web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Jadi Projek Rintis Rumah Ibadah Hijau (RIH)

Masjid tersebut dipilih kerana kedudukanya yang strategik dan menjadi tumpuan pelancong ke negeri ini.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 2:30PM

Gambar Ihsan MAIPs

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat pertama kalinya Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipilih sebagai projek rintis Rumah Ibadah Hijau di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana Perlis Ruzaini Rais berkata masjid tersebut dipilih kerana kedudukanya yang strategik dan menjadi tumpuan pelancong ke negeri ini.

“Usaha ini menjadi projek rintis sebagai langkah awal memperkenalkan teknologi hijau kepada orang ramai khususnya kariah masjid disamping menarik golongan muda untuk terlibat sama melestarikan alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesedaran Kepentingan Kelestarian Alam Sekitar Peringkat Masjid Negeri Perlis di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Green Technology & Climate Change Corporation (MGTS) Ts Shamsul Bahar Mohd Nor.

Ruzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berseri berkata kerajaan negeri memandang positif perkara ini dan ia akan dibangunkan secara berperingkat ke beberapa lagi masjid di negeri itu.

Beliau berkata pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan usaha membangunkan teknologi hijau di Perlis dan akan bersama dengan mana-mana pihak berkaitan bagi menyokong usaha berkenaan demi kelestarian alam sekitar.

Sementara itu, Shamsul Bahar berkata sehingga kini hampir 15 buah masjid di seluruh negara telah memulakan perbincangan bagi penggunaan teknologi hijau dan dijangka 100 buah masjid lagi akan turut sama dalam usaha ini.

“Program RIH ini diperkenalkan bagi memberi panduan dan sokongan dalam membantu masjid dan surau mengaplikasi teknologi hijau yang mampu memberi penjimatan  kos bil utiliti,” katanya.

Beliau berkata MGTS dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) turut menyediakan saluran dana khas menerusi Tabung Wakaf Masjid Hijau bagi membantu membiayai pembangunan sistem teknologi itu di peringkat masjid.

“Pada peringkat awal kita sasar sebanyak RM1 juta setahun dikutip menerusi tabung ini dan setiap tahun 100 buah masjid akan dipilih untuk menerima dana bagi pembangunan teknologi hijau,” katanya.

Shamsul  Bahar berkata pihaknya juga bercadang untuk memperkenalkan penggunaan basikal elektrik kepada imam masjid bagi menggalakkan orang ramai mengguna teknologi hijau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan