web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelan Perlindungan Kesihatan Mental Bantu Tangani Isu Kesihatan Mental Pekerja 

Menurut laporan daripada tinjauan yang dilakukan pasukan AIA Vitality, semakin ramai pekerja di Malaysia tidak mendapat tidur yang secukupnya atas sebab kerja secara berlebihan.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 2:00PM

Kesihatan mental bukan sahaja boleh memudaratkan kesejahteraan emosi seseorang individu itu, tetapi ia turut menjejaskan produktiviti negara. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Masalah kesihatan mental terus mencatatkan peningkatan yang tinggi dan perlindungan serta penjagaan terhadap penyakit ini perlu diambil perhatian. Ini kerana ia boleh menjejaskan setiap aspek kehidupan tidak usia atau jantina, terutamanya di tempat kerja. 

Pada 2019, sebuah tinjauan tempat kerja di Malaysia telah dijalankan pasukan AIA Vitality. Hasil daripada laporan tersebut mendapati bahawa semakin ramai pekerja di Malaysia tidak mendapat tidur yang secukupnya atas sebab kerja secara berlebihan.

Infografik ihsan AIA Malaysia
Infografik ihsan AIA Malaysia

Memahami keperluan untuk membantu organisasi menangani masalah ini, syarikat insuran terkemuka AIA Malaysia telah melancarkan pelan perlindungan kesihatan mental yang pertama di dalam pasaran baru-baru ini. Ia juga hasil gabungan kerjasama dengan sebuah platform kesihatan mental digital bernama ThoughtFull yang berpangkalan di Asia Tenggara. 

Penyelesaian baharu ini membolehkan majikan memberikan penjagaan serta sokongan yang lebih baik untuk memelihara kesejahteraan mental pekerja mereka. Malah, ia dapat menyakinkan dan meningkatkan produktivi pekerja semasa menjalankan tugasan.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Ketua Pegawai Penyelesaian Korporat AIA Bhd, Tung Hsiao Ley berkata,  semakin ramai tenaga kerja terpaksa bergelut dengan masalah kesihatan mental, yang telah diburukkan lagi oleh pandemik.

“Ia bukan sahaja boleh memudaratkan kesejahteraan emosi seseorang individu itu, tetapi ia turut menjejaskan produktiviti negara. 

“Organisasi yang ingin memupuk persekitaran kerja yang sihat dan gembira untuk pekerja mereka dan pada masa sama terus mendahului persaingan mereka perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani masalah kesihatan mental di tempat kerja,”katanya. 

Pengenalan pelan baharu ini adalah sebahagian daripada program Work Well with AIA iaitu satu proposisi di bawah Penyelesaian Korporat Menyeluruh (Total Corporate Solutions) syarikat berkenaan. 

Bahkan, ia menawarkan pelbagai lagi penyelesaian dan perkhidmatan bagi membimbing organisasi yang ingin memupuk dan meningkatkan kebajikan pekerja mereka.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Sebagai salah satu daripada penyedia insurans manfaat pekerja terbesar di negara ini, matlamat AIA ialah untuk menyediakan penyelesaian yang serba lancar dalam meningkatkan tahap kesejahteraan mental di syarikat-syarikat di seluruh Malaysia.

Seterusnya menghapuskan mewujudkan ruang yang selamat dan sihat di tempat kerja bagi menggalakkan perbincangan berkaitan kesihatan mental.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian kesihatan mental ini anda boleh melayari laman sesawang rasmi AIA Malaysia. - Getaran, 18 Ogos 2022
 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN