web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mashaf Al-Quran Braille Bantu OKU Penglihatan Baca Kitab Suci

Penerbitan MQBM itu merupakan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Pertis).

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 3:57PM

Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan Mohd Firdaus Khairi membaca surah Al Mulk Ayat 1 hingga 10 menggunakan Mashaf Al-Quran Braille. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) diterbitkan untuk kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan beragama Islam membaca kitab suci yang menepati ilmu tanda (dhabt) dan kaedah penulisan (rasm) Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata MQBM adalah berbeza daripada al-Quran Braille versi lama yang tidak menepati Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani dengan perbezaan itu terdapat pada penandaan waqaf (tanda berhenti) dan peralihan juzuk.

"KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah meluluskan perakuan betul pruf akhir teks MQBM berdasarkan Akta Percetakan Al-Quran 1986 pada 9 April 2021," katanya pada sidang media selepas melancarkan MQBM Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.

Idris berkata penerbitan MQBM itu merupakan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Pertis).

Idris berkata hak percetakan MQBM diberikan kepada Pertis bagi menerbitkan 1,000 naskah pertama mushaf tersebut untuk diedarkan secara percuma kepada golongan OKU penglihatan di seluruh negara.

Ketika ini, Unit Penerbitan Pertis di Brickfield di ibu negara mempunyai 15 mesin cetak tulisan Braille, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan