web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Goodyear Malaysia Taja Tayar Buat St John Ambulance Bernilai RM30,000

Tajaan tayar bernilai RM30,000 kepada organisasi St John Ambulance Malaysia membantu melancarkan perkhidmatan penghantaran pesakit ke hospital.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 4:00PM

(Dari kiri) Alex bersama Datuk Yeo Kim Thong, Ketua Pegawai Operasi St John Ambulance Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanpa tayar tidak bergeraklah kenderaan yang dipandu oleh manusia. Komponen ini adalah salah satu elemen yang diperbuat daripada getah dan ia perlu digantikan secara berkala bergantung pada kekerapan dan kualiti tayar yang digunakan.

Ambulans antara kenderaan yang sering digunakan di atas jalan raya dengan pemanduan yang agresif terutamanya ketika menghantar pesakit ke hospital. Jadi pasti bunga tayarnya akan cepat haus dan perlu kerap ditukar untuk menjalankan perkhidmatan penghantaran pesakit ke hospital.

Bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan pemanduan ambulans dan penumpang semasa menjalankan perkhidmatan mereka kepada orang ramai, syarikat tayar Goodyear Malaysia telah menaja sejumlah tayar bernilai RM30,000 kepada organisasi St John Ambulance Malaysia (SJAM) baru-baru ini.

Tajaan ini melibatkan dua jenis tayar iaitu Goodyear Cargo Marathon 2 dan  Assurance Duraplus 2.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia Alex Ng berkata, pihaknya sentiasa ingin menyokong usaha kemanusiaan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Kami mula menaja St John Ambulance sejak tahun 2006 dan ia diteruskan sehingga kini. Dengan menaja St John Ambulance, kami ingin membantu mengekalkan keadaan tayar ambulans, bagi memastikan perjalanan yang selamat,”

Selain  St John Ambulance Malaysia, Goodyear Malaysia  turut bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia sejak tahun lalu dengan penajaan lebih 1,000 tayar untuk 50 ambulans yang lain. - Getaran, 25 Ogos 2022.

Sumber Gambar: BCWGlobal.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

2

Gaya 5 tahun yang lalu

Goodyear X Skechers: Tahan Lama dan Selesa

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis