web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alunan Bacaan Al-Quran Jadi Pendamping Pemuda Kurang Upaya Penglihatan

Muhammad Iman Izzuddin yang pertama kali menyertai MTHQK merupakan antara 28 peserta dari seluruh negara yang bertanding bagi kategori Hafazan al-Quran 10 Juzuk.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 12:41PM

Mashaf Al-Quran Braille - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tatkala generasi muda masa kini lebih gemar mendengar muzik, seorang pemuda kurang upaya penglihatan memilih alunan bacaan al-Quran sebagai ‘halwa telinga’ dan belajar mendalami serta menghafal kalam Allah itu.

Muhammad Iman Izzuddin Jamaludin, 21, berasal dari Tenom, Sabah, gemar mendengar alunan bacaan al-Quran menerusi cakera padat sejak berusia empat tahun serta belajar menggunakan al-Quran braille dalam bentuk naskhah, sebelum beralih ke teknologi eBraille Al-Quran ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Saya memilih al-Quran kerana ia merupakan garis panduan untuk semua umat manusia, sebab itu saya memilih untuk membaca dan menghafalnya.

“Rasa tenang dengar ayat al-Quran (walaupun) pada mulanya agak susah untuk menghafal dari satu juzuk ke satu juzuk, tetapi semua dapat dipelajari dengan lancar,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu ketika ditemui di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2022 di Pusat Islam Iskandar, di Johor Bahru.

Muhammad Iman Izzuddin yang pertama kali menyertai MTHQK merupakan antara 28 peserta dari seluruh negara yang bertanding bagi kategori Hafazan al-Quran 10 Juzuk.

Beliau pernah menyertai pelbagai pertandingan dan merupakan johan mewakili Sabah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan pada 2018.

Sementara itu, bapa Muhammad Iman Izzuddin, Jamaludin Kassim, 59, berkata selain mendengar alunan bacaan al-Quran menggunakan cakera padat dan membaca eBraille, anaknya juga mengikuti kelas taranum sejak berusia 15 tahun.

“Iman (Muhammad Iman Izzuddin) belajar al-Quran secara persendirian dan apabila ada kelas taranum di Sabah, ketika tingkatan tiga saya masukkan dia kelas taranum dan belajar dengan qari yang pernah mewakili Sabah.

“Sejak usia 11 tahun, Iman sudah mengikuti pertandingan di sekolah dan pernah mewakili Sabah, saya harap Iman berjaya dalam apa jua impiannya,” katanya.

Muhammad Iman Izzuddin yang mengimpikan untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa turut berharap orang ramai mendekatkan diri dan berdamping dengan al-Quran untuk mendapatkan keredaan di dunia dan akhirat.

“Saya ingin memartabatkan qari orang kelainan upaya di persada antarabangsa dan di seluruh dunia… semoga impian saya tercapai insya-Allah,” katanya.

MTHQK 2022 berlangsung selama enam hari bermula 12 Jun lepas dengan penyertaan 110 peserta daripada seluruh negara. - Bernama

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran Tambah Baik Faedah Melalui Kawalan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Qari Malaysia, Semua Pemenang 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

OIC Gesa Tindakan Lanjut Dunia Perangi Islamofobia, Alu-Alukan Mesyuarat Kuala Lumpur

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN