web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adat Bersalaman : Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul

Sempena Aidilfitri pada minggu hadapan, apa kata kali ini anda bertanggungjawab dengan tindak-tanduk sendiri. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 8:53AM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah menjadi adat orang Malaysia, khususnya orang Melayu, apabila berjumpa dengan sanak-saudara mahupun kenalan pasti tangan akan dihulur sebagai tanda hormat. Jika hubungan lebih rapat, peluk cium tidak terkecuali. 

Namun begitu, sedarkah anda yang amalan ini paling mudah mengutip ‘dosa percuma’ setiap kali berhari raya? Mengapa begitu? Kerana ramai yang ‘pukul rata’ bab bersalaman ini. Tanpa mengambil kira hukum-hakam agama. Ramai yang lebih takut dilabel tidak beradab berbanding mentaati agama. 

Lagi satu alasan ialah ialah kerana sudah terbiasa, sudah dididik dari kecil. Sukar untuk tinggalkan ‘adat’ yang sudah sebati dalam diri. Ini semua bukan alasan yang boleh menghalalkan sesuatu yang sudah jelas haram hukumnya. 

Gambar hiasan, Unsplash
Gambar hiasan, Unsplash

Saya sendiri tidak selesa apabila menyaksikan biras perempuan (isteri kepada adik ipar lelaki) bersalaman dan mencium tangan suami di depan mata. Hati tidak setuju, tapi saya pilih tutup mulut daripada menegur kerana bimbang kalau-kalau nanti ada hati yang terluka. 

Saya percaya ramai lagi yang berhadapan dengan situasi yang sama. Serba-salah dibuatnya. Mungkin yang menghulur tangan masih kurang jelas, yang menyambut pula mahu menjaga hati walaupun maklum dengan situasi. Apa kata orang nanti kalau salam mereka tidak bersambut? Bimbang pula dituduh sombong. Sekali lagi adat mengatasi hukum agama! 

Sempena Aidilfitri pada minggu hadapan, apa kata kali ini anda bertanggungjawab dengan tindak-tanduk sendiri. Tidak perlu menghulur tangan kepada orang yang bukan mahram kita. 

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Seandainya salam anda tidak bersambut, janganlah pula berkecil hati. Berfikirlah secara rasional.  Berikut senarai semak siapa yang boleh dan tidak boleh anda salam. 

 

Jika anda seorang lelaki, tidak boleh bersalaman dengan:-

1. Kakak ipar

2. Adik ipar perempuan

3. Sepupu perempuan

4. Sepupu ayah (perempuan)

5. Isteri kepada adik-beradik bapa

6. Isteri kepada adik-beradik emak

7. Adik-beradik perempuan bapa mertua

8. Adik-beradik perempuan emak mertua

9. Anak perempuan adik-beradik isteri

10. Sepupu emak (perempuan)

 

Jika anda seorang perempuan, tidak boleh bersalaman dengan:-

1. Abang ipar

2. Adik ipar Lelaki

3. Sepupu lelaki

4. Suami kepada adik-beradik bapa

5. Suami kepada adik-beradik emak

6. Adik-beradik lelaki bapa mertua

7. Adik-beradik lelaki emak mertua

8. Anak lelaki adik-beradik suami

9. Sepupu lelaki ayah 

10. Sepupu lelaki emak 

Untuk rujukan dan fahaman yang lebih jelas, anda boleh rujuk laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.  - Getaran, 29 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad