Berita Terkini

13 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gaya Kerja Hibrid Bawa Impak Positif, Namun Ada Halangannya

Walaupun tahap produktiviti pekerja semakin tinggi, namun masih banyak perlu dilakukan oleh majikan untuk membina budaya inklusif dan memupuk pengaturan kerja hibrid sepenuhnya.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jun 2022 4:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut kajian global yang dilakukan oleh peneraju dunia dalam bidang teknologi yang memacu internet, Cisco, bekerja secara hibrid telah meningkatkan kesejahteraan, keseimbangan kehidupan bekerja dan prestasi keseluruhan pekerja di Malaysia.

Walaupun tahap produktiviti pekerja semakin tinggi, namun masih banyak perlu dilakukan oleh majikan untuk membina budaya inklusif dan memupuk pengaturan kerja hibrid sepenuhnya.

Kajian Cisco bertajuk, ‘Pekerja sudah bersedia untuk kerja hibrid, anda pula?’ (Employees are ready for hybrid work, are you?”) mendapati tiga daripada lima (60%) pekerja di Malaysia percaya bahawa kualiti kerja telah bertambah baik. 

Jumlah yang sama (55%) mengatakan bahawa produktiviti mereka telah meningkat. Tiga perempat daripada pekerja (75%) juga berpendapat bahawa peranan kerja mereka boleh dilaksanakan dengan jayanya dari jarak jauh, seperti juga di pejabat. 

Bagaimanapun, tinjauan terhadap 28,000 pekerja dari 27 negara, termasuk lebih 1,011 responden dari Malaysia, mendedahkan bahawa hanya satu daripada lima (20%) pekerja Malaysia berpendapat bahawa syarikat mereka ‘sangat bersedia’ untuk bekerja secara hibrid di masa depan. Ini lebih rendah daripada purata global sebanyak 23%.

Pengarah Urusan, Cisco Malaysia, Hana Raja.
Pengarah Urusan, Cisco Malaysia, Hana Raja.

“Dua tahun kebelakangan ini kami mendapati bahawa kerja bukan lagi tempat yang hendak dituju, tetapi apa yang dilakukan. Dalam kebiasaan kerja hibrid, pekerja dan majikan di Malaysia meraih manfaat ketara dalam peningkatan kesejahteraan pekerja, produktiviti dan prestasi kerja yang lebih baik,” ujar Pengarah Urusan, Cisco Malaysia, Hana Raja. 

“Namun demikian, bekerja secara hibrid adalah lebih daripada sekadar menyokong kemasukan semula ke pejabat dengan selamat. Pemimpin perlu memikirkan semula cara untuk memupuk budaya inklusif, menempatkan pekerja – berdasarkan pengalaman, keterlibatan dan kesejahteraan mereka – sebagai teras, selain memodenkan rangkaian dan infrastruktur keselamatan mereka untuk menyediakan pengalaman pekerja yang lancar, selamat dan inklusif,” tambah beliau.

 

Penjimatan lebih RM32,891 setahun apabila tidak ke pejabat

Penyelidikan Cisco mengkaji kesan bekerja secara hibrid ke atas lima kategori kesejahteraan – emosi, kewangan, mental, fizikal dan kesejahteraan sosial – di mana lebih tiga perempat daripada responden (79%) mengatakan bekerja secara hibrid dan jarak jauh telah meningkatkan beberapa aspek kesejahteraan mereka.

Ketidakberadaan di pejabat telah meningkatkan keseimbangan kehidupan bekerja untuk 79% pekerja di Malaysia, berbanding purata serantau sebanyak 81%. Jadual kerja yang lebih fleksibel (71%) dan masa berulang-alik yang berkurangan dengan ketara atau tiada sama sekali (49%) telah menyumbang kepada peningkatan ini. 

Kira-kira dua pertiga daripada responden (68%) dapat menjimatkan masa sekurang-kurangnya empat jam seminggu apabila mereka bekerja dari rumah, manakala lebih satu perempat (29%) menjimatkan lapan jam atau lebih dalam seminggu.

Empat daripada lima (82%) responden Malaysia juga mengatakan kesejahteraan kewangan mereka telah bertambah baik, dengan purata penjimatan mencecah lebih RM32,891 (USD 7,488) setahun. 

Sejumlah besar responden, iaitu 86%, meletakkan penjimatan bahan api dan/atau perjalanan ulang-alik antara tiga tangga teratas mereka dari segi penjimatan, diikuti dengan penurunan dalam perbelanjaan untuk makanan dan hiburan pada 80%. 

Lebih lapan daripada 10 (83%) percaya bahawa mereka boleh mengekalkan penjimatan ini dalam jangka panjang, manakala 60% akan mengambil kira penjimatan ini apabila mempertimbangkan untuk menukar pekerjaan.

Selain itu, tujuh daripada 10 (72%) responden percaya kecergasan fizikal mereka telah bertambah baik apabila bekerja secara jarak jauh. Sejumlah yang sama (69%) mengatakan bekerja secara hibrid telah memberi kesan positif kepada tabiat pemakanan mereka.

Sebilangan besar (80%) responden menunjukkan bahawa kerja jarak jauh telah meningkatkan hubungan keluarga manakala 44% daripada responden melaporkan hubungan yang lebih kukuh dengan rakan-rakan.

Perlu ada kepercayaan dan ketelusan 

Suka ataupun tidak, cara bekerja masa depan adalah secara hibrid. 74% pekerja di Malaysia mengatakan bahawa mereka inginkan model kerja hibrid yang menggabungkan kerja jarak jauh dan di pejabat, berbanding kerja jarak jauh sepenuhnya (22%) dan di pejabat sepenuhnya (5%).

Walau bagaimanapun, terdapat ketidakpastian tentang cara gaya kerja jarak jauh ini. Mengapa begitu? Ini kerana apabila kerja hibrid diamalkan, timbul isu ketidakpercayaan di antara syarikat, pemimpin dan pekerja bawahan. 

Lebih separuh (59%) responden Malaysia percaya tingkah laku pengurusan mikro telah meningkat akibat daripada kerja jarak jauh ini. Kekurangan kepercayaan daripada pihak pengurusan bahawa pekerja mereka boleh menjadi produktif telah menjadi duri dalam daging.

Pihak pengurusan kurang percaya atau tidak yakin pekerja mereka boleh bekerja secara produktif dan ini merupakan aduan yang kerap dalam pengalaman pekerja. 

“Kepercayaan adalah prinsip teras dalam kebiasaan kerja hibrid, di samping kefleksibelan, dan kepimpinan yang empatetik. Penyelidikan terbaru kami menunjukkan bahawa lebih banyak perlu dilakukan untuk mengintegrasi sepenuhnya pengaturan kerja hibrid untuk pekerja, terutamanya dalam membina budaya inklusif, dijana oleh infrastruktur teknologi cekap dalam dunia pekerjaan baharu yang jelas lebih digemari oleh pekerja. 

Pengarah Kanan, Tenaga Insan & Komuniti, Cisco, APJC, Anupam Trehan
Pengarah Kanan, Tenaga Insan & Komuniti, Cisco, APJC, Anupam Trehan

Pemimpin dan syarikat perlu komited mengambil langkah yang berpandangan jauh untuk mengekalkan tenaga insan mereka – seperti mendengar, membina kepercayaan dan memimpin dengan empati, kefleksibelan dan kesaksamaan,” ulas Pengarah Kanan, Tenaga Insan & Komuniti, Cisco, APJC, Anupam Trehan. 

Pada masa yang sama, teknologi memainkan peranan kritikal bagi memastikan tenaga kerja boleh menjalankan tugas dengan cemerlang. Hampir dua pertiga (64%) responden percaya masalah capaian kepada rangkaian kerap berlaku sehingga menjejaskan prestasi pekerja jarak jauh. 

Akibatnya, 82% mengatakan infrastruktur rangkaian adalah penting untuk pengalaman bekerja dari rumah yang lancar. Namun demikian, kira-kira 36% berkata syarikat mereka masih memerlukan infrastruktur rangkaian yang betul.

Lebih tiga perempat (76%) responden di Malaysia percaya bahawa keselamatan siber amat penting untuk memastikan bekerja secara hibrid adalah selamat, tetapi hanya 61% berkata syarikat mereka mempunyai keupayaan dan protokol yang sesuai pada masa ini. 

Hanya 62% berpendapat bahawa semua pekerja di seluruh syarikat memahami risiko siber yang terlibat dengan kerja hibrid, manakala 67% berpendapat pemimpin perniagaan sudah biasa dengan risiko tersebut.

Pengarah, Keselamatan Siber, Cisco, ASEAN, Juan Huat Koo
Pengarah, Keselamatan Siber, Cisco, ASEAN, Juan Huat Koo

“Setiap organisasi harus mengutamakan keselamatan yang berkesan untuk menyokong setiap usaha pendigitalan sambil memastikan keselamatan siber diutamakan. Dalam persekitaran serangan siber (‘attack surface’) yang semakin meningkat hari ini, setiap organisasi perlu mempertingkatkan jaringan keselamatan dan membina kewaspadaan yang lebih tinggi,” ujar Pengarah, Keselamatan Siber, Cisco, ASEAN, Juan Huat Koo. - Getaran, 3 Jun 2022

Sumber Tambahan:

Laman mikro laporan: Your employees are ready for hybrid work - are you?

Lembaran fakta pasaran Malaysia 

Gambar: Cisco

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 16 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki