web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MR DIY Tak Berhenti Berbakti, Beri Bantuan Kepada Masyarakat Terpencil Sabah Dan Kedah

Kota Marudu dan Baling menjadi destinasi seterusnya untuk MR DIY Cares sampaikan bantuan kepada komuniti yang memerlukan.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 5:00PM

MR DIY Cares bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia bagi membantu meringankan beban mangsa banjir Tragedi Baling 2022. - Gambar ihsan MR DIY Malaysia

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MR DIY, peruncit barangan dan perkakasan rumah terkenal tempatan, sekali lagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Kali ini, pasukan tanggungjawab sosial korporatnya, MR DIY Cares mengembara ke Kampung Gana, Kota Marudu, Sabah untuk mengedarkan barangan keperluan kepada 40 keluarga di sana.

Pasukan ini telah bekerjasama dengan Soroptimist International Club of Damansara (SID) dengan mengembara ke Sabah melalui jalan udara.

Kemudian, rombongan ini meneruskan perjalanan melalui jalan darat untuk menghantar barangan keperluan asas seperti untuk sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi dan tuala wanita.

MR DIY Cares bersama organisasi bukan kerajaan dari Selangor itu bersusah-payah merentasi jalan darat selama lebih 2 jam sebelum sampai ke Kampung Gana.

Malah, rombongan ini turut menyumbangkan peralatan berkebun untuk projek tanaman organik bagi membantu penduduk kampung menjana pendapatan sampingan di kampung mereka.

40 keluarga di Kampung Gana, Kota Marudu, Sabah menerima sumbangan keperluan asas dan peralatan berkebun. - Gambar ihsan MR DIY Malaysia
40 keluarga di Kampung Gana, Kota Marudu, Sabah menerima sumbangan keperluan asas dan peralatan berkebun. - Gambar ihsan MR DIY Malaysia

Dalam sebuah program berasingan, para sukarelawan MR DIY Cares turut menyantuni mangsa-mangsa bencana banjir di Baling, Kedah.

Umum mengetahui, baru-baru ini negeri Kedah, khususnya daerah Baling dilanda Tragedi Baling iaitu banjir yang terburuk dalam sejarah negeri jelapang padi itu.

Sehubungan itu, DIY DIY Cares telah bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bagi membantu meringankan beban mereka.

Rombongan ini mengagihkan makanan kering dan makanan dalam tin untuk 109 keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir tersebut. 

Mengulas lanjut tentang dua inisiatif itu, Pengerusi Kumpulan MR DIY, Datuk Azlam Shah berkata syarikatnya komited dalam membantu masyarakat yang memerlukan di seluruh negara.

“Usaha sama dengan SID dan YFBM membolehkan kami mengagihkan barangan keperluan harian kepada orang ramai dengan lebih berkesan.

109 keluarga di Baling, Kedah menerima sumbangan seperti makanan kering dan makanan dalam tin. - Gambar ihsan MR DIY Malaysia
109 keluarga di Baling, Kedah menerima sumbangan seperti makanan kering dan makanan dalam tin. - Gambar ihsan MR DIY Malaysia

“Terutamanya Kampung Gana, sumbangan kami diharapkan dapat membantu dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana pendapatan. 

“Dalam keadaan serba mencabar ini, kami percaya adalah amat penting untuk syarikat dan organisasi menggembleng tenaga bagi membantu rakyat Malaysia,” ucapnya. 

Tahun lalu, MR DIY berganding bahu dengan SID bagi mengagihkan 200 pokok pisang dan produk-produk penjagaan diri kepada 45 keluarga di Kampung Orang Asli Sungai Kepong.

MR DIY turut menyumbang peralatan perlindungan diri, pelitup muka dan pelindung kasut hasil jahitan para pelarian dan ibu tunggal kepada Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Layari MR DIY untuk maklumat lanjut. – Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Menurun Setakat Jam 8 Malam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Kelantan, Selangor Menurun, Terengganu Dan Perak Kekal

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh