web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Susu Bonda Halimatussaadia 'Bank Susu' Patuh Syariah

Pusat Susu Bonda Halimatussaadia di Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM), Kuantan, adalah bank susu patuh syariah pertama di Malaysia.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 7:26PM

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat bayi kembar yang dilahirkan pra matang ketika mencemar duli melawat wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas merasmikan Pusat Susu Bonda Halimatussaadia (HMMC) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini merasmikan Pusat Susu Bonda Halimatussaadia di Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC@IIUM), Kuantan, yang merupakan bank susu patuh syariah pertama di Malaysia. 

Sehubungan itu, Tunku Azizah menzahirkan harapan agar ibu yang diberikan kelebihan susu badan yang banyak untuk mendermakan susu kepada pusat itu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, selain berharap lebih ramai wanita mengetahui kewujudannya. 

"Sebagai ibu yang susah mendapat anak, semasa mengandung, saya memang ingin menyusukan semua anak dengan susu ibu. Tetapi Allah S.W.T kurnia ini, mungkin ada (perkara lain) yang tidak dapat. Walaupun saya berjaya dengan kuasa Allah memakbulkan doa saya dikurniakan anak, tapi malangnya saya tidak dapat menyusukan seorang pun anak kerana saya antara seorang yang tiada susu. 

"Waktu itu, IIUM tiada bank susu...kalau sudah ada bank susu, sudah tentu anak-anak saya boleh memanfaatkan kelebihan susu ibu. Saya sedih juga kerana tidak dapat memberikan susu ibu kepada anak sendiri," titah Seri Paduka Baginda. 

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Tunku Azizah bertitah demikian semasa menyempurnakan perasmian pusat susu tersebut yang dinamakan sempena ibu susuan Nabi Muhammad SAW di sini hari ini, yang turut dihadiri Presiden IIUM Tan Sri Samsudin Osman dan Rektornya Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. 

Pada titah itu, Tunku Azizah juga berkongsi bahawa sejak idea menubuhkan bank susu itu disembah maklum ke pengetahuan baginda, Seri Paduka Baginda telah menitahkan supaya penyelidikan menyeluruh dilakukan agar tidak timbul isu dari segi hukum syarak khususnya untuk mengelak daripada berlaku pertalian adik-beradik susuan. 

"Saya suruh mereka untuk semak betul-betul dan alhamdulillah, apa yang hendak dibuat IIUM telah dimakbulkan...dalam apa juga program yang saya lakukan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan bertitah supaya jangan hangat-hangat tahi ayam dan saya berharap bank susu ini juga akan berterusan," titah Seri Paduka Baginda. 

Sementara itu, Samsudin dalam ucapannya berkata penubuhan pusat susu itu telah melalui pelbagai siri perbincangan dengan jabatan agama termasuk Pejabat Mufti Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang bagi mendapatkan panduan dan nasihat jelas berhubung pematuhan syariah.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Antaranya, ia sangat menitikberatkan sumber susu, kekenyangan bayi yang dicatatkan dengan penuh ketelitian selain penderma dan penerima saling berkenalan serta penderma wajib mendapatkan keizinan suami. 

SASMEC@IIUM dalam kenyataan pula memaklumkan idea penubuhan pusat susu itu bermula pada akhir 2019 sebagai sebahagian daripada inisiatif hospital mesra bayi dengan penyelidikan meluas termasuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif bagi mematuhi maqasid syariah dalam memelihara bukan hanya nyawa, malah keturunan, harta dan akal. 

"Semua prosedur diteliti oleh pasukan terdiri daripada doktor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta Jabatan Pediatrik, jururawat ahli mikrobiologi dan Jabatan Pematuhan Syariah. SOP yang dibuat juga mengandungi garis panduan lengkap yang memperincikan keseluruhan proses daripada pengambilan bakal penderma susu sehingga penyusuan susu penderma kepada bayi. 

"Aplikasi digital i-Milk juga dicadangkan sebagai tambahan untuk memastikan jumlah susu penderma yang diberikan kepada bayi baru lahir mematuhi syariah dan keturunan susu ibu terpelihara," menurut kenyataan itu. 

Selain itu, pasukan penyelidikan terlibat juga telah melawat sebuah bank susu di Hospital Queen Elizabeth di Glasgow, Scotland bagi mempelajari kemahiran teknikal dalam mewujudkan dan menyelenggara bank susu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Gaya 6 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

Selain mengamalkan pemakanan sihat dan senaman berkala, amalan seperti mindfulness, meditasi dan grounding semakin mendapat perhatian

oleh Rahayu MN