Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pengesanan Awal Skoliosis Kurangkan Potensi Rawatan Secara Pembedahan

Program kesedaran terhadap penyakit Skoliosis harus diperluaskan khususnya di peringkat sekolah memandangkan usia kritikal bagi penyakit ini adalah dalam lingkungan antara 10 hingga 14 tahun.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 9:45AM

Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengesanan awal penyakit Skoliosis atau masalah tulang belakang yang membengkok pada darjah tertentu dapat mengurangkan potensi rawatan secara pembedahan.

Perunding Pakar Bedah Ortopedik Hospital ALTY Orthopaedic Dr Lim Sze Wei berkata justeru program kesedaran terhadap penyakit ini harus diperluaskan khususnya di peringkat sekolah memandangkan usia kritikal bagi penyakit ini adalah dalam lingkungan antara 10 hingga 14 tahun.

“Biasanya program kesedaran dibuat di bandar, jarang sekali dibuat di sekolah pedalaman, sebab itu kebanyakkan pesakit remaja yang datang kepada kita dalam keadaan tulang mereka telah membengkok antara 60 hingga 70 darjah dan biasanya hanya pembedahan dapat merawat mereka kerana pada usia 10 hingga 14 tahun, pergerakan tulang berlaku dengan lebih pantas.

“Jika dapat kesan awal di bawah 40 darjah, rawatan penggunaan brace dan pemantauan berkala akan dilakukan tanpa perlu jalani pembedahan,” katanya kepada Bernama selepas program Hari Kesedaran Skoliosis anjuran Kumpulan Sokongan Skoliosis Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Pengerusi Kumpulan Sokongan Skoliosis Malaysia Rasidah Md Sapie (kanan) memakaikan lencana kepada peserta cilik yang hadir pada program Hari Kesedaran Skoliosis - Gambar Bernama
Pengerusi Kumpulan Sokongan Skoliosis Malaysia Rasidah Md Sapie (kanan) memakaikan lencana kepada peserta cilik yang hadir pada program Hari Kesedaran Skoliosis - Gambar Bernama

Menurutnya program kesedaran Skoliosis dalam kalangan masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan masih belum memadai.

“Keadaan ini menyebabkan ada dalam kalangan ibu bapa yang mendapati tulang belakang anak mereka bengkok, mereka hanya dapatkan rawatan tradisional atau ada juga yang berjumpa bomoh namun masih tidak sembuh.

“Akhirnya mereka hanya mendapatkan rawatan doktor ketika keadaan telah bertambah teruk yang adakalanya hingga mencapai 90 darjah sekali gus menyebabkan rawatan semakin sukar,” katanya.

Dr Lim berkata kos diperlukan bagi pembedahan Skoliosis di hospital swasta boleh mencecah sehingga RM70,000 hingga RM80,000.

“Penyakit ini lebih cenderung dihidapi golongan wanita berbanding lelaki dan sehingga hari ini masih tidak dapat dipastikan puncanya…jika disebabkan genetik hanya 20 peratus dan selebihnya tidak tahu punca kenapa?,” katanya.

Seorang bekas pesakit Skoliosis Nur Fadzilah Rahim, 28, berkata kesukaran untuk melakukan aktiviti pendidikan jasmani ketika di zaman persekolahan yang dikesan oleh cikgu sekolah, telah membawanya untuk berjumpa doktor.

Bekas pesakit Skoliosis NurFadzilah Rahim, 28, menunjukkan keadaan fizikalnya sebelum ini semasa mengalami Skoliosis - Gambar Bernama
Bekas pesakit Skoliosis NurFadzilah Rahim, 28, menunjukkan keadaan fizikalnya sebelum ini semasa mengalami Skoliosis - Gambar Bernama

“Semasa umur saya 16 tahun, saya perasan bentuk badan saya lain tetapi disebabkan tidak berasa sakit, saya buat biasa sahaja.

“Satu hari ketika melakukan aktiviti pendidikan jasmani, cikgu perasan saya tidak boleh buat seperti rakan-rakan yang lain, dia tengok dari belakang dan dia perasan ada bengkok pada badan saya, cikgu minta saya untuk berjumpa doktor.

“Lepas jumpa doktor, doktor diagnos saya hidap Skoliosis tetapi tidak teruk pada masa itu, doktor sarankan saya buat fisio sahaja,” katanya.

Beliau berkata namun hari berganti hari, tulangnya terus membengkok sehingga menyukarkannya untuk berjalan dan perlu menggunakan kerusi roda selain adakalanya mengalami sesak nafas disebabkan tulang telah mula menghimpit paru-parunya.

“Pada 2013, ketika lengkukan tulang belakang saya berada pada 50 darjah, akhirnya saya jalani pembedahan yang menelan belanja kira-kira RM36,000 di Hospital Kuala Lumpur selepas menerima dana daripada Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia sebab arwah bapa dahulu anggota tentera,” katanya. 

Menurut Nur Fadzilah disebabkan penyakit itu juga, beliau terpaksa menangguhkan pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan hanya menyambungnya selepas setahun menjalani pembedahan.

Infografik Bernama
Infografik Bernama

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Sokongan Skoliosis Malaysia Rasidah Md Sapie berkata sebagai ibu yang mempunyai anak yang menghidap penyakit Skoliosis, timbul kesedaran dalam dirinya untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit tersebut.

“Penyakit ini bukan penyakit popular walaupun sebenarnya ramai yang menghidap penyakit ini. Macam saya timbul kesedaran untuk wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat disebabkan anak saya sendiri yang didiagnosis Skoliosis ketika berusia 12 tahun.

“Pada awalnya saya memang tidak tahu masalah yang dialami anak cuma bila jalan banyak, dia selalunya lambat dan cepat letih,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

M Daud Kilau: Ayah Sepatutnya Jalani Pembedahan - Anak

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Salahuddin Ayub Dibedah, Disahkan Alami Pendarahan Otak

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Sultan Johor Selamat Jalani Pembedahan Bahu Kanan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Refleksi 10 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah