web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tempahan Katering Rancak, Jualan 'Rempah Istimewa' Kedai Payang Melonjak

Fasa Peralihan ke Endemik memberi ruang kepada penganjuran pelbagai majlis dan program sekali gus merancakkan industri katering yang sebelum ini suram akibat penularan COVID-19.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 2:49PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fasa Peralihan ke Endemik memberi ruang kepada penganjuran pelbagai majlis dan program sekali gus merancakkan tempahan katering yang sebelum ini suram akibat penularan COVID-19 sejak dua tahun lepas.

Tempias itu turut dirasai penjual 'rempah istimewa' di Pasar Besar Kedai Payang di sini, yang rata-rata mengatakan permintaan rempah ratus kembali melonjak malah meningkat hingga tiga kali ganda pada Ramadan kali ini.

Muhammad A.Rahman, 68, berkata jualan hariannya kini mampu mencecah RM1,000 kerana ramai pelanggan membeli rempah ratus dalam kuantiti yang besar untuk dimasak bagi majlis berbuka puasa dan pelbagai jenis jamuan.

"Bersyukur sangat kerana pada 2020, jualan harian pernah merudum hanya RM60 sahaja. Ketika itu Pasar Besar Kedai Payang ini sangat suram tiada pengunjung kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sekarang, alhamdulillah memang rasa lega kerana semuanya sudah hampir pulih, bazar Ramadan pun dibenarkan beroperasi dan kita pun memang ramai pelanggan yang terdiri daripada peniaga bazar, usahawan katering, peniaga restoran serta kedai makan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Muhammad yang telah berniaga di pasar itu sejak 30 tahun lepas berkata beliau menawarkan lebih 30 aneka rempah untuk pelbagai hidangan seperti gulai nasi dagang, nasi bukhari, beriani, kuzi daging, perapan sate, kerutuk, rendang, laksa, pajeri, roti John serta murtabak.

Beliau berkata rempah yang dijual di pasar itu unik kerana peniaga akan mengadun sendiri resipi masakan yang diminta pelanggan dengan sukatan tepat bagi memastikan hasil masakan lebih enak dan memenuhi cita rasa.

"Contohnya, pelanggan beritahu nak masak seekor kambing seberat 120 kilogram atau nak masak nasi dagang untuk 500 tetamu, peniaga akan adunkan pelbagai jenis rempah untuk resipi tersebut. 

"Ini sangat memudahkan pelanggan terutama individu yang tidak begitu mahir dalam menganggarkan sukatan rempah," katanya yang turut membantu menyediakan adunan rempah bagi hidangan bersaiz kecil.

Seorang lagi peniaga, Maimun Awang, 56, berkata permintaan rempah dijangka akan terus meningkat pada minggu terakhir Ramadan untuk persiapan memasak pelbagai hidangan bagi orang ramai menyambut anak cucu pulang ke kampung setelah dua tahun tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama.

"Ramai dah tempah untuk pelbagai masakan pada Aidilfitri nanti, antara yang laris ialah rempah nasi dagang dan gulai kawah kerana ia memang resipi asli tradisional Terengganu yang tidak boleh dapat di tempat lain," katanya yang mengisar sendiri semua rempah supaya resipinya kekal sama seperti yang diajar generasi terdahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Parti Aloha: Kerajaan Negeri Panggil Pemilik Resort

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden