Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tertib Dan Adab Menziarah Orang Sakit

Ziarah-menziarahi juga ada tertib dan tatacaranya menurut pandangan Islam. Kali ini kami kongsi beberapa adab tika melawat orang yang sakit.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 9:52AM

Sebagai Muslimin, kita memang digalakkan menziarahi saudara kita yang diuji dengan kesakitan - Gambar hiasan Unsplash

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19. Wabak ini belum lenyap dari muka bumi, lantas masih ada yang terkesan dan jatuh sakit gara-gara penangannya.

Malah ramai juga yang sudah bebas dari COVID-19 namun masih berada dalam keadaan yang uzur dan sakit.

Kami yakin ramai yang ingin melawat sanak-saudara serta rakan-taulan yang berada dalam keadaan sakit untuk memberikan sedikit kegembiraan.

Sebagai Muslimin, kita memang digalakkan menziarahi saudara kita yang diuji dengan kesakitan. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.” (HR Bukhari dan Muslim)​

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Menurut Imam Syafi’i, apabila seseorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, ringankan langkah bagi menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai oleh Allah SWT. 

Namun, ajaran Islam ada mengajar tertib serta adab saat menziarahi mereka yang sakit.

Segmen Refleksi minggu ini berkongsi 20 adab tika menziarahi orang sakit.

1) Mulakan dengan berniat untuk menziarahi orang sakit mengikut sunnah Rasulullah SAW, kerana Allah SWT.

2) Membersihkan tangan sebelum berjumpa dengan pesakit dan ketika ancaman Covid masih berleluasa kini, elakkan daripada bersalaman dengan pesakit untuk tidak memberi risiko penularan.

3) Elak menziarahi pesakit sekiranya anda tidak sihat. Jangan berkeras untuk pergi sehingga memudaratkan pesakit. 

4) Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi, elakkan daripada duduk di atas katil pesakit.

5) Elakkan bercakap terlalu kuat dan terlalu lama sehingga mengganggu ketenteraman pesakit.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

6) Elakkan memakai wangian yang kuat baunya atau merokok sebelum bertemu pesakit. 

7) Senyapkan telefon bimbit agar tidak mengganggu pesakit.

8) Jangan menjawab panggilan telefon atau memberi tumpuan kepada telefon ketika menziarahi pesakit.

9) Adalah sunat untuk mendoakan pesakit agar cepat sembuh. 

10) Jangan duduk terlalu lama sehingga mengganggu pesakit yang mungkin ingin tidur atau berehat. 

11) Keluarlah dari bilik sekiranya doktor atau jururawat ingin memeriksa keadaan pesakit. 

12) Janganlah kita menggunakan tandas pesakit sekiranya bilik itu mempunyai tandas.

13) Bawalah buah tangan yang bersesuaian. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

14) Jangan makan makanan yang dihadiahkan atau yang disediakan untuk pesakit. Jika kita melakukannya, pahala ziarah akan hilang.

15) Berdoalah untuk pesakit dan ceritakan kelebihan sakit yang dialami para sahabat, rasul, nabi dan orang beriman untuk mengurang kebimbangannya. 

16) Janganlah kita menangis dan bermuka risau di hadapan pesakit.

17) Jangan kita bercerita tentang penyakit orang lain yang sama atau seumpama penyakit yang dihadapi orang yang kita ziarah sehingga menyebabkan kematian orang itu, kerana ini akan memberi kemurungan kepada pesakit.

18) Berikan nasihat dan motivasi yang baik yang boleh menaikkan semangat dan menceriakan pesakit.

19) Jika kehadiran anda membuatkan pesakit lebih tertekan, tunggulah sehingga pesakit stabil sebelum melawatinya.

20) Berkongsilah kisah yang baik-baik dan ceria, agar dapat membawa bahagia kepada pesakit lawatan anda.

Semoga kita semua terhindar daripada penyakit yang berbahaya dan ingatlah, jangan diratapi setiap penyakit, kerana semuanya adalah ujian dari yang Maha Esa. 

Berikut adalah doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan semua Muslimin yang hidup dan yang telah meninggalkan kita.

اللَّهُمَّ اشْفِ مَرْضَانَا وَعَافِ مُبْتَلَانَا وَارْحَمْ مَوْتَانَا

Maksudnya: “Ya Allah! Sembuhlah orang sakit dalam kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan rahmatilah orang yang telah mati dari kalangan kami.” - Getaran, 15 Julai 2022


 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan mymuslimin.com 


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Sedia Segerakan Kemudahan Wad Kelas Ketiga HKL - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Raghad Nafi Bawa Keluar Abdul Taib Tanpa Kebenaran

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Wanita Sedih Keadaan Di HSA, Netizen Kata Bukan Semua Fasiliti Begitu

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 52 minit yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

Jika diet harian tidak memadai, ambillah makanan tambahan sebagai pelengkap kerana ia membantu anak-anak mendapat segala khasiat yang diperlukan.

oleh Rahayu MN