Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Demi Ekosistem, UPSI Pasang Papan Tanda Kesedaran Alam Di Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 5:21PM

Gambar ihsan UPSI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Papan tanda kesedaran alam ini menyampaikan maklumat tujuh prinsip ‘Tinggalkan Tanpa Jejak’ atau ‘Leave No Trace’ yang diharap menjadi panduan kepada para pengunjung untuk sama-sama membantu memelihara pantai tersebut.

Menyedari kepentingan kesedaran memelihara ekosistem alam sekitar menerusi pendidikan, Majlis Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah melakukan inisiatif dengan  memasang papan tanda kempen kesedaran alam sekitar di kawasan Pantai Teluk Dalam Pulau Redang, Terengganu.

Sukarelawan UPSI memasang papan tanda untuk kegunaan Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang
Sukarelawan UPSI memasang papan tanda untuk kegunaan Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin bin Md Taff, inisiatif memasang paparan papan tanda dengan ketinggian dua meter dan 1.2 meter lebar itu dilakukan untuk  menyampaikan maklumat tujuh prinsip ‘Tinggalkan Tanpa Jejak’ atau ‘Leave No Trace’ diharap menjadi panduan kepada para pengunjung untuk sama-sama membantu memelihara pantai tersebut.

Antara sukarelawan UPSI yang terdiri daripada Majlis Pengarah JHEPA yang menaikkan papan tanda kesedaran alam di Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang, Terengganu
Antara sukarelawan UPSI yang terdiri daripada Majlis Pengarah JHEPA yang menaikkan papan tanda kesedaran alam di Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang, Terengganu

“Sebagai sebuah pusat pengajian peneraju pendidikan terulung tanah air, UPSI sentiasa cakna kepada kepentingan tanggungjawab sosial dengan inisiatif yang dapat memberi faedah dan kestabilan kepada tahap pemulihan negara terutamanya dalam menyalur pendidikan kepada masyarakat, melalui penyampaian maklumat yang dipaparkan untuk dibaca, difaham dan diamalkan pengunjung,” katanya pada sesi simbolik penyerahan papan tanda kepada Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Pulau Redang, Amran Mat.

Tujuh teras ‘Tinggalkan Tanpa Jejak’ yang dipaparkan pada papan tanda tersebut ialah perancangan dan persiapan aktiviti, pelupusan sisa dengan cekap, menggunakan tapak perkhemahan dan laluan yang ditetapkan, jangan alihkan bahan, tumbuhan atau artifak yang dijumpai, minimumkan pembakaran, bertimbang rasa pada pengunjung yang lain serta menghormati hak kehidupan haiwan liar.

Papan tanda kesedaran alam diharap menjadi panduan kepada para pengunjung untuk sama-sama membantu memelihara pantai
Papan tanda kesedaran alam diharap menjadi panduan kepada para pengunjung untuk sama-sama membantu memelihara pantai

“Kawasan pantai ini padat dengan kehadiran pelancong serta menjadi tumpuan pengunjung yang menginap di chalet-chalet diusahakan oleh penduduk kampung serta pengusaha hotel berhampiran kerana tarikan seperti kehadiran penyu yang mudah ditemui di sekitar pantai selain keindahan pantai itu sendiri, maka dengan kehadiran papan tanda secara tidak langsung bukan saja mendidik malah pemindahan maklumat akan berlaku kepada para pengunjung,” ulas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Profesor, Dr. Norkhalid Salimin yang turut hadir pada acara tersebut.

Sementara itu, turut Pengerusi Majlis Pengarah JHEPA UPSI, Dr. Mazuki Mohd Yasim berkata, inisiatif tersebut yang turut diselaraskan sembilan ahli jawatankuasa Pengarah terdiri daripada Pusat KoKurikulum, Pusat Alumni, Pusat Kebudayaan, Pusat Sukan, Pusat Kaunseling, Pusat Islam, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Pusat Ulul Albab dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI akan terus melaksanakan program khidmat komuniti di masa-masa akan datang.

Md Amin (tengah, kiri) menyerahkan papan tanda kesedaran alam kepada Amran Mat (tengah kanan) sambil disaksikan Norkhalid (empat dari kiri) dan Mazuki (tiga dari kiri) serta ahli-ahli Majlis Pengarah JHEPA di Pulau Redang
Md Amin (tengah, kiri) menyerahkan papan tanda kesedaran alam kepada Amran Mat (tengah kanan) sambil disaksikan Norkhalid (empat dari kiri) dan Mazuki (tiga dari kiri) serta ahli-ahli Majlis Pengarah JHEPA di Pulau Redang

“Sebelum ini Majlis Pengarah JHEPA menerusi Pusat Kokurikulum sendiri telah mengadakan pelbagai bengkel melibatkan pemindahan ilmu melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia daerah Muallim seperti proses penyelamat menerusi arus deras dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan,” jelasnya lanjut.

“Menerusi penyatuan semua pusat tanggungjawab di bawah Majlis Pengarah JHEPA ini juga secara tidak langsung dapat menyelaras aktiviti dan program berimpak melalui gandingan lebih strategik, lantas bakal melahirkan pelbagai inisiatif yang akan menyuburkan kesukarelawan dan pemindahan ilmu dengan lebih lestari,” jelasnya lanjut. - Getaran, 27 September 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki