web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Microsleep' Berkait Rapat Dengan Prestasi Manusia - Pakar

Sindrom Tertidur Tanpa Sedar atau 'microsleep' berkait rapat dengan prestasi seharian manusia. Kebanyakan mengalami sindrom itu dalam kalangan mereka yang bekerja dan melakukan pemanduan jarak jauh.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jun 2022 9:41AM

Gambar hiasan oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sindrom Tertidur Tanpa Sedar atau microsleep berkait rapat dengan prestasi seharian manusia, kata pakar Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Rozmi Ismail.

Beliau berkata jika dilihat daripada konteks microsleep, kebanyakan mengalami sindrom itu dalam kalangan mereka yang bekerja dan melakukan pemanduan jarak jauh.

“Manusia tidak sama seperti mesin, manusia mempunyai limitasi tersendiri. Kalau mesin, kita tekan saja ia sudah bergerak tetapi manusia memerlukan rehat. Otak, mata dan bahagian badan perlu rehat mencukupi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Rozmi, golongan paling berisiko untuk mengalami microsleep ialah pemandu bas, lori dan teksi yang menggunakan pemanduan jarak jauh ataupun mereka bekerja syif malam dan tidak tidur siang.

“Ini semua akan menyebabkan kesan kepada prestasi manusia dan badan tidak sesuai dengan keadaan biological clock (putaran biologi). Kalau kita paksa badan kita, ia menyebabkannya letih dan secara tiba-tiba kita akan berehat dengan sendiri...itulah microsleep,” katanya.

Gambar hiasan Syeda Imran
Gambar hiasan Syeda Imran

Sebagai langkah pencegahan kepada sindrom microsleep, Rozmi mencadangkan pemandu supaya berhenti selepas memandu dua atau tiga jam untuk berehat dan jangan melakukan pemanduan secara terus dari satu tempat ke satu tempat tanpa berhenti.

“Kita kena jaga biological clock, maksudnya manusia tidak boleh lawan fitrah. Manusia siang bekerja dan malam perlu tidur. Kalau kita lawan juga, prestasi kita akan cepat lemah dan badan kita jadi letih.

“Selain itu, perlu adanya kempen secara besar-besaran untuk mendidik masyarakat mengenai bahayanya microsleep ini semasa pemanduan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Psikologi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka Aini Faezah Ramlan menyifatkan microsleep sebagai satu isyarat menandakan kondisi kesihatan seseorang mula merosot. 

Beliau berkata pemandu cenderung untuk terjebak dalam microsleep atas faktor terlalu penat atau kurang rehat, jadual tidur tidak menentu serta tahap kesihatan yang tidak stabil.

“Pemandu perlu berwaspada dengan tahap kesihatan diri sendiri, peka dengan isyarat yang mula menyebabkan tumpuan pemanduan terganggu seperti menguap beberapa kali, rasa letih dan kurang bertenaga,” katanya.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Aini juga mencadangkan pemandu harus mengatur semula rutin atau jadual serta gaya hidup yang lebih sihat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam sindrom itu.

Microsleep semasa memandu perlu dielakkan sebagai langkah berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan jalan raya,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata dianggarkan lebih 20 peratus kemalangan di jalan raya di negara ini berpunca daripada tertidur, mengantuk, letih, leka atau berangan.

“Tidur tidak datang secara tiba-tiba, anda tidak boleh memandu secara sedar dalam seminit dan tertidur selepas itu. Selalunya terdapat masa yang cukup untuk menyedari apabila kita sudah rasa mengantuk,” katanya.

Statistik punca kemalangan sepanjang Op Selamat sempena Aidilfitri pada 2019 menunjukkan sebanyak 675 kemalangan melibatkan mengantuk, leka, berangan dan letih.

“Daripada jumlah itu, 14 membabitkan kemalangan maut, tiga parah, 10 kemalangan ringan dan 648 lagi adalah kemalangan melibatkan kerosakan sahaja,” kata Mat Kasim. 

Mat Kasim berkata pemandu yang terlelap ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan atau kematian pengguna jalan raya lain kini dikategori sebagai pemanduan secara melulu atau berbahaya dan boleh didakwa mengikut Seksyen 41(1), 42(1) dan 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN