web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri Positif COVID-19 Di Luar Negara, Penggiat Industri Filem Kongsi Pengalaman

Bila berada di luar negara baru kita sedar betapa cekapnya Kementerian Kesihatan (KKM) mengendalikan kes COVID-19 berbanding negara lain.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 1:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berhadapan dengan ujian dijangkiti COVID-19 di luar negara telah membuka mata seorang penggiat seni tanah air tentang keupayaan kerajaan menguruskan wabak itu yang disifatkannya sebagai terbaik.

Berkongsi pengalaman itu di laman Twitter, Muhammad Fadly Ishak, 35, berkata perkara itu dapat disaksikan semasa isterinya disahkan positif COVID-19 di Belanda ketika menjalani ujian RT-PCR (ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata) dua hari sebelum pulang ke tanah air selepas selesai mengembara ke United Kingdom (UK) dan Belanda.

“Bab pengurusan health care (penjagaan kesihatan) COVID-19 saya salute Kementerian Kesihatan (KKM) … -19bila dekat sana baru saya tahu betapa hebatnya Malaysia handle (kendalikan) COVID,” katanya yang turut 'memberi tabik hormat’ kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi bebenang itu, beliau berkata usahanya untuk menghubungi pihak berkuasa kesihatan di Belanda bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi kes positif COVID-19 melalui e-mel tidak menerima sebarang balasan berikutan halangan bahasa.

Tidak berputus asa, Muhammad Fadly kemudian mengajukan pertanyaan sama kepada petugas klinik di negara itu, namun tiada jawapan jelas dapat diberikan sebaliknya beliau diminta untuk menghantar e-mel kepada pihak berkuasa kesihatan Belanda.

Berikutan tidak mendapat sebarang jawapan untuk pertanyaan itu, beliau kemudian bertindak menghantar e-mel kepada KKM bagi meminta bantuan mengenai isu yang dihadapinya.

“Sampailah saya e-mel KKM, kejap saja mereka respons dan terangkan macam mana (untuk menyelesaikan isu), siap buat appointment call untuk (memberi) keterangan lanjut. Punyalah rasa dihargai walaupun saya berada di luar negara.

“Kat sana, (luar negara) ada klinik untuk (membuat) ujian saringan COVID-19 sahaja tapi klinik tak ada maklumat  (lengkap mengenai SOP pengurusan wabak)...tak macam Malaysia, pergilah mana-mana klinik buat ujian saringan COVID-19 pun, boleh WhatsApp dan buat panggilan telefon untuk bertanyakan maklumat,” katanya. 

Perkongsian Muhammad Fadly itu turut menerima komen daripada pengguna Twitter @ariffeuer yang berkata : “Tak dinafikan ada hiccups sana sini tapi apa yang KKM buat selama COVID-19 wujud di Malaysia, memudahkan rakyat dari pengendalian pesakit di hospital, yang kuarantin di rumah dan vaksinasi.

Selain itu, pengguna Twitter @NorashikinAA turut berkongsi pengalamannya ketika disahkan positif COVID-19 yang menerima panggilan telefon daripada KKM setiap hari bagi tujuan pemantauan kesihatan.

“Terima kasih KKM,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

2

Luar Negara 6 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

4

Luar Negara 1 minggu yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN