web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hukum Jual Beli Secara Pratempah Melalui Platform Dalam Talian

Sesetengah platform menjalankan operasi perniagaan mereka tidak kira siang mahupun malam. Adakah kaedah ini berlandaskan syariah? Refleksi hari ini berkongsi hukum jual beli secara pratempah melalui platform dalam talian.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 6:41PM

Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masyarakat di Malaysia amat menggemari aktiviti jual beli secara pratempah atau bahasa popularnya pre-order melalui platform online. Ia adalah sebuah kaedah pembelian yang perlu dibayar terlebih sebelum produk atau barangan  tersebut sampai ke tangan pelanggan selepas beberapa hari. 

Pelbagai barangan ditawarkan melalui konsep perniagaan seperti ini, misalnya pakaian, barang dapur, makanan dan seumpamanya. Ia juga telah menjadi satu trend yang berjaya mengumpan atau memancing golongan pembeli tua atau muda untuk mendapatkan produk atau barangan yang mereka inginkan. 

Malah, sesetengah platform turut menjalankan operasi perniagaan mereka hampir setiap masa tidak kira siang mahupun malam. Namun adakah kaedah ini berlandaskan syariah?

Refleksi hari ini berkongsi hukum jual beli secara pratempah melalui platform dalam talian.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Menurut Islam, konsep perniagaan ini hukumnya dibolehkan kerana ia sama seperti konsep yang dibawakan platform online seperti Lazada atau Shopee. Tambahan pula, jual beli salam (bayar dahulu barang dapat kemudian) juga membawakan kaedah perniagaan yang sama iaitu bayar dahulu barang dapat kemudian. 

Kebanyakan peniaga juga pasti mengamalkan polisi pemulangan semula (refund) bagi menyakinkan pembeli jika berlaku sebarang masalah kehilangan atau kerosakan. Begitu juga, jika  spesifikasi barang tersebut tidak sama atau tidak selari seperti yang dipaparkan, kita punya hak menggunakan prinsip khiyar (hak untuk membatalkan atau meneruskan jual beli) dalam Islam.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Lazimnya, peniaga akan mencari pengilang atau pemborong di dalam atau luar negara dengan menawarkan sesuatu barang yang dibeli secara pukal dengan harga lebih murah. Seterusnya, mereka menggunakan bahan-bahan seperti gambar berkaitan informasi produk yang dibekalkan oleh pengilang untuk mempromosikan di platform masing-masing.

Namun perlu diingatkan bahawa segala jual beli yang melibatkan amalan riba amatlah dilarang dan haram hukumnya. Allah s.w.t berfirman:

وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ

Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Surah al-Baqarah (275)

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Berbicara mengenai rukun jual beli, Dr Wahbah Zuhayli menyatakan dalam bukunya al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh bahawa jumhur ulama’ telah sepakat menyusun aturannya bermula dengan peniaga, kemudian penjual diikuti dengan sighat akad (simbolik persetujuan kedua-dua belah pihak) dan diakhiri dengan barang yang dijual beli.

(Rujuk al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh 3309/5)

Manakala syarat bagi barang yang dijual dan beli pula mestilah memenuhi ciri-ciri berikut iaitu ia perlu wujud dan bukan sumber yang haram. Barang tersebut milik penjual dan boleh diserahkan kepada pembelinya. Akhir sekali, berada dalam pengetahuan kedua-dua belah pihak.

(Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie 23-28/3)

Jika anda menjual barang yang tidak wujud atau tiada, ketahuilah sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana berikut:

لاَ تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ

Maksudnya: Janganlah kamu jual barang yang tiada padamu.

Riwayat Abi Daud (3503)

Gambar hiasan dari Unsplash
Gambar hiasan dari Unsplash

Ia umpama anda menipu dan menganiaya orang ramai dengan menggunakan kata-kata manis sehingga mereka terpedaya dengan tawaran tersebut. Perkara ini perlu diterapkan setiap peniaga untuk mencegahnya kerana ia boleh membawa kepada keadaan yang lebih parah.

Para penulis kitab Sunan meriwayatkan, Hakim bin Hizam RA berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ يَأْتِينِى الرَّجُلُ فَيُرِيدُ مِنِّى الْبَيْعَ لَيْسَ عِنْدِى أَفَأَبْتَاعُهُ لَهُ مِنَ السُّوقِ فَقَالَ: لاَ تَبِعْ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Ada seorang lelaki datang meminta saya menjualkan kepadanya barang yang saya tiada (saya bertindak menjual kepadanya). Bolehkah saya beli barang tersebut di pasar untuk diserahkan kepadanya. Baginda bersabda: Jangan engkau jual barangan yang tiada padamu.”

Riwayat Abu Daud (3503)

Gambar hiasan dari Unsplash
Gambar hiasan dari Unsplash

Maka kepada peniaga di luar sana atau yang berhasrat untuk membuka apa-apa sahaja perniagaan, pastikan anda melihat dan mempelajari serba sedikit hukum hakam berkenaan perniagaan. 

Ia bagi memastikan anda sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah ketika menjalankan ibadah yang dituntut ini.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad