web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas Tiruan! Jangan Beli Air Zam Zam Di Kedai Atau Dalam Talian

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan, tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 12:00PM

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli air zam zam dari mana-mana kedai atau platform dalam talian terutama pada musim haji ini kerana dikhuatiri ia air zam zam tiruan - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan, tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, yang pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM, setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

“Dalam hal ini, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini ekoran laporan media berhubung penjualan air zam zam secara dalam talian baru-baru ini. Dr Noor Hisham berkata tindakan penolakan konsainan akan dilaksanakan sekiranya terdapat pengimportan air zam zam yang tidak berlesen.

“Justeru itu, air zam zam yang diiklan atau dijual di pasaran diragui ketulenannya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, hasil daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan sejak 2012 sehingga kini, nilai rampasan ke atas air zam zam di pasaran adalah berjumlah RM83,618.20.

Beliau berkata sejumlah 237 iklan makanan telah dipadamkan daripada pelbagai platform e-dagang atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 hasil saringan BKKM terhadap platform dalam talian, dengan 32 daripada iklan makanan yang dipadam itu adalah iklan air zam zam.

Dr Noor Hisham berkata melalui pemantauan di media sosial pula pada 2021 dan 2022, sebanyak 23 dan 40 iklan air zam zam masing-masing telah dipadam daripada media sosial.

Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

“KKM menasihati orang ramai agar tidak membeli air zam zam dari mana-mana kedai atau platform dalam talian terutama pada musim haji ini kerana dikhuatiri ia air zam zam tiruan,” katanya.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan air zam zam di kedai atau platform dalam talian ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM di http://moh.spab.gov.my; atau Facebook BKKM di http://www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jual, Edar Air Zam Zam Secara Haram, 2 Premis Diserbu KKM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada ‘Pilih Kasih’ Dalam Kuota Rayuan Haji – Ahmad Marzuk

3

Semasa 4 tahun yang lalu

JKDM Johor Rampas Rokok Putih, Air Zam-Zam Jutaan Ringgit

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN

Gaya 7 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Piala Dunia adalah tentang impian, kenangan dan pengalaman yang sukar digantikan dengan apa jua acara sukan lain di dunia

oleh Rahayu MN