web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Sebalik Tirai Besi, Banduan 'Menemukan' Bakat Perbaiki Kehidupan

Penjara bukanlah tempat 'hukuman' semata-mata namun ia memberi sinar baharu kepada banduan untuk berubah menjadi insan lebih baik.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 10:05AM

Sebahagian dari penghuni-penghuni muslim Penjara Seremban yang diraikan dan disantuni semasa Program Semarak Kasih Ramadan baru-baru ini. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penjara bukanlah tempat 'hukuman' semata-mata namun ia memberi sinar baharu kepada banduan untuk berubah menjadi insan lebih baik, demikian luahan seorang penghuni di Penjara Seremban, di sini. 

Pengalaman berada di sebalik tirai besi hampir lima tahun bukan sahaja menginsafkan malah memberi peluang kepada Ahmad (bukan nama sebenar), untuk menimba pelbagai ilmu dan kemahiran sepanjang menjalani hukuman dan pemulihan di penjara tersebut. 

Ahmad, 37, telah dikenakan hukuman penjara di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu penggunaan dadah secara berulang, telah dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh dan setahun kemudian ditempatkan di Penjara Seremban.

“Saya akui penjara di sini memberi kesan mendalam terhadap diri ini untuk berubah.

“Banyak pengalaman dan ilmu diperoleh terutamanya dalam agama selain menerima latihan dalam bidang dobi, mempelajari jenis-jenis ubatan serta terlibat dalam aktiviti tarian,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Penjara Seremban.

Sebahagian dari penghuni-penghuni muslim Penjara Seremban yang diraikan dan disantuni semasa Program Semarak Kasih Ramadan baru-baru ini. Gambar: Bernama
Sebahagian dari penghuni-penghuni muslim Penjara Seremban yang diraikan dan disantuni semasa Program Semarak Kasih Ramadan baru-baru ini. Gambar: Bernama

Katanya menerusi bengkel di sini, dia belajar untuk mengingati senarai ubat-ubatan penyakit kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi, serta sakit biasa iaitu demam dan selesema selama sebulan.

Ahmad yang telah dibebaskan semalam, berazam untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi bagi mendapatkan masa depan yang lebih baik pada masa akan datang, selain akan mencuba memohon pekerjaan di jabatan kebudayaan dalam bidang tarian atau bekerja di dobi.

Katanya, setiap manusia yang  pernah melakukan kesilapan akan berharap masyarakat di luar sana dapat memberikan sokongan moral, dan mengubah persepsi negatif terhadap banduan sepertinya.

“Saya bersyukur masih berpeluang memperbetulkan kesilapan selain diberikan kesempatan untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

“Saya berjanji untuk kuatkan iman ini dan teguhkan pendirian untuk berubah menjadi insan yang lebih berguna,” katanya.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Menurut Ahmad, beliau beranggapan dirinya tidak akan diterima masyarakat susulan jenayah dilakukannya itu, namun perasaan itu berbeza apabila dia menerima layanan serta sokongan baik daripada pegawai serta staf penjara, yang membimbingnya untuk memperbaiki diri.

“Saya anak yatim piatu dan tidak mempunyai adik beradik mahupun saudara mara. Saya sedih meninggalkan rakan-rakan di sini kerana kami lalui susah senang bersama-sama dalam penjara ini," katanya sambil menambah akan menziarahi pusara ibu dan bapanya di Melaka pada 1 Syawal nanti.

Sementara itu, Pengarah Penjara Seremban, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Ahmad Mustaqim Che Bisi berkata pihaknya mengambil pendekatan ‘Budaya Rehabilitasi’ iaitu mewujudkan persekitaran pemulihan dalam kalangan banduan menerusi aktiviti atau program melibatkan masyarakat dengan jabatan penjara.

Katanya sebagai contoh program Semarak Kasih Ramadan diadakan bagi menyantuni golongan banduan di sini sempena menyambut bulan Ramadan dengan penglibatan masyarakat sebagai rakan sekali gus memberikan sokongan moral kepada banduan agar tidak merasa tersisih dan anti-sosial. - Bernama

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Jalur Gemilang Gergasi Bangkit Semangat Patriotik Murid SK Seri Pagi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

3 Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN