web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Surat Terbuka Kepada Generasi Y

Kecemasan, kesedihan dan kepenatan hidup ini, kita tidak melaluinya seorang diri.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 8:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya melewati sebuah jalan yang sama saya lalui kira-kira lima tahun lalu. Siapa sangka lima tahun rupanya tempoh yang sekejap untuk melihat jalan yang dahulunya lengang, sebuah hutan kini bertukar menjadi sebuah pusat beli-belah yang gah. 

Banyak yang terjadi dalam lima tahun, tidak hanya tempat dan bangunan. Tapi juga perasaan, kekerapan ketawa serta senyuman. Kita lupa memasukkan itu semua setiap kali bercakap tentang perubahan. 

Misalnya persoalan, adakah lebih banyak bangunan, atau lebih tinggi menara di kota ini akan membuat masyarakatnya lebih gembira? atau adakah masyarakatnya akan lebih sengsara, hidup dalam kecemasan setiap kali hujan kerana takut banjir menenggelamkan harta dan nyawa?

Lahir sebagai generasi Y, ada banyak hal yang kita cemaskan. Kita lahir dalam era media sosial dan teknologi yang sangat laju berkembang. Setiap hari ada sahaja benda baharu, trend terkini, atau apa-apa sahaja falsafah materialistik yang tak sengaja kita anuti. 

Langsung atau tidak langsung, kita akan membandingkan kehidupan kita dengan orang lain dan selalu berasa tidak cukup. Harus sentiasa membuktikan sesuatu dan lambat untuk membina sempadan antara nyata dan maya. Tanpa sengaja kita dilatih untuk mendapatkan kepastian secepat mungkin, sebab kita selalu bersuara, mempersoal dan bertanya.

Media sosial dan pandemik membuatkan kita jarang duduk berbual dengan seseorang. Kita berasa sunyi. Kita canggung untuk berinteraksi empat mata sedangkan dari situ kita belajar makna empati, bertukar makna hidup yang meyakinkan bahawa kita tidak perlu melalui kesukaran ini seorang diri. 

Hidup kita terkejar-kejar dan bersaing untuk memenuhi  sekolah terbaik, universiti dan harus berentap dengan 694,400 orang dalam angka statistik yang masih lagi berusaha mendapatkan peluang pekerjaan. Kerana teknologi tanpa sempadan, kita terpaksa membalas hal-hal kerja selepas jam enam dan juga waktu cuti. Kita tiada masa untuk memperlahan hidup. 

Bagi memenuhi harapan orang-orang sekeliling, kita selalu berusaha lebih keras setiap hari. Dengan kos sara hidup yang tinggi namun gaji minimum masih lagi RM1500, kita lakukan lebih banyak pekerjaan untuk sekadar hidup selesa. Bahkan ketika zaman belajar lagi, kita ulang alik dari kelas ke tempat kerja supaya sedikit wang dapat dihantar kepada keluarga. 

Dalam tempoh sedekad sahaja, harga rumah naik hampir seratus peratus. Dengan purata harga rumah RM217,857 kepada RM429,877 kita perlu menyewa selama bertahun-tahun sebelum akhirnya dapat memegang kunci rumah pertama. Ia membuatkan kita cemas adakah kita mampu untuk memiliki tempat untuk kita sekadar berteduh?

Jika kamu generasi Y, dan kamu sedang membaca artikel ini ketahuilah bahawa apa yang kamu cemaskan, perasaan serta kesedihan kamu hari ini adalah nyata. Kamu berhak merasakannya. Kamu penat dan kami memahaminya. Kamu sunyi dan kami memahaminya. 

Namun, ketahuilah apa-apa yang kita lihat di media sosial tidak semuanya nyata. Ada banyak orang yang sedang berpura-pura bahagia, berpura-pura paling trendy namun tetap berasa kosong.

Kesedihan, kekosongan dan kecemasan yang kita lalui, semua orang sedang melaluinya. Kita tak pernah sendiri melewatinya.  Hidup orang lain bukanlah kayu ukur kehidupan kita. Setiap orang berjalan atas rezeki dan takdirnya masing-masing. Jangan hukum dan berasa terdera jika kita belum memperoleh apa-apa seperti rakan sebaya tak kiralah pekerjaan, kereta atau seorang wanita dan lelaki untuk kita nikahi. 

Ketika kita sedang berjuang untuk hidup, jangan lupa untuk turut menikmatinya. Hidup ini laju namun berhentilah sesekali untuk sekadar melihat hujan, kucing di jalan, damainya lautan dan tariklah nafas kamu sedalam-dalamnya. Berdamailah dengan segala harapan yang belum tertunai dan maafkanlah diri kita sendiri.

Siapapun kamu, terima kasih kerana berjuang untuk hidup. Di sudut hati yang paling dalam, ketahuilah bahawa kamu sentiasa cukup. - Getaran, 20 Mei 2022

Gambar: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan