bukan mustahil. Teruskan membaca untuk petua menangani stres di pejabat.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 11:00AM

Gambar: Aaron Blanco Tejedor, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan ramai yang berhadapan dengan stres apabila melangkah ke alam pekerjaan. Lagi-lagi dunia global sekarang yang dilanda wabak COVID-19, menambahkan lagi derita stres di kalangan pekerja. 

Jangan khuatir, ia cuma memerlukan kebijaksanaan anda untuk menangani stres agar tidak menjejaskan produktiviti. Bagi mengurangkan risiko stres, mungkin cara berikut efektif dan berkesan untuk anda ikuti dan amalkan.

RANCANG 

Di era pandemik ini, jelaslah terdapat banyak halangan yang melanda dan mengganggu pekerjaan. Malah ia turut mengganggu kehidupan peribadi sehingga membuatkan diri dibelenggu masalah dan perasaan marah, yang seterusnya membawa kepada stres.

Menurut kajian Canadian Centre for Occupational Health and Safety, kebahagiaan di tempat kerja dapat dirasai jika anda tahu bagaimana cara menangani stres. Rancang awal segala persiapan dan jadual, supaya pekerjaan berjalan dengan lebih lancar. Ingat, gagal merancang adalah merancang untuk gagal!

Gambar: Nik Shuliahin, Unsplash
Gambar: Nik Shuliahin, Unsplash

ADAPTASI

Dengan ketidaktentuan sekarang, anda wajib berevolusi dan menerima sebarang perubahan dengan hati dan jiwa yang terbuka. Jika dahulu kita melangsaikan pekerjaan di pejabat sahaja, sekarang kita terpaksa bekerja dari rumah (work from home). Jadikan ruang kecil di rumah sebagai pejabat mini. Hiaskan sepuas hati. Fikir secara positif. Bekerja di rumah lebih fleksibel dan mengurangkan kebolehjangkitan COVID-19!

HINDARI MENUNDA KERJA

Menghindari stres sebenarnya agak mudah, namun tampak berat untuk dilakukan. Mulakan dengan konsistensi. Misalnya, jangan menunda-nunda pekerjaan. Meskipun hal ini nampak mudah, namun ia memerlukan komitmen untuk melakukannya. 

Dengan membuat tugas mengikut jadual, kerja anda dapat diselesaikan dengan berperingkat dan teratur. Ia memicu kepuasan apabila anda dapat melaksanakannya dengan jaya.  Menunda kerja hanya akan membuat anda terbenam dalam lambakan kerja, yang akhirnya membuatkan anda stres sekiranya terburu-buru mengerjakannya. 

Gambar: Annie Spratt, Unsplash
Gambar: Annie Spratt, Unsplash

JANGAN CARI MUSUH

Jalinkan hubungan yang baik dengan rakan sekerja. Dengan terjalinnya ikatan baik sesama rakan kerja, ia boleh menjadikan anda lebih bersemangat ke pejabat. Kerja juga bakal menjadi mudah dan lebih ringan sekiranya menerima bantuan dan sokongan mereka. Jika anda memiliki ikatan yang baik sesama rakan sekerja, percayalah tanggungjawab pekerjaan yang anda pikul itu, tidaklah terasa seperti bebanan.

 

BERHENTI BERUSAHA MENYENANGKAN SEMUA PIHAK

Hindari selalu menyetujui apa yang ditugaskan oleh ketua, sedangkan anda sebenarnya tidak sanggup melaksanakannya. Berkata tidak sesekali diperlukan terutama apabila pekerjaan tersebut tidak upaya anda selesaikan. 

Jujurlah kepada ketua kerana hal itu dapat mengindarkan stres. Namun tentu sahaja tidak semua pekerjaan harus ditolak. Malah tawarkan diri untuk pekerjaan yang anda rasa harus dan mampu dilakukan. Cara ini lebih baik dipraktikkan berbanding jika anda cuba menyenangkan semua orang, yang seterusnya bakal berakhir dengan stres. - Getaran, 5 Februari 2021

Gambar: Sharon Wright, Unsplash
Gambar: Sharon Wright, Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Komitmen Kewangan Punca Warga Emas Masih Bekerja Selepas Usia Persaraan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Program Peneman Bantu Jemaah Haji Yang Memerlukan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Suri Rumah Rugi RM110,556 Terpedaya Kerja Mudah 'Like And Share'

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 4 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN