web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tip Penyusuan Susu Bagi Ibu-Ibu Milenial

Buds Organics melancarkan ‘Ask The Expert’ untuk membantu ibu-ibu tentang sesi penyusuan.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 4:00PM

Dr Tengku Nur Atiqah - Gambar ihsan Buds Organics

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang tempoh kehamilan dan selepas proses kelahiran cahaya mata, tubuh para ibu mengalami perubahan yang drastik, terutamanya semasa menjalani sesi penyusuan.

Bagi segelintir wanita, tempoh ini merupakan satu cabaran yang besar, pada masa sama merupakan salah satu pengalaman yang paling bermakna untuk para ibu dan bayi mereka.

Peka dengan situasi ini dan bersempena dengan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Buds Organics melancarkan ‘Ask The Expert’.

Bual bicara dalam talian ini memberi fokus kepada informasi yang lengkap untuk para ibu mengenai amalan dan teknik penyusuan ibu.

Usaha ini sejajar untuk mendidik dan melatih masyarakat agar sentiasa menggalakkan amalan penyusuan susu ibu kepada bayi-bayi mereka.

Detik-detik ini amat penting supaya para ibu boleh menikmati penjagaan secara menyeluruh melalui penyampaian informasi terkini dan menerusi penggunaan produk organik yang terbaik.

Gambar ihsan Buds Organics
Gambar ihsan Buds Organics

‘Ask The Expert’ akan menampilkan seorang doktor dan pakar laktasi, Dr Tengku Nur Atiqah merangkap pengasas Bondahaven Breastfeeding Specialist & Spa.

Beliau yang juga seorang ibu kepada tiga cahaya mata, akan mengendalikan sesi bual bicara ini demi memperkasakan para ibu dengan ilmu-ilmu berkaitan penyusuan susu ibu.

“Ada kalanya wanita yang baru bergelar ibu atau sedang hamil berada dalam fasa kekeliruan kerana tubuh mereka melalui satu fasa perubahan yang drastik dalam masa yang sangat pantas.  

“Selain itu, terdapat beberapa kemungkinan bagi mereka menghadapi kesukaran seperti kepedihan atau bengkak payudara, kurang bekalan susu atau sukar untuk melekap (latching). 

“Ini sekaligus memberikan tekanan emosi kepada para ibu, yang seterusnya melenyapkan kefahaman tentang pentingnya amalan penyusuan susu ibu.

“Sekiranya para ibu ada kemusykilan tentang teknik penyusuan atau masih tidak pasti sama ada mahu menyusu dengan susu ibu atau susu formula, jangan risau ajukan soalan anda dan kami akan berusaha membantu bagi memberikan jawapan dalam sesi ‘Ask the Expert’,” ujar Dr Atiqah.

‘Ask The Expert’ akan disiarkan dalam format siri sesi soal jawab tentang isu-isu bermanfaat berkaitan penyusuan susu ibu.

Buds Organics menggalakkan semua ibu, terutamanya ibu-ibu milenial supaya menghantar soalan mereka ke laman Instagram @makchic, sama ada menerusi ‘Direct Message’ ataupun ‘Instastories’.

Dr Atiqah akan menjawab segala pertanyaan dan kebimbangan anda mengenai penyusuan susu ibu pada 15 Ogos 2022 menerusi 'Instagramstories’ @makchic.

Layari budsorganics.co untuk maklumat lanjut. – Getaran, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 tahun yang lalu

Pusat Susu Bonda Halimatussaadia 'Bank Susu' Patuh Syariah

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia