web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramadan Kedua Era COVID-19

Selamat datang, bulan Ramadan yang dinanti-nantikan. Kita masih dibelenggu COVID-19 namun ada caranya untuk menikmati bulan istimewa ini sepenuhnya.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 9:10AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan 1441H memberi satu lembaran sejarah dalam kehidupan umat Islam seluruh dunia. Mengharapkan sesuatu yang berbeza untuk tahun 1442H, umat Islam bagaikan tidak sabar menunggu kedatangan Ramadan lagi. Dan kini, kita sudah boleh 'meraikan' bulan yang dinanti-nantikan ini, walaupun masih dalam situasi pandemik.

Penulis mahu cuba untuk mengajak pembaca supaya lebih mempopularkan istilah ‘bulan Ramadan’ dan bukan ‘bulan Puasa’. Kerana di bulan Ramadan itu menjadi ‘buah mulut’ bukan kerana di dalamnya ada puasa semata-mata, tetapi pelbagai lagi tawaran-tawaran hebat yang dijanjikan oleh Sang Pencipta dan dinanti oleh hamba-hambaNya.

Bulan Ramadan ini juga istimewa kerana bulan ini penduduk langit sangat sibuk sehingga syurga dibukakan satu pintu yang tidak dibuka kecuali bulan Ramadan.

Keistimewaan bulan Ramadan ini diserikan lagi dengan ‘pakej-pakej’ yang dihidangkan oleh masjid-masjid dan surau-surau. Sebagai contoh tahun-tahun sebelum ini dianjurkan solat Tarawih berjemaah di masjid-masjid, halaqah tadarus di surau-surau dan suasana Ramadan itu sendiri yang membantu kepada penjanaan taqwa dalam diri seorang hamba.

Namun, ‘pakej-pakej’ yang ditawarkan itu terencat dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Justeru Ramadan tahun ini pasti dinanti bagai menanti kekasih yang lama ditinggalkan.

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Penantian ini pasti membekas begitu dalam kepada mereka yang sangat menghargai Ramadan sehingga merasa tidak sabar dan mempersiapkan diri menempuh detik-detik istimewa melalui fadhilat-fadhilat yang telah digariskan.

Namun, sedar atau tidak, ‘kempen-kempen’ yang Allah SWT gerakkan melalui fadhilat-fadhilat dalam bulan Ramadan ini, tidak mengambil walau seinci pun suasana hambaNya, sama ada mendepani wabak seperti ketika ini atau sebaliknya.

Justeru, kita sebagai hambaNya mesti mengejar kelebihan-kelebihan yang ditawarkan ini walau apa jua keadaan sekalipun.

Penulis suka mengajak pembaca untuk meneliti cara menyambut Ramadan seperti yang dicadangkan di dalam Bayan Linnas Siri Ke-62 : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. Sebagai contoh, perbaiki niat untuk ikhlas kepada Allah. Amalan ini boleh dijayakan di mana sahaja dan apa keadaan sekalipun.

Kedua, perbanyakan berdoa. Pun begitu, situasi pandemik COVID-19 tidak boleh menghalang kita untuk sentiasa berdoa seperti perihal golongan salaf.

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Ketiga, membanyakkan membaca Al-Quran. Sewaktu tahun lepas, walau ketika mana masjid tidak dibuka, penulis yakin dan pasti terdapat kalangan pembaca dengan penuh disiplin berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran.

Seterusnya, bersedekah dan memberi makan. Di situasi revolusi industri 4.0 ini, bersedekah dan memberi makan bukan alasan lagi. Semuanya di hujung jari.

Kita boleh melakukan transaksi ke akaun-akaun bank masjid, surau, pusat pengajian dan mana-mana badan-badan yang memerlukan bantuan dan penajaan sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelima ibadah Qiyam. Ibadah menghidupkan malam-malam Ramadan ini juga boleh dilaksanakan dalam apa jua keadaan sekalipun. Cuma ianya memerlukan juhud dan kesungguhan yang tinggi dalam diri kita.

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Teringat kata-kata seorang guru kepada kami sewaktu di sekolah dulu, ‘rugi orang yang berpuasa tidak bersahur, rugi orang yang bersahur tidak solat walaupun dua rakaat tahajud’.

Betapa kata-kata ini memberi penekanan kepada menghidupkan malam-malam Ramadan walaupun dengan dua rakaat tahajud. Kesemua hujah di atas memberitahu kepada kita bahawa cara-cara menyambut Ramadan boleh dilakukan walaupun berada dalam situasi yang terbatas.

Maka atas dasar itu, objektifnya titipan ini sekadar memberi kesedaran untuk kita bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Kerana dijangka gelombang pandemik COVID-19 ini akan menyentuh ke angka empat. Nauzubillah.

Justeru, diharap semua bersedia dari sudut fizikal dan mental untuk hari-hari mendatang.

Akhir sekali, bagi tahun kedua Ramadan pandemik COVID-19 ini, ada beberapa seruan yang boleh dibekalkan kepada pembaca secara khusus, bagi memenuhi waktu-waktu terluang kita di bulan Ramadan antaranya:

  • Banyakkanlah berdoa dan memohon keampunan pada bulan Ramadan. Mudah-mudahan dosa-dosa kita akan diampunkan.
  • Buka portal Pejabat Mufti bagi membaca hukum-hukum berkenaan bulan Ramadan. (Penulis mencadangkan untuk membaca Irsyad Fatwa Khas Ramadan di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah). 
  • Melazimi membaca terjemahan Al-Quran setiap hari satu muka pada setiap pagi sebelum pergi ke kerja.

Semoga dengan ketibaan Ramadan kedua era COVID-19 ini pasti akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang Rabbani.

Ingatlah sabda Nabi SAW: Maksudnya : Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Riwayat Al-Bukhari : 38)

Oleh itu, dimana-mana kita berada, juga apa situasi pun yang kita lalui, marilah sama-sama kita menjadikan bulan Ramadan kali ini sebagai medan untuk meraih taqwa. Ramadan Kareem - Getaran, 16 April 2021

Gambar: Mohd. Azim. Abd. Rahman
Gambar: Mohd. Azim. Abd. Rahman

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN